Friday 22 October 2021

Ibrah Bermain #1

Orang bisa berfikir dan terfikir...Apa kabar iman mu hari ini?

Hai Assalammualaikum semua😊

Salam Jumaat. Semoga hidup kita diberkati dan diredhai Allah.

Hari ni mau share satu aktiviti yang boleh dibuat bersama ahli keluarga, kawan-kawan sekerja, ajk masjid, penduduk sekampung dan sebagainya jika dirasakan sesuai😋

Tapi sebelum tu nak tau, kamu pernah ka mengalami masalah ini ada menghadapi masalah ni? 'Witholding'

Ceh, perkataan ni saya baru belajar masa join satu program modul 'Learning In Team'. Sebelum ni xtau apa mau panggil 'masalah' ni.

Witholding ni, asalnya bagus. Malah dalam situasi tertentu, witholding ni diperlukan. Namun dalam era technology dini, kita sering tersilap mengaplikasikan penggunaan witholding ni, samaada dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Seperti contoh, dalam group whatsapp atau mana-mana platform komunikasi kita yang ada, pernah tak kita dapat satu pertanyaan. Kemudian, kita dh taip ni...panjang or pendek, but the end, kita tak tersent! Sebab masa mau click button send tu, tiba-tiba pop assumptions! Walhal message tersebut nak jawab salam saja pun😆 

hehehe...nampak lawak, tp ni masalah basau tau!

Biasa kita highlight masalah group whatsapp tak jalan tu sebab orang lambat respon, tak respon, tak tengok pun message. Tapi the main problem is budaya witholding dalam merespon tu. Ha..ketahuilah ada beberapa sebab utama kenapa witholding ni terjadi terhadap individu atau group berserta solusinya:

  • Tak rasa kebersamaan ATAU tak tau kerjasama tu macam mana - Keberadaan anda di dunia sahaja punya misi dan visi apatah lagi bila di masukan dalam dalam group atau komuniti
  • Tak tahu priority - Jawatan/Keahlian dan sebagainya adalah amanah. Dan amanah itu tanggungjawab
  • Rasa diri tak penting - Ini rasa yang bahaya. Kalau message tersebut berbentuk personal ke anda, sudah tentu sebab anda penting. Jika message tersebut berbentuk kepada group, awal2 minta out daripada group. Keberadaan anda di dalam group itu menunjukkan anda dan suara anda itu PENTING.
  • Rasa tak function - Anda tak akan tahu respon anda berfunction selagi anda tidak bertindak
  • Rasa tak membantu - Komunikasi itu membantu. Untuk rasa komunikasi itu ada, respon la kawan. Kalau berdepan respon tu boleh la nampak tanpa suara. Tapi alam maya ni, respon berbentuk text/gif/emoji/voice note yang berkaitan itu lah respon nya.
  • Rasa perkara tersebut boleh settle sendiri - Jawab sajalah. Tak la mati kutu kawan kita tu.
  • Rasa saja nak susahkan - Takda solusi melainkan block org ini. Silap pilih kawan.
  • Rasa nak jadi yang terakhir - Islam ajar;


https://id.pinterest.com/pin/692217405204959172/

  • Rasa orang yang bertanya tu pandai urus sendiri - Kalau anda ditempatnya, adakah anda harap orang berfikir sedemikian?
  • Tiada idea - Bagitahu. Sekurang-kurangnya orang tersebut boleh ikhtiar ke tempat lain.
  • Rasa tak faham soalan - Bertanyalah. Tak kan jatuh bodoh orang bertanya.
  • Bertangguh - Latihlah diri untuk habiskan kerja sampai siap. INi kalau dibiarkan jadi kebiasaan motivasi diri selalu rendah. 
Done! Ok mungkin ada certain point tu pointer sipi-sipi kat kita, atau mungkin ada yang tepat ter point ke kita. But sokay. Sebab dah tau. Better late than never. Lepas ni bolehlah kita perbaiki. 

Kenapa benda ni perlu kita baiki? Sebab ini soal menjayakan misi bersama. Kadang orang bertanya untuk mudahkan menyusun perkara, kadang orang bertanya untuk mendapatkan hasil yang lebih kepada tepat, kadang orang bertanya untuk dapatkan keputusan dan banyak sebab orang menghubungi kita pasti ada sebabnya. 

Kalau kita ni mmg tak mau berhubung dengan manusia. Baiklah awal2 duduk dalam gua. 

Kita semua di dunia ni elemen yang terpenting. Hebat ka menonjolka dan sebaliknya ka, itu semua penilaian manusia. Pokok nya kehadiran kita didunia ni, sah kita ni penting. Tak perlu orang lain nak tunjukkan macammana kita tu penting. Cukuplah kita sendiri sedar dengan penuh kesedaran bahawa diri kita itu penting dan kita ada tugas di dunia yang sementara ini.


Ok, itu sajalah saya nak share. Maaflah kalau anda tidak bersetuju, tp saya nak share jee.. hihi.

Semoga kita menjadi manusia bermanfaat. Dan manusia yang paling bermanfaat.



Eh, tak sempat pula lagi share gamenya apa.. Allahu, sambung next entry la kay. Btw game ni to encourage us to improve our self to be more responding✌.