Monday 31 December 2012

apa ada dengan S dan T

[orang berfikir dan terfikir]

Assalammualaikum w.b.t.

Dalam abjad rumi, huruf S dan T berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak “confuse”. Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu “confuse” tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang…..

Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintu depan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang.

Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi tak tenang,

resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang.

Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyi dari mulut. Tapi

lepas tu…. hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.

Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu

berharga…. perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan

bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!

Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar

bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihat dengan mata, wang

banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata…. segala yang

berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat 

dirasai oleh hati.

Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang…. tapi bila hati

resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.

Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah. Bila sebut

zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat

zikir bejam-jam. Sebab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah

boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak

tenang. Di mana salah dan silapnya?

Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut

dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan

menghayati.. .. mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah

hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca ” Alhamdulillah ” beribu kali tapi

hati tak ingat Allah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita.

Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau

dilatih tiap-tiap hari.

Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat

tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut “Alhamdulillah ” tapi

hati berkata ” Tak patut Allah tak makbulkan doa aku”.

Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan. Bila lupa

Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati. Bila ingat Allah

diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang.


Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi OK!!!!

WALLAHU’ALAM. …




hAtI yG sEnang LahiRnya Dr JiWa yG TeNang...n jAn LupA KtnaNgan n kEsnAngan dTgnYa dr ALLah...

NIKMATNYA sakit kurniaaa Sang Pencipta

[orang berfikir dan terfikir]


Assalamualaikum..

Tengok gambar pun mesti tau nak kata pasal apa kan??hehhe..

Alhamdulillah. Syukur pada Allah kerana Dia-lah yang memberikan sakit ini dan Dia jugalah yang menyembuhkannya. Biarpun sakit ini hanya dilalui beberapa hari sahaja tetapi di situ ada nilai dan ibrah yang boleh diambil jika kita orang-orang yang berfikir. insyaAllah.

SYUKURLAH!!!!!

Biasanya bila sakit, macam-macam reaksi yang boleh kita lihat bukan??? Macam-macam keluhan didengari. Aduhhhh sakitnya! Kenapalah Allah bagi aku sakit nihhh??? Baru sikit Allah bagi sakit tapi mengeluhnya punyalah panjang. Belum sakitnya ketika sakaratul maut. Tidak mampu ditafsirkan rasa itu dek logik akal ini.

Sebaliknya, apalah yang harus diucapkan tak lain dan tak bukan melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran pada-Nya. Sangatlah rugi andai kita tidak merasai sakit atau merasakan sakit itu satu bebanan atau menyusahkan. Nauzubillahi minzalik. Dalam Al-Quran ada menceritakan tentang kisah Firaun yang mana Allah beri satu kelebihan padanya yang mana dia tidak pernah jatuh sakit. Dan oleh kerana itulah dia merasakan dan mengiktiraf dirinya sebagai Tuhan. Hingga akhirnya Allah menurunkan azab kepadanya di atas perbuatannya itu. Sungguh tidak malu manusia ini. Adakah kita mahu menjadi sepertinya?? Pastinya tidak! Maka, Jadilah kita manusia yang bersyukur!

Sakit satu NIKMAT

Setuju tak kalau saya katakan sakit itu satu nikmat? Satu anugerah? Satu kurniaan? Dan yang sewaktu dengannya. Bukankah kehidupan yang kita lalui ini milik Allah dan kita hanyalah menikmatinya sahaja. Dan ia termasuklah juga sakit. Nikmatilah sakit yang Allah berikan itu sepuasnya biarpun ia hakikatnya bukanlah perkara yang anda sukai.

Allah berfirman:

“Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu adalah sesuatu yang tidak kamu senangi. Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (2:216) 

Sakit PENGHAPUS DOSA

As simple thing, kita ni manusia biasa yang sentiasa melakukan dosa. Mengakulah!! Kita bukannya maksum seperti Nabi saw. Dan kehadiran sakit ini sebenarnya sebagai penghapus dosa-dosa kita walaupun ianya hadir tanpa diundang. Sebab apalah Allah nak bagi kita sakit yer???? Sebabnya Allah sayang kitalah!!!! Be optimist and postive! Husnuzon dengan Allah. Di situ kita akan redha dengan tiap apa yang berlaku pada kita.

Rasulullah saw bersabda: “Tidaklah orang Muslim ditimpa cobaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Put effort!

Kita kalau nak sembuh dari sakit kenalah berusaha dan berikhtiar. Perlu sangat-sangat kita bergerak dan berbuat sesuatu. Kalau tak alamatnya atas tilam sajalah. Gerenti demam pun takkan kebah punya. Badan pun lemah-longlai sebab dah terlampau lama terbaring atas tilam yang empuk itu. Teringat kata-kata naqibah sebelum ini, kalau kita nak buat sesuatu perlu usaha lebih sikit sahaja. Ya! Usaha lebih sikit!! Tak perlu banyak-banyak tapi lebih sikit jer. Haa..camner tuh? Bak kata Nabil Raja Lawak, Lu Pikir La Sendiri!

Mohonlah pada-Nya!

Setelah berhabis ikhtiar dan usaha, maka mohonlah pada-Nya. Dari manalah harus kita raih kekuatan dan kesabaran? Of courselah dari Allah. Allah adalah sumber kekuatan kita! Kita tak kuat if nak hadapi ujian ini sorang-sorang. So adukan saja pada Allah. Mohon doa pada-Nya moga diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian-Nya ini. Ingatlah Allah bukan saja-saja jer nak bagi kita sakit tapi sebab Allah tahu kita boleh hadapinya, maka Allah beri.



Allah berfirman: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.(2:284)

Nampak tak di situ kita belajar sesuatu. Ya! Jadi orang yang kuat dan sabar!!!

BERINGAT-INGATLAH!! SIHAT SEBELUM SAKIT!

Teringat lagu nyanyian Raihan (tak ingatlah pulak tajuknya) tapi lebih kurang beginilah:-

Ingat lima perkara
sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Manusia biasalah bila dah terkena barulah nak beringat. Tapi kira oklah bila dah kena akan beringat dari tak beringat langsung. Maka, hargailah masa sihat kita sebelum masa sakit datang menjengah kita! Apa-apapun jaga kesihatan anda! Sebab apa saya kata camtuh? Sebabnya kita bila dah sakit, satu apa pun tak leh nak buat. Percayalah! Moga Allah berikan kita sihat tubuh badan supaya kita dapat laksanakan amanah-Nya dengan sebaiknya dan moga dapat kita memenuhi salah satu dari muwasafat tarbiyah, Qawiyyul Jismi. insyaAllah.

Waallahu'alam.

Terima kasih Allah!!!

[sumber],fb Sharifah Al-attas
20 Februari, 2012
12.28 am
[copy] 2.22am =)


:: Oleh itu, mulai hari ni,JOM!!bila kita ditimpa demam, kena kena set ia adalah sesuatu yang menguntungkan=D, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan =) 

:: Jom Share pada adik-adik comel dan kawan-kawan yang sedang Demam, Syafakallah wa Syafakillah!(sambil letak tisu kat hidung)



Tuesday 25 December 2012

Syahadatul Haq yg masih belum ku penuhi..

orang terfikir dan berfikir...

Apa itu Syahadatul Haq^0^?

Kamu pernah dengarkah org sebut2 tentang Syahadatul Haq ni?or nama ringkasnya, SH..

Rasanya ramai jak yg dah dengar tentang kalimah ini kan cuma x tau or x prasan kot..

Kalimah tu ialah :



                                           
 

Maksudnya : "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah."

Dari segi bahasa ;

Syahadah- penyaksian
Al-Haq - kebenaran

So, Syahadatul Haq(SH) = "Penyaksian Terhadap Kebenaran"

SH bermaksud pengakuan sebenar bahawa

            TIADA Tuhan yang layak DISEMBAH selain ALLAH dan MUHAMMAD adalah

UTUSAN Allah. Seruan ini dikemukakan oleh Sayyid Abu al-A’la al-Maududi seorang ‘alim,

malah seorang pemikir Islam kontemporari yang terulung serta pengasas al-Jama’ah al-

Islamiyyah di Benua India. Seruan ini menjelaskan kepada masyarakat tentang dakwah 

islamiyyah. “Syahadah Al-Haq” BUKAN sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya,

kitabNya, rasulNya dan hari akhirat, MALAH tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat

mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah ini HANYA terlaksana apabila orang-

orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal

soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Ringkasnya, kita PERLU melaksankan

tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran dalam masa yang sama kena juga jlnkan rukun2

iman tu..

Walaupun kita telah menunaikan semua kewajipan fardu, kita masih belum dikira sebagai

melaksanakan dan membuat penyaksian terhadap kebenaran syahadah kita, selagi mana kita tidak 

MENYAMPAIKAN penyaksian kebenaran kita kepada umat manusia, yakni menyampaikan risalah

Islam, atau dalam erti kata yang lain, MELAKSANAKAN DAKWAH dan menjadi Da'ie !

Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai tuhan dan Islam sebagai agama kemudian 

kita lafazkan syahadah yang sebenar (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah 


Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab 


yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja kita melafazkan syahadah ini.


Tanggungjawab ini ialah kita melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala hak Syahadah Al-

Haq (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah

Utusan Allah) yang kita imani dan kita akui sebagai agama kita.

Hak syahadah ini perlu dilaksanakan dengan cara kita menyampaikan kalimah hak ini ke seluruh

bangsa manusia, melalui amalan soleh yang kita lakukan, melalui akhlak terpuji yang kita miliki

serta melalui pemerintahan kita yang adil dan betul supaya pada hari di mana segala saksi 

bangkit menyatakan penyaksian mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan 


mereka tidak dapat menafikan bahawa dakwah para nabi dan kalimah hak ini telah sampai ke 


gegendang telinga mereka
. Allah Taala berfirman:

                           وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا‌ۗ

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad)satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang membenarkan kebenaran perbuatan kamu.(Al-Baqarah:143)

Kalimah ummatan wasato atau umat pertengahan MERUJUK kepada tugas kita untuk 

menyampaikan dakwah ke seluruh manusia. Rasul menjadi saksi di atas segala perbuatan kita.

Kita sebagai umat pertengahan PERLU menyambung tugas dakwah Rasulullah dan kita menjadi

saksi di atas segala perbuatan manusia lain.

SO,skrg NAMPAKKAN..

betapa Besarnya tanggungjawab kita?

yang baru tahu,,dun worri,,mai mula dari sekarang ni..jangan tanggu2 lgi..nanti malaikat maut

datang, ha, kan rugi..

dan yang memang dah tahu tu..

Anda dah mula melaksanakannya?^^

Kita TIDAK boleh berpeluk tubuh dan berdiam diri sahaja tanpa memikirkan dan melaksanakan

tanggungjawab yang penting ini.

Sebab...jika kita menolak atau menyembunyikan syahadah ini?

Allah SWT berfirman :

                                                   وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَـٰدَةً عِندَهُ ۥ مِنَ ٱللَّهِ‌ۗ

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? (AlBaqarah (2:140)

Lihatlah kaum Yahudi yang telah dianugerahkan takhta syahadah ini sebelum kita. Malangnya ada

kala mereka menyembunyikan syahadah ini dan ada kalanya mereka mengakui kebenaran syahadah

ini, menurut kemahuan mereka yang berniat jahat. Malahan mereka tenggelam dalam kezaliman.

Akhirnya segala amalan dan syahadah mereka digunakan bagi menegakkan kepalsuan dan

menidakkan kebenaran. Justeru itu mereka layak menerima laknat selama-lamanya. Oleh itu

mereka ditimpa kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka menerima kemurkaan 

Allah sebagaimana dinyatakan sendiri oleh wahyu Allah.

Mereka adalah golongan yang engkar kepada untuk memikul beban dakwah ini 

tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran.


OK,masih x nampak lg??Ok,,cam ni..bg analogy la ya..

Suatu hari, c Paulina menyaksikan satu kemalagan jalan raya di antara seorang perempuan dengan

sebuah kereta. pemandu kereta itu melarikan diri. Di sini c Paulina merupakan saksi di atas kejadian

tersebut. apakah akan berlaku kepada perempuan itu sekiranya c Paulina menyembunyikan

kebenaran?Adakah nasib perempuan itu akan terbela?? of course NOT kan...

Begitu juga dengan kita, sekiranya kita terus menyembunyikan kebenaran ini, manusia lain akan

sentiasa berada di dalam kesesatan dan kerugian..

Maksud syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan

Muhammad Adalah Utusan Allah) yang diletakkan ke bahu kita selepas ketiadaan Nabi Muhammad

s.a.w. ini ialah kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan kita

bimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah

kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kita tunjukkan kepada mereka pendekatan sebenar yang telah

ditunjukkan oleh Allah, kita tunjukkan segala petunjuk dan arah tujunya yang merupakan satu-

satunya pendekatan yang betul dan diredai oleh Allah. Satu-satunya pendekatan yang akan

membawa kebahagiaan kepada seluruh manusia.

SO, siapa2 yang dah berada dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah ni..jangan gusar dan jangan

bimbang..kerja mmg besar..tapi kita tempuh bersama..kerana kita akan bergerak beramai2..dan

akan saling menguatkan=)..n kepada hadeq bulatan gumbira ku, ingtlah kita bukan nak baik

sendiri2..mai la dr skrg kita pasang niat nak meningkat menjadi MUROBBI bukan selebreti ;D..kita

semua mempunyai potensi diri yang tersendiri..

Sumber: Syahadah Al-Haq-Penyaksian Terhadap Kebenaran (Sheikh Abul Al-A'la Al-
Maududi)

Thursday 20 December 2012

Coin-C-Den-Tal

Assalammualaikum evry1..lama ta update kan..sedih:(..nak kata busy, x la busy sngtkan..

ada lagi org super2 busy..nak kata x busy, x busy la sngat..kerja sana sini bertimbun..hehe..

em,x yah la nak bg alasan la kan..masa kita semua sama, 24hours..

tpi macam mana kita susun urusan kita tu yg buat masa kita jd macm singkat or panjg..

dan aku masih berusaha kearah itu..tersusun dalam urusan..papun..in sha Allah..

dlm masa terdekat aqu update lg belog ni yg merupakan salah satu de turning point..

aku dlm D&T ni:)..Ok tu jak kot nak aku tulis kali ni..Btw,sblm aku akhiri tulisan ku ni..

kat bwh ni ada lah satu pic aku dpt drpd kedai green house..agak sedap ya makannan d kedai ni..

try la dtg..tp aku bukan nak ckp pasl kedai tu or yg seisinya..just nak share apa org share kat aku..

so aku pakai pic ni jd background benda aku nak share..sori la ya kalau x kena dgn mata..hehe..

ok,Waalaikummusalam.



Wednesday 5 December 2012

Dalam Dakapan Ukhwah versi KITA;D

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..kita mampu dan sentiasa berusaha berlapang dada..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..iri hati hasad dengki jauh sekali ingin didekati..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..kita rasa 'berhimpit-himpitan' dalam perjalanan tu perkara biasa..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..kita x pernah lupa untuk saling ingat mengingati..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..susah senang kita tetap bersama..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..x pernah lekang doa rabitah dpinta kepada Illah demi memohon di perkuatkan lagi ikatan hati2 ini T_T..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..pertemuan dan perpisahan kita hanya kerana-Nya..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..wang masa tenaga x jadi masalah utama lagi..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..akhirnya terkantoi juga siapa saya pada anda:)..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..rasa pahit dan perit itu memang ada dan kita rasainya bersama..tetapi ketahui lah..yang pahit itu la yang membuatkan kita rasa manis di akhirnya..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..ingatlah..bila kita rasa down dalam menegakkan agama-Nya..jangan di lupa..Rasullullah dan sahabat serta org2 terdahulu lebih hebat ujiannya..dan ingatlah..mmg itulah Sunatuallah..so, jangan pelik jangan heran bila kita duji..tp bersyukur,,kerana itu bermakna anda benar2 berkerja=D..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..kita sentiasa saling menguatkan antara satu sama lain secara sedar mahupun tidak sedar secara langsung maupun tak langsung..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..alhamdulillah kita sama2 berusaha melahirkan bi'ah solehah..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..kita bersama berusaha ingin menambah memperbaiki meningkatkan lagi ukhwah kita semua keperingkat itsar.. Kerana kita tahu..

" Ukhwah itu Teras Kegemilangan;D"

Dan

"Ukhwah itu saudara Keimanan^_^"

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..aku dan kita semua berharap xda la sengketa antara kita..sengketa itu blh timbul kerana bisikan c syaitan bermotifkan untuk meruntuhkan ukhwah kita dan ingin melemahkan dan melambatkan dakwah kita..oleh itu,bila timbul rasa x senang didada atas tindak tanduk antara kita..jangan djaja2 masalah nya kepada yang tidak sepatutnya kerana ia menunjukkan kelemahan kita..sebaliknya berbincang baik dgn tuan empunya badan sama2 baiki kelemahan kerana kita melengkap kan antara satu dgn yg lain..dan kita maklum kita punya kelemahan dan kelebihan masing2..dan bertawakallah dan beristigfarlah pada Yang Esa^_^..kerana semua yang berlaku itu xkan berlaku tanpa izinNya dan kerana Allah itu sentiasa punya masa mendengar rintihan kita..apa2 pun yang terjadi, ingatlah Ia pasti mempunyai maksud dan agendaNya tersendiri utk melatih serta mengajar kita =,)

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..kita sujud,kita ruku',pada Yang Esa, kita doa kita mohon, pada Yang Esa..kita seru kita bawa manusia juga pada Yang Esa iaitu Allah..alhamdulillah aqidah kita sama,fikrah kita serupa..semga dgn ukhwah kita menguatkan lg rasa izzah kepada Allah..dan semga ukhwah kita menyebabkan kita x pernah rasa lelah mengeluh dan mengalah dalam mengembalikan menaikkan menyebarkan islam didunia..walaupun kita tahu,mungkin kita x sempat bersama mereka ketika islam berada di atas..tp biarlah kita menjadi batu2 yang membantu menaikkan islam itu..ingat, Allah x melihat pada hasil kita semata..tp apa usaha kita:)..semoga Allah meredhai kita di dunia dan di akhirat sana..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah juga...aku x segan aku x malu aku nak kata aku nak luah..

"AKU SAYANG AKU CINTA KAMU SEMUA KERANA ALLAH:D"..

Kerana aku x tahu bila lagi kita kan ketemu..kerana ajal maut itu rahsiah Allah..

Dari Anas r.a. bahawasanya seorang lelaki yang berada di sisi Rasulullah saw maka seorang lagi lelaki melaluinya sambil berkata:

"Ya Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai orang itu."

Maka Rasulullah bersabda:

"Sudahkah anda memberitahunya?" "Tidak," jawab lelaki tersebut. "Hendaklah anda memberitahukan kepadanya."

Maka pergilah lelaki itu menemui orang yang lalu tadi sambil berkata kepadanya, "Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah."

Berkatalah orang yang lalu tadi, "Semoga Allah mencintaimu yang keranaNya engkau mencintaiku."

[Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih]

Saya dah luah cinta sy kepada mereka,anda pula bagaimana:D??