Thursday 21 March 2013

Aarrgghh!!

Hey..kamu..


aha,kamu la!!! ada orang lain ke sebelah kamu tu??..

Kamu tengah sedih ker??nampak frust je??

kenapa ni..??keciwa??

pehal??result tak ok =0??

huh,,kena tinggal bas??=O  

whatever la...

frust kena marah bos ke, kena marah jiran ke, kena marah mama ke, kena marah amah ke, kena kejar anjing ke, kena marah kawan ke, kereta kena curi ke, duit hilang ke..

yg penting anda masih seorang manusia kan??ke lepas keciwa kesedihan kedukaan ni dah transform jd seekor binatang??=0



apa kaitan ??????????? 


hehe..terkejut berok nampak..buruknya benor rupa..hehe..

mestilah ada kaitan....hehe..sebab nya..

Setiap muslim yang diciptakan oleh Allah SWT di muka bumi ini, kita tidak akan sunyi daripada ditimpa musibah, penyakit mahupun dugaan(kene kejar anjing pun ujian tau).. Besar atau kecil suatu musibah atau dugaan tersebut, bergantung kepada
kekuatan iman 
yang dimiliki oleh seseorang hamba Allah itu. Semakin kuat iman dan takwanya maka semakin berat ujianlah tersebut berlaku keatas dirinya. Ujian ini adalah penilaian Allah SWT untuk meningkatkan darjat seseorang hamba disisi Tuhannya.

So, syukurlah bila kita diuji =D

.......................................................................


Yea la tu...jiwa_senang ni..tulis cakap senang la..nak hadap tu...fuii belom tentu dia mampu ke tak..

*senyum lebar ^______^

tau2 je kamu saya ni kurang sabar ye..hheehee..

faham...^_^

Masa ditimpa musibah, hati kita sentiasa rasa resah gelisah, hidup pun jadi tidak tenang jaa. Rasa nak marah nak nangis nak teriak jak.. Pastu, buat kerja pun kengkadang tidak menjadi. Fikiran risau tidak tentu arah seperti berada di lautan luas yg dalam tanpa pertolongan. Apabila dirasakan terlalu berat, tidak mampu dipikul sehinggakan sampai satu tahap, kita merasakan hidup ini begitu sukar dan fikiran buntu tidak tahu di mana harus di cari penyelesaiannya..

Ini lah kita..yang selalunya..bila diuji..terlalu memikirkan kesusahan dan ketidak seronokan ujian itu..lupa nak fikirkan hikmahnya..

Tau ta sebab pa??Sebab kita, lupa nak bersangka baik kepada Allah SWT!

Ingatlah... sesungguhnya orang mukmin tidak akan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Biar betapa beratnya beban musibah ini untuk dipikul..yakinlah bahawa hanya Dia sahaja yang dapat memberi pertolongan dan setiap kesusahan itu ada kejayaan dan kebahagiaan.

Urm..mungkin hari ni anda tidak la ditimpa musibah sebesar mana..tetapi sebagai langkah persediaan dimasa hadapan..ni nak share sikit tips..hehe

Bila sesuatu masalah atau musibah datang tanpa diundang, x bagi tanda maupun signal..

Ingatlah..

Orang mukmin yang beriman dan bertakwa akan sentiasa reda terhadap ketentuan takdir daripada Allah SWT, walaupun terpaksa menanggung musibah tersebut.

Kita wajib beriman bahawa segala musibah yang berlaku seperti gempa bumi, banjir, wabak penyakit adalah ketetapan daripada Allah SWT telah tertulis di Lauhul Mahfuz. Kita wajib menerima ketentuan Allah SWT ini dengan berlapang dada (reda).

Allah SWT berfirman: "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."
(Surah AL-Hadid ayat 22)

Moga kita menerima takdir Allah ini dengan penuh reda, bukan dengan perasaan geram , marah atau mengeluh kepada Allah SWT .


Bila musibah menimpa,terasa berat hingga dada terasa sempit,

Ingatlah..

Allah SWT berfirman maksudnya : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."(Surah al-Baqarah ayat 286)

Bila masalah terasa bertimbun dan tak tau nak wat apa dah..,

Ingatlah..

Orang mukmin akan terus berikhtiar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghindarkan diri daripada sebarang bahaya yang muncul. Kita tidak disuruh untuk berdiam diri atau pasrah berpangku tangan bertongkat dagu menunggu bantuan datang menyerbu..

Beriman kepada ketentuan Allah SWT bukan bererti kita hanya duduk diam termenung dan meratapi nasib tanpa berusaha untuk mengubah apa yang ada pada diri kita.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
(Surah Ar-Ra’du ayat 11)

Bila sesuatu terjadi, rasa down dan hendak putus asa..

Ingatlah..


Berputus asa atau berprasangka buruk seakan-akan Allah SWT tidak akan memberikan kita kebaikan pada masa hadapan itu adalah su`uzh-zhan billah (berburuk sangka kepada Allah)! Su`uzh-zhan kepada manusia pun tidak dibolehkan, apatah lagi kepada Allah SWT. Na’uzubillahi min zalik.

Allah SWT menegaskan bahawa sikap tersebut adalah sikap yang kufur sebagaimana firmanNya yang bermaksud : "Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)

Dari Ummu Salamah RA mengisahkan: aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa ditimpa musibah, selanjutnya ia berkata: "Ya Allah, berikahlah pahala atas musibahku dan berikanlah ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut. Melainkan Allah memberikan ganti yang lebih baik daripada musibah yang menimpanya."


Bila rasa nak marah,hati gelisah,rasa tak tenteram kerana banyaknya masalah..

Ingatlah..


Kita sentiasa dianjurkan untuk memperbanyakkan doa dan zikir bagi orang yang ditimpa musibah. Orang yang mahu berdoa dan berzikir adalah lebih mulia di sisi Allah daripada orang yang enggan atau malas.

Rasululah SAW mengajarkan doa bagi orang yang ditimpa musibah: "Allahumma jurnii fii musiibatii wa akhluf lii khairan minhaa" (Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya.) (Hadis riwayat Muslim)

Zikir juga dapat mententeramkan hati orang yang sedang gelisah atau yang mengalami tekanan.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram."(Surah Ar-Ra’du ayat 28)

Antara zikir yang dianjurkan adalah dengan beristighfar "Astaghfirullahal 'azhim". Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya daripada kesedihan, memberinya jalan keluar terhadap kesempitannya, dan akan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangkanya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda: Ucapan yang paling disukai Allah itu ada empat, engkau boleh memulainya dengan kalimat mana saja, iaitu Subhanallah (Maha suci Allah), Alhamdulillah (segala puji milik Allah), Laa ilaha illallah (tidak ada Tuhan selain Allah), dan Allahuakbar (Allah Maha besar). (Hadis Riwayat Muslim)


Bila rasa sabar dah hilang dek ujian datang-datang xda hentinya..

Ingatlah..


Orang mukmin sentiasa bersabar apabila ditimpa musibah. Sifat kesabaran yang tinggi akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT tanpa hisab.

Menurut Imam As-Suyuthi dalam tafsir al-Jalalain, sabar adalah menahan diri daripada segala apa yang dibenci (al-habsu li an-nafsi 'alaa maa takrahu). Sikap inilah yang wajib dimiliki ketika kita menghadapi musibah. Selain itu, kita disunnahkan untuk mengucapkan kalimat istirja' (Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun) ketika berlaku musibah.

Allah SWT berfirman: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".”
(Surah Al-Baqarah ayat 155-156)


Bila rasa down menggila kerana merasakan musibah itu tak patut ada..

Ingatlah..


Tiada seorang hamba yang ditimpa musibah melainkan ia adalah akibat daripada dosa-dosa yang dilakukannya. Maka sudah semestinya dia perlu bertaubat nasuha kepada Allah SWT. Orang yang tidak mahu bertaubat setelah ditimpa musibah adalah orang sombong dan takbur.

Allah SWT berfirman: "Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu)." (Surah Asy-Syuura ayat 30)

Sabda Nabi SAW: "Setiap anak Adam mempunyai kesalahan (dosa). Dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang bertaubat." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Wahai sahabat ku..

sememang hidup kita ini tidak akan pernah sunyi daripada setiap dugaan dan ujian. Terimalah Kenyataan,hehe..Tapi, apa yang boleh di saya katakan, sebagai umat Islam, seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita semua


Boleh jadi,kerana kita tidak tahu bahawa Allah SWT amat sayang kepada kita, sebab itu Allah SWT datangkan dengan pelbagai ujian dan musibah, kerana Allah SWT tahu saya dan anda-anda adalah hamba yang mampu mnghadapi ujianNya. Sebaliknya, Allah SWT tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Sebaliknya, kita perlu mengetahui hikmah (rahsia) di sebalik musibah yang kita hadapi..In sha Allah, bila kita mengetahui hakikat musibah ini, kita akan memiliki kekuatan mental yang baik. Berbeza dengan orang yang hanya memahami musibah secara cetek iaitu dengan hanya melihatnya secara zahir yakni luaran sahaja. Mentalnya sangat lemah dan mudah mengeluh atas segala musibah yang menimpa.

Seharusnya kita ingat antara hikmah musibah itu adalah untuk diampunkan dosa-dosa kita yang bertimbun dan maybe lebih besar dosa kita itu daripada musibah kita...

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya : "Tiadalah seorang mukmin yang ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih (teruk) daripada itu melainkan dengannya (musibah tersebut) Allah akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

So,why not kita bersyukur dengan ujian itu??

Ya..memang benar,,setiap kita mempunyai ujian yg tersendiri..tetapi ingatlah..betapa berat macam mana pun ujian kita itu, Allah tidak sia-sia kan usaha kita..Bukankah syurga Allah itu mahal harganya..jadi bersabar lah..kita tahu kan, kehidupan ini hanya sementara;) why not kita berpulun-pulun habis-habisan demi syurga idaman yang kekal selamanya??

Marilah sama-sama kita perbaiki niat kita dalam beramal soleh iaitu mengikhlaskan hati semata-mata kerana Allah SWT. Apa sahaja musibah yang datang perlulah kita tenang, bersabar dan menganggap ianya satu proses pembersihan diri kita daripada dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Jika kita mampu melakukannya kita akan berada di dalam kebaikan dan rahmat Allah SWT. Wallahualam..

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali’." 
(Surah al-Baqarah ayat 156)

Jadi..apa ujian awak hari ni??=D