Wednesday 12 June 2013

Pak cik tu buat apa?


Org yg buat kerja, mmg namanya akan dsebut lebih kerap berbanding org yg tak buat kerja..bukan disebut kerana dbangga sahaja tetap juga blh jd disebut kerana ada salahnya dlm melakukan kerja..tetapi itu la lumrah org yg berkerja..x selalunya indah,even buat benda baik, ada juga cacat cela org nak kata..
kerja kita buat mmg xpernah perfact,tp bukan bermakna kita xblh buat yg terbaik..
So,betulkan niat, ingt Allah..kita berkerja kerana apa..bila semua lurus n jelas..lantok la kata2 negatif yg jelas mendownkn kita, ambil positif je kata2 tu, agar kata2 tu lebih membangunkn kita..dn ambil la pengajaran juga..
Urm, so,setakat ni anda golongan apa? Bolehlah jwb sndiri2.



Hang ingat hang punya?

(Azan Zohor)
Si Fulan/Fulanah : "Jom solat"
A : "aih, dah masuk waktu ke?urm..kejaplah..sikit lagi nak dapat jawapan nih! Usaha kan tangga kejayaan..takkan nak buat kerja separuh jalan.."
B : "eh, azan dah ke?..ala awalnya Zohor ari ni..jap agi lah..aku tgh semangat n i..aku baru nak start menulis kott..alang-alang dah pegang pen,,sampai soalan 3, aku solat ar"
C : "Solat?rilek arr..aku tgh belajar benda penting kott..banyak bab belom cover nih..asar, lambat lg apa.."
D : "eh,azan ke? ah biarlah, aku mana solat!"
SI Fulam/Fulanah : #$%^$%# pengsan!

Eheh,

Urm...bese dgr tak dialog2 ilmiah ni?ilmiah ar sangat kan..

Biasankan, yg tak biasa pun kena buat2 biasa k,baru feel..yg sendii pernah buat,hah lg kena rasa biasa..sendiri buat sendiri rasa la kan..hihihi

Ok,x kisah pun dgn rasa korg..tapi kisah dengan dialong dorg..

Saya ambil ibrah ni, dr manusia sekeliling, even sy sendii pernah rasa menjadi org yg mendengar dan yg menjawab..

Sedih kan u_u

Kita, manusia selalu lupa..lupa apa?lupa lah..lupa kepada si Dia..Allah..Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan..Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Agung..Yang Maha Memiliki dan Maha Bijaksana..

Ya, semuanya..semuanya milik Allah..hang jangan nak berangan barang hang pakai barang hang ada skrg ni barang terpelihar milik hang sorg...

Even tangan mata hidung mulut telinga bagai2 tu yang kat badan hang tu..yg hang pakai tu..semua tu Allah punya tahu! Ya,Allah punya! Sedar tak? Ha, tau pun..skrg sedarkan..kita ni peminjam je..takda hapa pun kita punya..
“dan ingatlah, kepandaian,kekuatan,kekuasaan,nafas dan sebagainya(nikmat)..semuanya adalah milik-Nya dan dipinjamkan kepada kita..maka kita sebagai PEMINJAM, patutkah bersikap sombong? Apa jd, kalau nikmat itu ditarik? Nanges..

Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “sesungguhnya jika kmu brsyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada-mu, tetapi jika kmu mengingkari (nikmat-ku), maka pasti azab-ku sangat berat” (14:07)

#Gulp!

Sunday 9 June 2013

Oh,engkau yang mengaku dirimu seorang hamba…

Oh, engkau yang mengaku dirimu seorang hamba,
Mengapa pabila azan bergema,
Engkau tegar buat-buat tak dengar?
Sedangkan dalam azan itu ada suruhan yang menjadi manifestasi tanda cinta
hamba-Nya…

Oh, engkau yang mengaku dirimu seorang hamba,
Mengapa bila diberi amanah,
Engkau sanggup khianatinya?
Sedangkan amanah itu tuntuan-Nya…

Oh, engkau yang mengaku dirimu seorang hamba,
Mengapa bila melihat al-Haq,
Engkau sanggup menutupinya?
Sedangkan menegakkan al-Haq adalah tugas kita dari-Nya…

Oh, engkau yang mengaku dirimu seorang hamba,
Mengapa bila dirimu dinasihat dan diingatkan tentang jahiliyyahmu,
Engkau anggap ia remeh engkau sanggup ambil mudah?
Sedangkan kerana jahiliyyah dakwah kita tertolak…

Oh, mengapa?Mengapa?Mengapa?

Adakah ini manifestasi dirimu,
Sebagai seorang hamba pada Yang Esa?
Adakah ini balasan mu,
Kepada nikmat Tuhan mu?

Tepuk dada, tanya iman,
Semoga Allah menunjukkan dan menetapkan kita di jalan-Nya…


:: Pena Biru ::

Exchange

Bismillah hirahman nirohim..

assalammulaikum peeps..

nak tanya, antunna pernah tak rasa ditukar usrah??

emmm..pahit tau rasanya=(..lebih-lebih lagi jika kita mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan usrah mate kita tu..kadang-kadang kalau antunna tak faham, bisa timbul rasa memberontak dalam jiwa..

Rasa Berat Melepaskan

ketahuilah antunna..jika antum suatu hari nanti mengalami perubahan usrah, ketahuilah bahawa..bukan mudah bagi seorang murobbi nak berpisah dengan anak usrahnya, maka bukan mudah membuat keputusan memindahkan mutarobbi..dan bukan saja-saja perubahan itu di lakukan..percayalah, tiada unsur nak memecah belahkan apatah lagi nak membeza-bezakan antunna..Dan ketahuilah..bukan kerana ana tak sayang antunna, ana memindakan antum ke group yang lain..ketahui lah, keputusan ini bukan keputusan yang mudah. rasa berat untuk melepaskan antunna masih tersisa rasanya..

Tetapi, in sha Allah..ini lah yang terbaik..



setiap benda ada dinamisnya sendiri. Perlukan perubahan. Kalau ana biarkan antum dok lama je dalam 1 usrah, tak akan berkembang.


Sebab tu Nabi berhijrah. Nakkan perubahan. Kalau dalam sekolah/universiti pon kita kena tukar kelas sebab nak dapat ilmu/pelajaran/pengalaman yang berbeza, inikan pula tarbiyah dak..? Universiti tarbiyah katanya.