Thursday 25 April 2013

Teladan sepanjang Zaman 1#

Ok..urm..hari ni jiwa_senang ni nak share..tentang..salah satu akhlak Nabi Muhammad SAW..

emm..Cuba teka akhlah apa...
akhlak ni bermula dengan huruf TA..

ok..masing-masing dengan riak muka berfikir masing..semata-mata mau cari jawapan..

urm...Taat?? X

eemmmm..emmm?? =.=

ha..Takut??Taat?? X

emm..ar..tunggu jak la..

x pasti..dah ngantuk ni..

apa ar...

mau makan apa ya??? ok kuar tajuk..

Tawadhu’?


BINGO=D..betul full mark..

hehe..

(saja jak mau panjang2 kan letak pic banyak2..hehe)

Aiwah..Tawadhu'..apa maksud tawadhu'??

Rendah hati @ Rendah diri

Pengertian merendah diri ni bukanlah satu perasaan merendah diri yang nak jadikan kita hina dan terpinggir dalam masyarakat sekeliling. Tawadhu' ni sebenarnya amik jalan tengah iaitu sederhana di antara dua perkara yang membinasakan. Iaitu antara melebih-lebihkan diri sendiri sehingga wujud satu perasaan riak dalam individu itu dan merasa rendah diri yang membawa kesan ke arah kekurangan atau kehinaan. Tawadhu’ juga boleh didifinasikan meletakkan sesuatu pada tempat yang selayaknya dan memberikan sebarang hak kepada individu lan yang sememangnya berhak menerimanya.

Apabila Fudhail bin ‘Iyadh, seorang ulama’ terkemuka ditanya tentang tawadhu’, maka beliau menjawab:

“Ketundukan kepada kebenaran dan memasrahkan diri kepadanya serta menerimanya dari siapapun yang mengucapkannya.” (Madarijus Salikin 2/329)

Maknanya, ada dua ciri kita boleh lihat berkaitan sifat tawadhu' ini, iaitu ;

  1. Menerima kebenaran daripada sesiapa sahaja tanpa mengira darjat even kebenaran itu daripada musuh sendiri
          contohnya: Seorang pemimpin boleh menerima cadangan rakyatnya, seorang lelaki menerima teguran
          seorang rakannya walaupun rakannya itu adalah saingannya ataupun tidak rapat dengannya, seorang
          boss menerima pandangan anak buahnya, seorang guru menerima teguran anak muridnya jika ternyata
          dia silap                          

     2.  Mampu untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja

          contohnya: Ketua negara boleh bergaul baik dengan sesiapa sahaja termasuk lah orang awam, boleh
          bergaul dengan siapa pun walaupun dirinya lebih mulia lebih berkedudukan daripada orang yang
          digaulinya, beramah mesra walaupun tidak pernah berjumpa atau pun tiada hubungan persaudaraan

Allah berfirman,


“Janganlah kalian memuji diri kalian. Dia lah yang paling tahu tentang orang yang bertaqwa.” (An Najm: 32)


Ayat ini merupakan peringatan dan penegahan Allah kepada kita daripada membuka pintu-pintu or benih-benih kepada lawan sifat tawadhu'.Iaitu,

Takabbur @ SOMBONG

Rasulullah telah mendefinisikan sombong dengan sabdanya:


الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَ غَمْطُ النَّاسِ

alkibru bathoru alhaq wa ghamtho annas

“Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (HR. Muslim no. 91 dari hadits Abdullah bin Mas’ud )

Hati-hati jaga-jaga..kadang-kadang kita tak sedar kita ni telah berlaku sombong..lebih-lebih lagi bila kita ni di beri Allah kedudukan lebih tinggi ataupun mempunyai kelebihan yang lebih daripada orang lain..even murobbi sendiri pun boleh terkena penyakit ini..jadi, adalah sangat perlu kita bermuhasabah setiap masa..

Contohilah Rasulullah..even baginda seorang ketua negara, seorang nabi, seorang yang berasal dari kerabat pembesar Mekah baginda masih bersifat tawadhu' kepada sesiapa..

sebagai contoh, 

Diriwayatkan dari Abu Umamah, bahwasanya Rasulullah SAW keluar kepada kami memakai tongkat, maka kami berdiri (menghormati/menyambut) untuknya. Maka Rasulullah SAW berkata: "Jangan kamu berdiri sebagaimana orang-orang ‘Ajam berdiri, membesarkan (menghormati satu dengan yang lainnya). Sesungguhnya aku adalah seorang hamba yang makan sebagaimana hamba sahaya makan, dan aku duduk sebagaimana hamba sahaya duduk.”

Diriwayatkan dari Aisyah, Imam Hasan dan Abi Sa'id serta lainnya, bahwasanya Rasulullah SAW di rumahnya melaksanakan pekerjaan keluarganya, membersihkan, melipat bajunya, memerah kambingnya, menyapu rumahnya, menjahit sandalnya apabila ada kerusakan, menyiapkan makanan dan minuman untuk hewannya, makan bersama pembantunya, membuat makanan bersamanya dan membawa barang belanjaannya dari pasar.

Selain itu, jika Rasulullah bertemu sahabatnya, baginda akan memberi salam dan bersalam..

Jika di dalam majlis ilmu, baginda akan duduk dan dengar sehingga majlis tersebut selesai

Pernah datang seorang laki-laki kepadanya, gementar setelah melihatnya disebabkan haibah Rasulullah SAW, berkata Rasulullah SAW kepadanya : " Tenanglah wahai saudaraku, sesungguhnya aku bukan malaikat, akan tetapi seorang laki-laki yang dilahirkan dari perempuan Quraisy yang makan makanan ".

Tidak rugi pon kalau kita bersikap tawadhu' malah darjat kita diangkat Allah :D

Di dalam sebuah hadis,

" Allah SWT tiada menambahkan kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafannya melainkan kemuliaan. Dan tidak ada seorangpun yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya" (HR Muslim dari Abu Hurairah) . 

Hadis ini menceritakan bahawa orang yang mempunyai jiwa pemaaf akan dimuliakan oleh Allah dan seseorang yang bersikap tawadhu’ maka Allah akan menganugerahkannya kehormatan dan maruah diri yang luhur.


Antara perilaku orang yang memiliki sifat tawadhu' ialah:
  • Mudah menerima pandangan orang lain biarpun dia juga ada pandangannya sendiri
  • Dia tidak mempunyai apa-apa masalah dalam menerima pandangan orang yang lebih muda daripadanya ataupun orang yang lebih rendah pangkat daripadanya.
  • Sabar dalam perbincangan, tidak mudah marah atau emosional, lebih menjaga suasana harmoni dalam perbincangan tersebut daripada bertegang leher dengan rakan-rakannya.
  • Tidak memilih-milih kawan, boleh bergaul dengan semua orang, tidak kira samada orang bawahan atau orang atasan, kaya atau miskin, sihat atau sakit. Malah, boleh duduk bermesra dalam satu majlis dengan orang yang pernah mengkritiknya.
  • Saling hormat menghormati, sekiranya berjawatan, ia menghormati orang bawahannya. sekiranya kaya, ia sangat memuliakan orang yang fakir dan miskin. 
  • Tidak timbul baginya yang dia miliki kelas tersendiri.
  • Dalam pergaulan, lebih suka menjadi pendengar dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja, tidak sewenang-wenangnya akan memotong percakapan orang sebaliknya memberi peluang orang itu menghabiskan percakapannya.
  • Dalam majlis, jika ada sesuatu kebenaran yang hendak diperkatakan, suka kebenaran itu keluar daripada mulut orang lain. Lebih-lebih lagi, jika ada orang yang lebih berpengalaman atau berilmu daripadanya dalam majlis itu.
  • Kalau diminta memberi pendapat dan pendapatnya diterima orang, tidak mendabik dada sebaliknya bersyukur kepada Tuhan. Jika pendapatnya ditolak, lapang dada dan tidak berkecil hati.
  • Mudah memberi maaf kepada orang yang tersilap dengannya. Dia tidak mudah memarahi atau menghina orang tersebut.
  • Segera meminta maaf jika berlaku kesilapan daripadanya sekalipun kepada orang yang lebih rendah daripadanya dari segi jawatan atau umur.
  • Tidak minta dihormati atau dimuliakan atas kedudukannya. Jauh sekali berkecil hati jika tidak dihormati atau dimuliakan. Namun dia menerima dengan baik orang-orang yang mahu menghormati dan memuliakannya.
  • Tidak meninggi diri dengan menceritakan kelebihan yang ada pada dirinya. Sebaliknya dia lebih suka menceritakan kebaikan orang lain sebagai teladan.
Siapapun kita, seorang guru ka, pelajar ka, majikan ka, anak buah ka, kakak ka adik ka, murobbi ka mutarrobi ka..Sifat tawadhu' ni perlu ada pada setiap kita..Jangan sekali memandang rendah orang lain kerana kisah lalunya maupun kerana kekurangan even kesilapan di lakukannya..kerana semua kita adalah sama yang membezakan hanyalah pakaian taqwa;)..

Urm..banyak benda tak settle lg..huhu..jom muhasabah diri dan berusaha memperbaiki diri..

Bah, JOM=D..tunggu apa lagi..mari kita menanam sifat Tawadhu' ini..semoga kita berada dalam redha Allah..





Wednesday 24 April 2013

Pendirian IKRAM Berkenaan Isu Kalimah Allah

*Tadi buka fb..pastu ada lah sorang kawan ni..tanya pasal tajuk ni..dia nak cari isi untuk assignment..so say pun korek2 la balik khazanah2 pak cik2..hehe..ok..Semoga bermanfaat..

Pendirian IKRAM
Berkenaan Isu Kalimah Allah
15 Januari 2013 bersamaan 3 Rabiul Awal 1434 H

1. IKRAM maklum terdapat kegusaran di kalangan sebahagian umat Islam mengenai
penggunaan kalimah “Allah” oleh penganut bukan Islam di negara kita.

2. IKRAM berpendirian bahawa hukum asalnya adalah harus bagi penganut agama lain
untuk menggunakan kalimah “Allah”. Pandangan ini disandarkan kepada penggunaan
kalimah “Allah” oleh orang bukan Islam seperti yang terkandung dalam banyak ayat-ayat
al-Quran seperti ayat 61 dan 63 surah Al-‘Ankabut, ayat 78 surah An-Nisa’ dan ayat 78
surah Ali Imran. Mereka juga menggunakan kalimah “Allah” dengan makna yang
bertentangan dengan sifat Allah seperti yang terkandung dalam ayat 30 surah At-Tawbah,
ayat 68 surah Yunus serta ayat 17 dan 72 surah Al-Maidah.

3. IKRAM maklum bahawa terdapat kebimbangan di kalangan sebahagian masyarakat Islam
bahawa jika diizinkan penggunaan kalimah “Allah” oleh selain orang Islam, pintu fitnah
akan terbuka untuk memudahkan pengembangan agama Kristian, sekali gus memudahkan
usaha mengajak orang Islam yang lemah akidah kepada agama Kristian. Untuk
menangani masalah ini, IKRAM berpandangan bahawa penyelesaiannya bukan dengan
menghalang penggunaan kalimah “Allah” tetapi dengan melipatgandakan usaha bagi
menangani kelemahan aqidah dan kejahilan umat Islam sendiri.

4. Dalam konteks perkara-perkara 3 dan 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang merujuk
kepada Islam sebagai agama persekutuan dan sekatan terhadap penyebaran agama lain di
kalangan penganut Islam, IKRAM berpandangan apa yang sudah termaktub wajar
dihormati.

5. Pandangan IKRAM ini bukan bermakna IKRAM merelakan sebarang agenda untuk
menyebarkan agama lain dalam kalangan umat Islam. IKRAM menyeru semua agar
menghormati peruntukan perlembagaan di dalam hal ini.

Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Tuesday 23 April 2013

Selamat Tinggal En. J ;D

urm,,Siapa tu En J akak??=O 

En J??..urm...kalau korang nak tahu siapa dia tu,datang la daurah nanti;)..hehe jawab jiwa_senang kepada anak-anak usarahnya..

hehe...

En. J stand for En./Pn. Jahiliyyah..

Antara objektif utama yang difokuskan dalam daurah kali ini adalah untuk mengenali jahiliyyah di sekeliling kita sebagai student dan dalam diri kita dan juga mengetahui kaedah membuang atau menghindari jahiliyyah serta memahami keburukan jahiliyyah.

Kita mendapati, antara masalah besar yang sering dihadapi oleh sang daie adalah bagaimana untuk meninggalkan jahiliyyah ini. Kita tidak mungkin mampu bertahan di atas jalan DnT ini disamping menyimpan jahiliyyah sebagai bekalan. 

"alah, tak kan x boleh..jadi daie, tekanan kot..relek2 kejap boleh la kot..bukan aku selalu tengok cerita ni, kalau dulu iya lah!"

"Ish, kau ni, macam dulu tak pernah buat..layan kejap jak mamat ni, nak tanya kabar, tak kan tak boleh kot, bukannya kmi berhubungan"

"urm..malam tadi usrah lambat habis lah, pagi ni nak qada dulu boleh?" 

Dush!!

"Apabila kita memilih ketaqwaan,maka kita akan meninggalkan jahiliyyah” 

Jika kita yang mengatakan sebaliknya, ternyata kita salah. 

Kerana jahiliyyah akan merosakkan amal dakwah kita.

Macam mana kak?=O

Ha..datang daurah sabtu ni ye dik ;), nanti akak terangkan

Hehe..

Ha, antara objektif utama yang difokuskan dalam daurah kali ini adalah untuk mengenali jahiliyyah di sekeliling kita sebagai seorang student dan dalam diri kita dan juga mengetahui kaedah membuang atau menghindari jahiliyyah serta memahami keburukan jahiliyyah.

Dalam daurah ini akak akan beri talk yang more to two way communication di mana setiap kali masuk point baru akak akan beri peluang kepada para peserta bincang dalam kumpulan untuk membincangkan seterusnya membentang beberapa persoalan dalam point tersebut. Antaranya, para peserta perlu membentangkan beberapa jahiliyyah dalam diri dan bagaimana hendak menghapuskan jahiliyyah tersebut serta jahiliyyah yang ada dalam kampus dan bagaimana mahu hapuskan jahiliyyah yang ada dalam masyarakat kampus.


Islah nafsak wad'u ghairok

"Perbaikilah diri kamu,dan serulah orang lain."-Musthafa Masyhoor-

Mereka sering mempersoal..

"kak, macam mana ya, kita nak bawa orang tapi, kita pun rasa diri kita tak cukup ilmu, tak cukup baik lagi, xda confident la kak.."

"saya nak perbaiki diri lah dulu, nanti dah rasa ok, baru lah saya ajak rommate saya tu p usrah"

"ala..macam extreme sangat ni, baru je aku join bulatan happy ni, tak kan terus2 aku nak buang tabiat lama aku tu, nanti pelik kawan-kawan aku..kang ada yang lari tak mau kawan.."

Dan persoalan-persoalan ini akan akak jawab dalam daurah ini nanti..

Seterusnya..jadilah individu muslim yang bebas dari cengkaman jahiliyyah kerana sekali lagi saya tegaskan jahiliyyah itu akan merosakkan amal dakwah kita. Mari lah kita berharap semoga kita menjadi individu muslim yang terbaik dalam mencapai ustaziatul alam.

Apa benda ustaziatul alam tu kak?

hehe..sekali lagi..datang daurah. Nanti akak bagtahu;)..hehe..(annoyying ah akak ni..)--->memang pun..hehe

"Sesungguhnya akan terungkai ikatan Islam dari manusia seikat demi seikat apabila lahir di kalangan masyarakat Islam orang yang tidak memahami erti jahiliyyah" (Saidina Umar).

SO, nampak tak dik? penting kan kita kena kenal jahiliyyah ni..dalam kita menyangka kekuatan islam kita itu sudah kuat kerana dari bilangannya..tetapi, kerana jahiliyyah ini kita tidak fahami dansedari kewujudannya..runtuh sedikit demi sedikit bangunan yang tadi di sangka kukuh..

SO, Datang lah Daurah semoga mendapat pencerahan yang lebih mengenai ia=)

Jap, apa tu daurah kak?
Dush!!Adoi..maaf dik lupa pula akak bgtau..daurah tu, program ^_^

Semoga Allah redha dan semoga dipermudahkan Allah..


Saturday 20 April 2013

Nak jadi isteri Aktivis=O

Ok,Assalammualaikum semua;)
urm..hari ni nak share benda ni(sambil tunjuk tajuk di atas) ;)..dah lama dalam draf, tp tak terpost2..maaf la ya..hehe..
Tapi, sebelum baca pastikan kamu yang akan baca ni adalah orang yang..(isi sendiri)

Karakteristik Isteri Aktivis Dakwah
Seorang aktivis dakwah memerlukan isteri yang ‘tidak biasa’. rinduKenapa? Karena mereka tidak hanya memerlukan istri yang pandai merawat, pandai memasak, pandai mengurus rumah, pandai mengelola kewangan, cekap dalam hal-hal berkenaan urusan rumahtangga. Maaf, bukan bermaksud mengecilkan, berbagai kepandaian dan kecekapan itu adalah bekalan yang ‘standard’ yang memang harus dimiliki oleh seorang isteri, tanpa menitik beratkan suaminya seorang aktivis atau bukansengihnampakgigi. Atau dengan kata lain, seorang perempuan dikatakan sedia untuk menikah dan menjadi seorang isteri jika dia memiliki berbagai-bagai bekalan yang standard itu. Namun bagaimana jika sudah jadi isteri, tapi tidak punya bekalan itu? Ya, jangan hanya diam, belajarlah. Istilah famesnya ‘learning by doing’.:woooh:

Kembali kepada tajuk perbahasan kita. Menjadi isteri aktivis bererti bersedia untuk mempelajari dan memiliki bekalan ‘di atas standard’. Berikut ini adalah bekalan yang diperlukan oleh isteri aktivis atau yang ingin menikah dengan aktivis dakwah:

1. Bekalan Yang Bersifat Pemahaman (fikrah)

Hal paling penting yang harus difahami oleh isteri seorang aktivis dakwah, bahawa suaminya pastinya tidak sama dengan suami pada umumnya. Seorang aktivis dakwah adalah orang yang mempersembahkan waktunya, gerak amalnya, getar hatinya, dan seluruh hidupnya demi tegaknya dakwah Islam dalam rangka meraih ridha Allah. Mendampingi seorang aktivis adalah mendampingi seorang prajurit Allah. Tak ada yang dicintai seorang aktivis dakwah melebihi cintanya kepada Allah, Rasul, dan berjihad di jalan-Nya. Jadi, siapkan dan ikhlaskan diri kita untuk menjadi cinta ‘kedua’ bagi suami kita, karena cinta pertamanya adalah untuk dakwah dan jihad! Ayuh bangun dari lena kalian… 

2. Bekalan Yang Bersifat Ruhiyah

Berusahalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Jadikan hanya Dia tempat bergantung semua harapan. Yakinlah bahwa ada Kehendak, Qadha, dan Qadar Allah yang berlaku dan pasti terjadi, sehingga tak perlu takut atau khuwatir melepaskan suami pergi berdakwah ke manapun. Yakinlah bahwa Dialah Sang Pemilik dan Pemberi Rezeki, yang berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Bekalan ini akan sangat membantu kita untuk bersikap ikhlas dan qana’ah ketika harus menjalani hidup bersahaja tanpa limpahan harta. Dan tetap berwaspada dalam setiap perkara agar tak menjadi takabur dan lalai ketika Dia melapangkan rezeki-Nya untuk kita.

3. Bekalan Yang bersifat Ma’nawiyah (mentaliti)
garupale

Inilah di antara bekalan berupa sikap mental yang diperlukan untuk menjadi istri seorang aktivis: kuat, tegar, gigih, kukuh, sabar, tidak manja (kecuali dalam batasan tertentu) dan mandiri. Tidak mengharapkan semuanya diselesaikan oleh suami. Namun ada upaya dari diri sendiri untuk terus mencuba dengan pe;bagai alternative.

4. Bekalan Yang bersifat Aqliyah (intelektualiti)


Ternyata, seorang aktivis tidak hanya memerlukan pendengar setia. Ia perlukan isteri yang boleh untuk diajak bersembang, tukar pikiran, musyawarah, atau perbincangan tentang kesibukan dan minatnya. Karena itu, banyaklah membaca, rajin mendatangi majlis-majlis ilmu supaya luas tsaqafah.

5. Bekalan Yang Bersifat Jasadiyah (fizikal)
:inlove:

Minimal sihat, menjaga kebersihan, dan tidak selalu sakit saja. Jika fizikal kita sihat, kita dapat melakukan banyak hal, termasuk mengurus suami yang sibuk berdakwah. Karena itu, penting bagi kita untuk menjaga kesihatan, membiasakan pola hidup sihat, rajin beriadhah dan lain-lain. Selain itu, jangan lupakan masalah merawat wajah dan tubuh badan. Ingatlah, salah satu ciri isteri solehah adalah ‘menyenangkan ketika dipandang’.

Akhirnya, ada bekalan yang lain yang tak kalah penting. Itulah sikap mudah memaafkan. Bagaimanapun soleh dan taqwanya seorang aktivis, tak akan mengubah dia menjadi malaikat yang tak punya kesalahan. Seorang aktivis dakwah tetaplah manusia biasa yang pastinya dan mungkin untuk melakukan kesalahan. Bukankah tak ada yang ma’shum di dunia ini selain Baginda Rasulullah?

:tsk:p/s: para Ikhwannya juga sama dalam persediaan ini.

OK, ni saya kopi n pasta dr---->>http://akhwatsolehah.blogspot.com/2008/04/seorang-aktivis-dakwah-memerlukan.html

bacalah,..bnyak lagi info lain yg insha Allah bermanfaat buat anda ;D

urm..ekceli, Entry kali ni bukan la termasuk hadaf sy nak buat blog ni..urm tp........saja nak kongsi=D..papun semoga kamu2 dapat manfaatnya k..