Monday 31 December 2012

apa ada dengan S dan T

[orang berfikir dan terfikir]

Assalammualaikum w.b.t.

Dalam abjad rumi, huruf S dan T berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak “confuse”. Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu “confuse” tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang…..

Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintu depan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang.

Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi tak tenang,

resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang.

Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyi dari mulut. Tapi

lepas tu…. hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.

Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu

berharga…. perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan

bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!

Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar

bolah dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihat dengan mata, wang

banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata…. segala yang

berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat 

dirasai oleh hati.

Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang…. tapi bila hati

resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.

Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah. Bila sebut

zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat

zikir bejam-jam. Sebab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah

boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak

tenang. Di mana salah dan silapnya?

Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut

dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan

menghayati.. .. mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah

hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca ” Alhamdulillah ” beribu kali tapi

hati tak ingat Allah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita.

Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau

dilatih tiap-tiap hari.

Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat

tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut “Alhamdulillah ” tapi

hati berkata ” Tak patut Allah tak makbulkan doa aku”.

Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan. Bila lupa

Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati. Bila ingat Allah

diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang.


Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi OK!!!!

WALLAHU’ALAM. …




hAtI yG sEnang LahiRnya Dr JiWa yG TeNang...n jAn LupA KtnaNgan n kEsnAngan dTgnYa dr ALLah...

NIKMATNYA sakit kurniaaa Sang Pencipta

[orang berfikir dan terfikir]


Assalamualaikum..

Tengok gambar pun mesti tau nak kata pasal apa kan??hehhe..

Alhamdulillah. Syukur pada Allah kerana Dia-lah yang memberikan sakit ini dan Dia jugalah yang menyembuhkannya. Biarpun sakit ini hanya dilalui beberapa hari sahaja tetapi di situ ada nilai dan ibrah yang boleh diambil jika kita orang-orang yang berfikir. insyaAllah.

SYUKURLAH!!!!!

Biasanya bila sakit, macam-macam reaksi yang boleh kita lihat bukan??? Macam-macam keluhan didengari. Aduhhhh sakitnya! Kenapalah Allah bagi aku sakit nihhh??? Baru sikit Allah bagi sakit tapi mengeluhnya punyalah panjang. Belum sakitnya ketika sakaratul maut. Tidak mampu ditafsirkan rasa itu dek logik akal ini.

Sebaliknya, apalah yang harus diucapkan tak lain dan tak bukan melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran pada-Nya. Sangatlah rugi andai kita tidak merasai sakit atau merasakan sakit itu satu bebanan atau menyusahkan. Nauzubillahi minzalik. Dalam Al-Quran ada menceritakan tentang kisah Firaun yang mana Allah beri satu kelebihan padanya yang mana dia tidak pernah jatuh sakit. Dan oleh kerana itulah dia merasakan dan mengiktiraf dirinya sebagai Tuhan. Hingga akhirnya Allah menurunkan azab kepadanya di atas perbuatannya itu. Sungguh tidak malu manusia ini. Adakah kita mahu menjadi sepertinya?? Pastinya tidak! Maka, Jadilah kita manusia yang bersyukur!

Sakit satu NIKMAT

Setuju tak kalau saya katakan sakit itu satu nikmat? Satu anugerah? Satu kurniaan? Dan yang sewaktu dengannya. Bukankah kehidupan yang kita lalui ini milik Allah dan kita hanyalah menikmatinya sahaja. Dan ia termasuklah juga sakit. Nikmatilah sakit yang Allah berikan itu sepuasnya biarpun ia hakikatnya bukanlah perkara yang anda sukai.

Allah berfirman:

“Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu adalah sesuatu yang tidak kamu senangi. Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (2:216) 

Sakit PENGHAPUS DOSA

As simple thing, kita ni manusia biasa yang sentiasa melakukan dosa. Mengakulah!! Kita bukannya maksum seperti Nabi saw. Dan kehadiran sakit ini sebenarnya sebagai penghapus dosa-dosa kita walaupun ianya hadir tanpa diundang. Sebab apalah Allah nak bagi kita sakit yer???? Sebabnya Allah sayang kitalah!!!! Be optimist and postive! Husnuzon dengan Allah. Di situ kita akan redha dengan tiap apa yang berlaku pada kita.

Rasulullah saw bersabda: “Tidaklah orang Muslim ditimpa cobaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Put effort!

Kita kalau nak sembuh dari sakit kenalah berusaha dan berikhtiar. Perlu sangat-sangat kita bergerak dan berbuat sesuatu. Kalau tak alamatnya atas tilam sajalah. Gerenti demam pun takkan kebah punya. Badan pun lemah-longlai sebab dah terlampau lama terbaring atas tilam yang empuk itu. Teringat kata-kata naqibah sebelum ini, kalau kita nak buat sesuatu perlu usaha lebih sikit sahaja. Ya! Usaha lebih sikit!! Tak perlu banyak-banyak tapi lebih sikit jer. Haa..camner tuh? Bak kata Nabil Raja Lawak, Lu Pikir La Sendiri!

Mohonlah pada-Nya!

Setelah berhabis ikhtiar dan usaha, maka mohonlah pada-Nya. Dari manalah harus kita raih kekuatan dan kesabaran? Of courselah dari Allah. Allah adalah sumber kekuatan kita! Kita tak kuat if nak hadapi ujian ini sorang-sorang. So adukan saja pada Allah. Mohon doa pada-Nya moga diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian-Nya ini. Ingatlah Allah bukan saja-saja jer nak bagi kita sakit tapi sebab Allah tahu kita boleh hadapinya, maka Allah beri.



Allah berfirman: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.(2:284)

Nampak tak di situ kita belajar sesuatu. Ya! Jadi orang yang kuat dan sabar!!!

BERINGAT-INGATLAH!! SIHAT SEBELUM SAKIT!

Teringat lagu nyanyian Raihan (tak ingatlah pulak tajuknya) tapi lebih kurang beginilah:-

Ingat lima perkara
sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Manusia biasalah bila dah terkena barulah nak beringat. Tapi kira oklah bila dah kena akan beringat dari tak beringat langsung. Maka, hargailah masa sihat kita sebelum masa sakit datang menjengah kita! Apa-apapun jaga kesihatan anda! Sebab apa saya kata camtuh? Sebabnya kita bila dah sakit, satu apa pun tak leh nak buat. Percayalah! Moga Allah berikan kita sihat tubuh badan supaya kita dapat laksanakan amanah-Nya dengan sebaiknya dan moga dapat kita memenuhi salah satu dari muwasafat tarbiyah, Qawiyyul Jismi. insyaAllah.

Waallahu'alam.

Terima kasih Allah!!!

[sumber],fb Sharifah Al-attas
20 Februari, 2012
12.28 am
[copy] 2.22am =)


:: Oleh itu, mulai hari ni,JOM!!bila kita ditimpa demam, kena kena set ia adalah sesuatu yang menguntungkan=D, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan =) 

:: Jom Share pada adik-adik comel dan kawan-kawan yang sedang Demam, Syafakallah wa Syafakillah!(sambil letak tisu kat hidung)



Tuesday 25 December 2012

Syahadatul Haq yg masih belum ku penuhi..

orang terfikir dan berfikir...

Apa itu Syahadatul Haq^0^?

Kamu pernah dengarkah org sebut2 tentang Syahadatul Haq ni?or nama ringkasnya, SH..

Rasanya ramai jak yg dah dengar tentang kalimah ini kan cuma x tau or x prasan kot..

Kalimah tu ialah :



                                           
 

Maksudnya : "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah."

Dari segi bahasa ;

Syahadah- penyaksian
Al-Haq - kebenaran

So, Syahadatul Haq(SH) = "Penyaksian Terhadap Kebenaran"

SH bermaksud pengakuan sebenar bahawa

            TIADA Tuhan yang layak DISEMBAH selain ALLAH dan MUHAMMAD adalah

UTUSAN Allah. Seruan ini dikemukakan oleh Sayyid Abu al-A’la al-Maududi seorang ‘alim,

malah seorang pemikir Islam kontemporari yang terulung serta pengasas al-Jama’ah al-

Islamiyyah di Benua India. Seruan ini menjelaskan kepada masyarakat tentang dakwah 

islamiyyah. “Syahadah Al-Haq” BUKAN sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya,

kitabNya, rasulNya dan hari akhirat, MALAH tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat

mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah ini HANYA terlaksana apabila orang-

orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal

soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Ringkasnya, kita PERLU melaksankan

tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran dalam masa yang sama kena juga jlnkan rukun2

iman tu..

Walaupun kita telah menunaikan semua kewajipan fardu, kita masih belum dikira sebagai

melaksanakan dan membuat penyaksian terhadap kebenaran syahadah kita, selagi mana kita tidak 

MENYAMPAIKAN penyaksian kebenaran kita kepada umat manusia, yakni menyampaikan risalah

Islam, atau dalam erti kata yang lain, MELAKSANAKAN DAKWAH dan menjadi Da'ie !

Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai tuhan dan Islam sebagai agama kemudian 

kita lafazkan syahadah yang sebenar (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah 


Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab 


yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja kita melafazkan syahadah ini.


Tanggungjawab ini ialah kita melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala hak Syahadah Al-

Haq (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah

Utusan Allah) yang kita imani dan kita akui sebagai agama kita.

Hak syahadah ini perlu dilaksanakan dengan cara kita menyampaikan kalimah hak ini ke seluruh

bangsa manusia, melalui amalan soleh yang kita lakukan, melalui akhlak terpuji yang kita miliki

serta melalui pemerintahan kita yang adil dan betul supaya pada hari di mana segala saksi 

bangkit menyatakan penyaksian mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan 


mereka tidak dapat menafikan bahawa dakwah para nabi dan kalimah hak ini telah sampai ke 


gegendang telinga mereka
. Allah Taala berfirman:

                           وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا‌ۗ

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad)satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang membenarkan kebenaran perbuatan kamu.(Al-Baqarah:143)

Kalimah ummatan wasato atau umat pertengahan MERUJUK kepada tugas kita untuk 

menyampaikan dakwah ke seluruh manusia. Rasul menjadi saksi di atas segala perbuatan kita.

Kita sebagai umat pertengahan PERLU menyambung tugas dakwah Rasulullah dan kita menjadi

saksi di atas segala perbuatan manusia lain.

SO,skrg NAMPAKKAN..

betapa Besarnya tanggungjawab kita?

yang baru tahu,,dun worri,,mai mula dari sekarang ni..jangan tanggu2 lgi..nanti malaikat maut

datang, ha, kan rugi..

dan yang memang dah tahu tu..

Anda dah mula melaksanakannya?^^

Kita TIDAK boleh berpeluk tubuh dan berdiam diri sahaja tanpa memikirkan dan melaksanakan

tanggungjawab yang penting ini.

Sebab...jika kita menolak atau menyembunyikan syahadah ini?

Allah SWT berfirman :

                                                   وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَـٰدَةً عِندَهُ ۥ مِنَ ٱللَّهِ‌ۗ

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? (AlBaqarah (2:140)

Lihatlah kaum Yahudi yang telah dianugerahkan takhta syahadah ini sebelum kita. Malangnya ada

kala mereka menyembunyikan syahadah ini dan ada kalanya mereka mengakui kebenaran syahadah

ini, menurut kemahuan mereka yang berniat jahat. Malahan mereka tenggelam dalam kezaliman.

Akhirnya segala amalan dan syahadah mereka digunakan bagi menegakkan kepalsuan dan

menidakkan kebenaran. Justeru itu mereka layak menerima laknat selama-lamanya. Oleh itu

mereka ditimpa kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka menerima kemurkaan 

Allah sebagaimana dinyatakan sendiri oleh wahyu Allah.

Mereka adalah golongan yang engkar kepada untuk memikul beban dakwah ini 

tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran.


OK,masih x nampak lg??Ok,,cam ni..bg analogy la ya..

Suatu hari, c Paulina menyaksikan satu kemalagan jalan raya di antara seorang perempuan dengan

sebuah kereta. pemandu kereta itu melarikan diri. Di sini c Paulina merupakan saksi di atas kejadian

tersebut. apakah akan berlaku kepada perempuan itu sekiranya c Paulina menyembunyikan

kebenaran?Adakah nasib perempuan itu akan terbela?? of course NOT kan...

Begitu juga dengan kita, sekiranya kita terus menyembunyikan kebenaran ini, manusia lain akan

sentiasa berada di dalam kesesatan dan kerugian..

Maksud syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan

Muhammad Adalah Utusan Allah) yang diletakkan ke bahu kita selepas ketiadaan Nabi Muhammad

s.a.w. ini ialah kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan kita

bimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah

kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kita tunjukkan kepada mereka pendekatan sebenar yang telah

ditunjukkan oleh Allah, kita tunjukkan segala petunjuk dan arah tujunya yang merupakan satu-

satunya pendekatan yang betul dan diredai oleh Allah. Satu-satunya pendekatan yang akan

membawa kebahagiaan kepada seluruh manusia.

SO, siapa2 yang dah berada dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah ni..jangan gusar dan jangan

bimbang..kerja mmg besar..tapi kita tempuh bersama..kerana kita akan bergerak beramai2..dan

akan saling menguatkan=)..n kepada hadeq bulatan gumbira ku, ingtlah kita bukan nak baik

sendiri2..mai la dr skrg kita pasang niat nak meningkat menjadi MUROBBI bukan selebreti ;D..kita

semua mempunyai potensi diri yang tersendiri..

Sumber: Syahadah Al-Haq-Penyaksian Terhadap Kebenaran (Sheikh Abul Al-A'la Al-
Maududi)

Thursday 20 December 2012

Coin-C-Den-Tal

Assalammualaikum evry1..lama ta update kan..sedih:(..nak kata busy, x la busy sngtkan..

ada lagi org super2 busy..nak kata x busy, x busy la sngat..kerja sana sini bertimbun..hehe..

em,x yah la nak bg alasan la kan..masa kita semua sama, 24hours..

tpi macam mana kita susun urusan kita tu yg buat masa kita jd macm singkat or panjg..

dan aku masih berusaha kearah itu..tersusun dalam urusan..papun..in sha Allah..

dlm masa terdekat aqu update lg belog ni yg merupakan salah satu de turning point..

aku dlm D&T ni:)..Ok tu jak kot nak aku tulis kali ni..Btw,sblm aku akhiri tulisan ku ni..

kat bwh ni ada lah satu pic aku dpt drpd kedai green house..agak sedap ya makannan d kedai ni..

try la dtg..tp aku bukan nak ckp pasl kedai tu or yg seisinya..just nak share apa org share kat aku..

so aku pakai pic ni jd background benda aku nak share..sori la ya kalau x kena dgn mata..hehe..

ok,Waalaikummusalam.



Wednesday 5 December 2012

Dalam Dakapan Ukhwah versi KITA;D

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..kita mampu dan sentiasa berusaha berlapang dada..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..iri hati hasad dengki jauh sekali ingin didekati..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..kita rasa 'berhimpit-himpitan' dalam perjalanan tu perkara biasa..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..kita x pernah lupa untuk saling ingat mengingati..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..susah senang kita tetap bersama..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..x pernah lekang doa rabitah dpinta kepada Illah demi memohon di perkuatkan lagi ikatan hati2 ini T_T..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..pertemuan dan perpisahan kita hanya kerana-Nya..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..wang masa tenaga x jadi masalah utama lagi..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..akhirnya terkantoi juga siapa saya pada anda:)..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..rasa pahit dan perit itu memang ada dan kita rasainya bersama..tetapi ketahui lah..yang pahit itu la yang membuatkan kita rasa manis di akhirnya..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..ingatlah..bila kita rasa down dalam menegakkan agama-Nya..jangan di lupa..Rasullullah dan sahabat serta org2 terdahulu lebih hebat ujiannya..dan ingatlah..mmg itulah Sunatuallah..so, jangan pelik jangan heran bila kita duji..tp bersyukur,,kerana itu bermakna anda benar2 berkerja=D..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..kita sentiasa saling menguatkan antara satu sama lain secara sedar mahupun tidak sedar secara langsung maupun tak langsung..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..alhamdulillah kita sama2 berusaha melahirkan bi'ah solehah..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..kita bersama berusaha ingin menambah memperbaiki meningkatkan lagi ukhwah kita semua keperingkat itsar.. Kerana kita tahu..

" Ukhwah itu Teras Kegemilangan;D"

Dan

"Ukhwah itu saudara Keimanan^_^"

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..aku dan kita semua berharap xda la sengketa antara kita..sengketa itu blh timbul kerana bisikan c syaitan bermotifkan untuk meruntuhkan ukhwah kita dan ingin melemahkan dan melambatkan dakwah kita..oleh itu,bila timbul rasa x senang didada atas tindak tanduk antara kita..jangan djaja2 masalah nya kepada yang tidak sepatutnya kerana ia menunjukkan kelemahan kita..sebaliknya berbincang baik dgn tuan empunya badan sama2 baiki kelemahan kerana kita melengkap kan antara satu dgn yg lain..dan kita maklum kita punya kelemahan dan kelebihan masing2..dan bertawakallah dan beristigfarlah pada Yang Esa^_^..kerana semua yang berlaku itu xkan berlaku tanpa izinNya dan kerana Allah itu sentiasa punya masa mendengar rintihan kita..apa2 pun yang terjadi, ingatlah Ia pasti mempunyai maksud dan agendaNya tersendiri utk melatih serta mengajar kita =,)

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah..kita sujud,kita ruku',pada Yang Esa, kita doa kita mohon, pada Yang Esa..kita seru kita bawa manusia juga pada Yang Esa iaitu Allah..alhamdulillah aqidah kita sama,fikrah kita serupa..semga dgn ukhwah kita menguatkan lg rasa izzah kepada Allah..dan semga ukhwah kita menyebabkan kita x pernah rasa lelah mengeluh dan mengalah dalam mengembalikan menaikkan menyebarkan islam didunia..walaupun kita tahu,mungkin kita x sempat bersama mereka ketika islam berada di atas..tp biarlah kita menjadi batu2 yang membantu menaikkan islam itu..ingat, Allah x melihat pada hasil kita semata..tp apa usaha kita:)..semoga Allah meredhai kita di dunia dan di akhirat sana..

Akhwat fillah..dalam dakapan ukhwah juga...aku x segan aku x malu aku nak kata aku nak luah..

"AKU SAYANG AKU CINTA KAMU SEMUA KERANA ALLAH:D"..

Kerana aku x tahu bila lagi kita kan ketemu..kerana ajal maut itu rahsiah Allah..

Dari Anas r.a. bahawasanya seorang lelaki yang berada di sisi Rasulullah saw maka seorang lagi lelaki melaluinya sambil berkata:

"Ya Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai orang itu."

Maka Rasulullah bersabda:

"Sudahkah anda memberitahunya?" "Tidak," jawab lelaki tersebut. "Hendaklah anda memberitahukan kepadanya."

Maka pergilah lelaki itu menemui orang yang lalu tadi sambil berkata kepadanya, "Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah."

Berkatalah orang yang lalu tadi, "Semoga Allah mencintaimu yang keranaNya engkau mencintaiku."

[Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih]

Saya dah luah cinta sy kepada mereka,anda pula bagaimana:D??



Tuesday 27 November 2012

indahnya..

orang berfikir dan terfikir

apa benteng aku hendak berubah arr??apa masalah aku??kenapa susah sangat nak berubah??kenapa mesti malu??kenapa mesti rendah diri rasa x layak masuk bulatan gembira??kenapa mesti nak tengok kata n pandangan org??sejauh mana aku letakkan pandangan Allah dlm pemilihan ku terhadap sesuatu??aarrgghh!!!!bagus x payah berubah..banyak nak fikir la..

dan akhirnya...aku mati begitu saja..

haks..itu intro jak lah jo..hehe..tp itu la salah satu gejala aku dolu dolu..

tp alhamdulillah..sebelum aku mati..insyaallah,alhamdulillah aku dpertemuakan dgn mereka yang 'gembira lagi bahagia mengejar redha-Nya'...

kisah aku mungkin agak berbeza dgn org2 diluar sana..tp apa salahnya kita kongsi kan sesuatu pengalaman baik bersama..

alhamdulillah sekali lagi..aku dlahirkan dalam kalangan keluarga yang biasa n faham ttg usrah tarbiyah n sebagainya..

aikk,,jan buat assumption lebih2 dulu k...

walaupun aku dilahirkan agak bai'ah solehah jugak..aku bukan la sorg yg benar2 faham tntang islam itu sendiri..selama 18 tahun aku mencari identiti diri..

awalnya..aku dpaksa ok..ikut kem aulad la..selama umur kecil aku selama itu la aku join secara terpaksa..yalah..anak mak cik2 lain baik2 belaka..pandai2 belaka..ahh..rasa down saja dgn mereka ni..tp..ok itu adalah pemikiran x matang kanak2.

aku salah sorg penuntut setia SK Rendah;dr tahun 1-tahun 6...kawan2 aku pun terdiri daripada berjenis2..so bole kata la..drumah myb bai'ah solehah..dsekolah bai'ah??

tp,,aku tetap pelajari sesuatu yg berguna dalam hidupku dan insyaallah utk akhiratku dari pada mereka..

peringkat seterusnya..aku juga penuntut setia SMKAAGama..dari form 1- hingga form 5...alhamdulillah=D..selain kenangan indah banyak sungguh ku pelajari disini,,thanks to Allah give me the chance to study here..T_T..

emosi pula.

dalam tempoh itu juga..parents aku x lekang dari pada masukkan aku kumpulan2 gumbira..yg ada link2 bulatan gumbira mereka..start form 1 aku berusrah..myb murobbi aku tu ada terangkan kot pasal usrah ni..tp aku x focus lg...tp tym tu aku x pakai stand 'murobbi2' ni..x tahu pun pasal panggilan tu..walaupun sekolah agama..tym ni..aku angkut kwn2 bilik aku..yg aku rasa blh bw..tp tym ni..buka angkut sebb nak sama2 dpt kebaikan..tp sbb nak sama2 jalan..x tahu pun bawa org tu satu kebaikan..sepanjang ini juga la aku rasa terpaksa mengikut usrah..tp aku tahu baik nya usrah itu..cuma..ya lah..kejahiliahan menguasai diri..malas..rasa rendah diri x lancar mengaji..dan macam2 lagi rasa2 yg timbul hanya kerana nak lari dari usrah2 ni..

jd, sepanjang pengajian aku disitu,aku ada banyak murobbi...

1.us-tym fom1..x lama..sbb dia busy berpindah
1.us-tym fom3..x lama..sbb sama kes dgn kakak R
2.mdm kimia-tym fom4n5..agak lama..tp jrg usrah..kekangan masa..ni follow up la kiranya..tlg ganti ust tadi..sbb ust tu dah naik pangkat..masa agak limit la..

tapi,aku mulai terfikir..mesti ada sesuatu yg indah dsebalik semua ini..kalau tidak,masakkan parent aku mati2 nak aku masuk usrah bagai ni..ha ni perkembangan selepas alam 2ndry skul aku..

3.kakak R-lepas fom5..kakak ni pun agak lama juga la..tp sbb dr ik bertukar ke is tiba2..terpaksa ditukar lg usrah kmi..
4.kakak R-lepas fom 5..lepas fom 5  ni masa yg agak bahagia juga la..sbb masa penggangguran yang agak lama..kakak ni offically jd murobbi aku n kakak 3rd aku..lepas daurah(daurah -Bahaya lilitan syitan-rasanya tu kot tajuknya,hehe,,x ingt dah) kmi dberitahu oleh sorg mkcik ni..tym ni juga la aku baru tahu apa tu daurah..
-tym kat Pra-U..haha...ni kakak2 P..tym kat Pra-U aku ada berusrah juga..tp tym ni jelas aku pening..sbb kmi more focus dgn gerak kerja.. Usrah pula ala kadar jak..then,tym ni aku suka,kena surauh bw usrah,bersemangat juga..tp,xterarah,matlamat pun xda..aku ni pula bg bahan ikut suka aku
,.tp aku x salahkn mereka krana pasti ada hikmahnya..x sngka juga blh bw usrah,,haha,tym ni aku bw bahan yg murobbi aku bg dulu..hehe,,bila dah lama dah bg bahan tu,,br aku tahu dorg dah suh pakai buku lain juga..x tahu pun..>,< ..(aha,sbb x p meeting=p)
6.kakak E-tym kat Pra-U..actuallay tym kat Pra-U..aku ikut dua usrah..tu la sbb x pahamkan..sblm p Pra-U ,abah ada pesan..ikut jak yg KITA punya tu..then,tym dPra-U tu..aku ingt semua sama la KITA tu..mana aku rasa baik ,aku ikut sajalah..hheehe..then satu hari tu,seorg kwn salam n bgtau, kmu ... kan??ha,bapa kmu suruh cari kmu..kita sama usrah, dgn kakak E..satu dr Sibu,satu dari Bintulu dan ada beberapa org lg..waa..tiba2 aku ada perasaan happy disitu..lalu terus memeluknya..tah la sebab apa..tp aku rasa bahagia..then start situ,,aku ikut kakak ni jak dgn kwn aku tu..start dr sini aku br tahu pasal ISK=D..dan kakak ni juga s'Geng dgn murobbi aku dolu2 tu..satu hari tu kmi p daurah sama2 bermalam kat luar..tym tu la aku baru tahu siapa us.Salam..OSEM=)..tym tu juga aku br tahu ada sorg lacture aku juga sama2 dlm sistem ini..woow..rupanya selama ini mereka dsekeliling kuT_T..selama sem 1 aku buta,kakak A dtg dr jauh brsama konco2 utk wat pengisian..kakak E dtg dr Brunei bw coklat..aku tak dtg dek sibuk dgn meeting2..wow,osem nya mereka,,kerana tarbiya mereka org luar biasa dgn bermotosikal ke seberang Pulau..
7.kak J-tym ni pas abis Pra-U..kakak ni kwn kak A..tym ni pun best..pokoknya xda la bha yg x best..aku rasa sngt rapat dgn kakak ni..sblm,p merantau, ummi tahu2 saja..hehe,,then suh bw kak J makan kat umah mlm tu...huhu..dapat juga jumpa sblm jalan kan..
8.kak AM-tym fisrt2 masuk 'U Ni banyak MaS'..aku dfollowup oleh kakak ni..lepas program tajmik dorg..then bila dia tgk dr pelbagai sudut..aku dpindahkan dgn kakak Ai..
8.kak A-ha..tym ni dah mmg kat 'U Ni banyak MaS' .wow bertamabh osem kiranya bila berusrah dgn kakak ni..aku kini kian jelas apa itu usrah dan tarbiyah..tp dr start aku usrah dgn kak A aku tahu n pakai murobbi2..mutarrobi2..tahu apa sbnarnya usrah n tarbiyah..dn era kakak Ai ini juga aku mula memulakan langkah baru dalam hidup ku..the turning point..awal2 aku kongsi bw usrah..masih kelihatan mujahadah aku x besar tym tu..x kuat..tp lama2 kelamaan ia mula bercambah menunjukkan hasilnya insyaalah..aku mulai faham..selain usrah..melalui daurah2,qiam,jaulah,muqqayam,riadah dan sebagainya..aku kini seorg murobbi..dan dr sini..semakin banyak aku pelajari semakin banyak aku rasa benda yg aku x tahu..
9.kak Wf-lpas kakak A berpindah medan..kmi dfollowup oleh kakak ni...kakak ni pun best juga..makan jak selalu..
10.kakak M-lepas kakak Wf sambung study..kakak ni ganti kejap usrah kami..dr kakak ni aqu faham apa pengikat kepada Cinta=D
11.Kakak SM-ha..kakaka ni medan lain..tp blh jak..kakak ni pun nang osem..kata2 pedas yg bermakna yg trkena dhati para mutarobbi..T_T..

nampakkan..sebenarnya..klu kita nak berubah kearah yg baik tu..kita x perlu tunggu..sebaliknya,kita la yg harus melakukan dulu..berusaha..x kisah berapa lama masa yang kita ambil utk mengenal tarbiyah itu..tp disitu la kemanisan yang kita akan rasai dan itu la process nya sbnrnya..=')..jangan pernah berhenti mencari cinta dan redhaNya..kerana Dia x pernah berhenti menanti kita='(..

apa nak dikisah kata2 manusia..jika manusia itu x pernah pun merasai katanya sendiri..apa nak kisah pandangan manusia..sedangkan yang akan menyoal kita adalah Allah Yang Maha Esa..apa nak malu pada manusia..sednagkan Allah itu maha Mengetahui segala sesuatu..

jika kita hendak tunggu diri ini layak memasuki kebaikan itu..bila agaknya ya??tahu2 nyawa kita dicabut keesokan harinya..GlupT_T..menangis air mata darah pun x da makna nya lagi..

Oleh itu..jangan la kita sesekali lepas kan peluang jika kita dbawa ke arah kebaikan..jgn buat tanggapan awal sebelum melalui dan mencubanya..jgn memberikan komen n alasan utk menjauhinya jika masih baru melaluinya..



Monday 26 November 2012

FlashMob@unimas

Flashmob Palestin..@unimas..ini kali kedua kiranya flashmob ini dlakukan disini..sebelum ini mereka show benda ni kat kampus timur..tahun ni kat detaR putra unimas..em,bgs jua la pendekatan ni..

Aku sangat sokong benda2 mcm ni..lebih2 lg yg berkaitan pembelaan saudara2 kita nun jauh disana:(..aku rasa semua org tahu kot pasal isu palestin ni.. Tapi..sebab kes ni x pernah selesai..semua mula lali..

X patot jd begitu...sebaliknya kita kena berkerjasama membantu mereka disana..salah satunya,,kita boikot barang israel..isu palestin bukan la isu yg mengikut musim..mcm musim durian n sewaktu dgn nya..tp isu palestin ni ada la isu yg kita mmg kena update selalu..

Kepada mereka2 diluar sana yg sedang menjamah selerah dgn mcD arau barang yg sewaktu dgnnya..sedarla,,sensitif la..jika anda berada dtempat mereka,,apakah perasaan anda pabila saudara2 anda yg mengaku anda saudaranya,,tp pada masa yg sama turut membantu dala menghancurkan andaT_T??

Walaupun anda rasa x kan mengubah apa2 kerana anda rasa anda sahaja yg menyokong kempen memboikot ini...TIDAK,,sesungguhnya TIDAK...walau pun anda sorg,anda tetap menyumbang..at least duit anda tidak tersalur kpd zionist..bayangkan jika anda mula memboikot dan anda membawa 2 org rakan anda turut memboikot..dan mereka juga membawa rakan merka yg lain dan setrus-terusnya..pasti ia membantu..tanpa kita sedari..oleh itu,,biarlah kita mula kan dahulu..ingat la,setiap amal perbuatan kita itu pasti diHISAB..bayangkan jika anda la penyebab rakan2 anda membeli barang boikot in???sama dengan menjadi pengkhianat kepada saudara sendiri..woow..banyak bukan penybang2 dosa2 anda..

Tp anda blh mengubah ya mengubah dari sekarang..iaitu bw rakan anda memboikot barang2 itu..selagi mana rakan2 anda turut mengikuti telunjukbaik anda ini..dan memebawa rakan merka menyertai..insyaallah..kebaikan2 pahala mereka anda juga mndapat sahamnya...

Aku x nak banyak la cete pasal tu,,sbb aku tahu..banyak saja org2 bloger2 yg selalu sentuh pasal itu..jadi terpulang anda nak buat tak tahu or ambil tahu..tp ingat

                           'SILENT IS BETRAYAL!!'

Kalau kat dunia buat2 tak tahu..nanti di akhirat tunggu la..apa jd..ingt..jgn jd org yg RUGI......

Ni sikit nak share hasil2 poster kami org yg tak seberapa..tp insyaallah sentiasa berusaha utk smpaikan msg utamanya...:)


how can israel said plastine are terrorist??actually, israel are the real terrorist..
our mantan ydp is the master mind of this flashmob..proud bcoz can do suming for Gaza..walaupun pd x sehebat mana..smga Allah meredai..


de power of woman=D


de power of men=D



Jom sama2 kita Boikot!!!

kalau nak tgk keadaan tym tu,,nah ni link dia..blh la tgk ya=) selamat menonton n mengambil tindakan yang sepatutnya utk dilakukan dtempat anda..

Friday 23 November 2012

jgn tertipu dgn tipu daya syaitan


orang berfikir dan terfikir


Tik tok tik tok


Bukan bunyi hujan yang turun merintik-rintik. Juga bukan bunyi alarm jam murahan yang dibeli oleh housemate di pasar malam kebanggaan masyarakat global seksyen 6. Kotak hitam berskrin empat segi tepat di atas meja di sebelah buku calculus yang terdampar lemah kucapai dengan penuh syak wasangka. Terpapar jelas pada skrin bersegi empat tepat itu, one message received. Lalu ku tekan-tekan bebutang yang ada, entah bagaimana inti pati pesanan ringkas tadi terburai.


“Assalamualaikum lama tak tegur awak. Makin laju gerak kerja dakwah. Hari Sabtu leaps saya sempat pergi dengar ceramah awak di Surau Blok F”


Mesej Ukhti Balqis Rexora Safiah tiba-tiba mucnul di ruangan skrin tadi tanpa diduga. Agak berderau darah Melayu suci dan sejati aku apabila insan yang semakin ku pendam perasaan kepadannya menegur aku. Tersenyum seketika disitu bagai kera mendapat chadburry.


“Hehe.. saya biasa saje. Awak pun apa kurangnya. Dengar cite dah jadi Presiden Kelab Bidadari Syurga. Tak silap awak pun dapat anugerah muslimat harapan sempena Bukan Dakwah dan Tarbiyah kan? ”


Dengan laju aku membalas mesej sekaligus menghiraukan assignment yang berlambakan di depan mata. Sungguh bersemangat aku dengan ukhti Balqis Rexora Safiah sehingga tidak sedar larut malam. Semakin dibalas mesej, semakin aku balas ibarat Lee Chong Wei dan Lin Dan yang membalas pukulan shuttle. Heh. Pantang muamalat muslimin muslimat sepatutnya terhad pukul dua belas tengah malam, itupun aku langgar dengan jayanya.


Kerana apa?

Sayang. Betulkah aku sayang dia? Sayang sebagai apa?


“Awak, boleh saya tanya apa hubungan kita ye? Sekadar sahabat ke?” Tanya ukhti Balqis Rexora Safiah kelmarin dengan penuh keterujaan membuatkan tidurku semalam menjadi tidak lena. Aku mula rasa serba salah, mula merasakan sesuatu yang tidak kena.


“Awak, awak..kenapa awak panggil kita Balqis Rexora Safiah je? Bahasakan awak saya? Kenapa tidak enta enti macam yang awak gunakan dengan akhwat yang lain”?


Pertanyaan demi pertanyaan membunuh ego hubungan aku dengan dia. Ego apakah yang aku pertahankan ini ? Ego aku dengan Allah di atas hubungan yang tidak pasti. Adakah aku talam dua muka? Mempunyai dua identiti? Kala iman naik, alim aku mengalahkan ahli sufi yang bertapa di Gunung Santubong. Kala nafsu melonjak, ghairah aku kembali jahil.


Naik gila kau fikir. Aku benar-benar bersalah. Sangat berdosa dengan Tuhan. Ya, aku menghidapi penyakit hati. Hati aku sudah rosak kerana wanita, kecantikan, nama dan candu dunia. Ya, pada asalnya aku dan ukhti Balqis Rexora Safiah berukhuwah kerana Allah, Tapi lama kelamaan bisikan demi bisikan syaitan yang didengari mula merobek dan mencemarkan niat suci ini.


Hubungan yang mula dipertahankan dengan ego atas dasar dakwah. Gerak kerja bersama. Dibaluti dengan sutera Rabithah menjadikan hati teruja dengan keasyikan berukhawah. Akibat terlalu asyik, jiwa menjadi leka. Nama dakwah hanya menjadi lesen berhubung.


“Awak, maaf saya tanya. Awak tahu tak apa itu dosa?” Aku mula berani membuang ego.


“…………….”


Tiada jawapan.


“Awak apa kita buat ni dosa. Kita dah semakin hanyut. Ukhwah kita harus diletakkan semula atas dasar taqwa bukan perasaan suka. Bukan sayang. Apatah lagi cinta. Sayang kita pun hanya sekadar saudara se-islam bertunjangkan rasa takut dan gentar kepada Allah. Kita orang dakwah. Dakwah bukan untuk suka-suka”





“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang PALING BERTAQWA. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti”


(Al-Hujurat: 13)


TAKWA.


Jika kita berukhwah tapi tidak membawa kita kepada Taqwa, maka dengan apakah kita berada di jalan dakwah?


Setakat bertanya khabar. Setakat menegur. Setakat beramah mesra. Setakat bergurau senda. Perlukah semua itu?


Perlukah?

Aku juga mencari jawapan. Terlalu rigidkah aku untuk aku mengatakan TIDAK PERLU?! Terlalu syadidkah aku untuk bertegas TIDAK PERLU?!


Mari kita fikir-fikirkan semula ukhwah kita di mana sebenarnya?

Wujudkah ukhwah muslimin muslimat? Di mana kewujudannya?


Kita bukan orang biasa-biasa. Kita bernafas dengan oksigen dakwah. Kita hidup hanya kerana mencari redha Allah. Tidak semua tempat. Tidak semua masa hubungan ini dibolehkan. Ada batas-batasnya tersendiri kerana Allah nak jaga kita. Kerana Allah sangat sayang kita.


Jagalah hatimu. Dan aku akan jaga hatiku.


*rasa berhabuk dah blog ni..huhu..entry kali ni sy copy paste jak..sorry la blm dpt nak keluarkan lg kata2 sendiri=(..btw..smga bnda ni bermanfaat utk smua.....-sumber-dakwat.org-

Friday 16 November 2012

PrayforGaza

Sesiapa yg tertipu dgn kenyataan israel mmg perlu dan harus la cek balik mata hati serta wayar2 otak mereka..

"mempertahankan israel drpd serangan pengganas" konon..

Siapa serang siapa hah???siapa yg pengganas sebenarnya???

Huh,,org yg yg x da senjata,hidup melarat..itu yg dikata kan pengganas???tidakkan kita terfikir?? Atau paling senang,cuba bayangkan la..kita dtmpat org2 palestin..yg serba kekurangan dri segi material..adakah kita berdaya nak mengganas org2 yg lebih dri segi materialnya??dan sbb apa material kita kurang..pasti ada kuasa yg merampasnya kan..atau pun yg menguasainya kan..so Logik ka tuduhan membabi buta pihak israel itu????!!

Aku tahu dan yakin..bahawa org2 dluar sana sebenarnya masih sihat walafiat akal pikirannya..tp cuba nak ignore kenyataan ini..hanya sbb mereka sangkakan hal ini hanya urusan org2 sana..

Jangan pentingkan diri kawan2..jangan kita lupa..umat islam itu bersaudara..ini bukan masalah mereka sahaja..tp ini masalah kita semua..dmana sikap perikemanusian kita??bila dah tahu dah sedar dah update ttg palestin..tp masih boleh menjamah makanan yg terang2 an menyalir kan bantuan kepada israel..masih boleh lepaking2 kat starbak sambil menghirup kopi yg warna dan rasa agak sama dgn jenama kopi2 lain..pokoknya masih boleh menyumbangkan dana dgn sewenang-wenangnya kepada pihak yg menyokong israel..

Rasa lemah meneruskan en3 kali ini kerana mengenangkan ummah yang masih sambil lewa terhadap update2 saudara2 dpalestin sana:(..tp tulis perlu dteruskan..kerana bersikap lemah itu Allah tidak SUKA!..oleh itu jgan la kitabersikap lemah dan putus asa apabila mengetahui israel menyerang saudara kita..kerana rasa x mampu berbuat apa2..malah apa yg kita perlu buat adalah..cuba sedaya upaya membantu mereka..tp bukan sy suruh kmu berperang sana..tp ikut la kemampuan anda..iaitu tingkatkan iman kepada Allah..kalau hubungan kita dgn Allah pun kita tak jaga,bgai mana Allah nak memakbulkan doa2 kita???tp bukan bermakna sia2 la doa anda selama ini..tidak..kita x tahu doa mana Allah makbulkan dahulu..tp sebaiknya n sepatutnya..biarlah kita menjadi hambah yg patuh kepadanya..barulah Allah suka n sayang..apa yg dminta kemungkinan dpt pada masanya:)..tgk saja kisah Rasul2 dan para sahabat ..kerana tawaduk mereka,Permintaan mereka dpenuhi pd masanya...sama juga la ideologynya ketika kita berkerja..antara pekerja yg rajin n malas mana satu yg lebih dberi perhatian bosnya???msti la yg rajin bukan....tp itu kalau kita tgk berdasarkan hubungan manusia..tp klu kita tengok Allah ,,walaupun kita ini ingkar,,sbb syg nya Allah pada kita,,Dia tetap memberi..tp nnt rasakanla azab dneraka kelakzz...tp Allah itu masih memberikan kita waktu n ruang untuk kitabertaubat..

Jd,,mari la kita tigkat kan iman..blh jadi,salah satu reason palestin msh djajah kerna dosa2 kita:(..kerna jika Allah murka, Alla turunkan bala dmana2 sahaja..Ambilla pengajaran setiap apa yg berlaku dsekeliling kita..cuba letakkan situasi itu pada diri kita..

Yg sterusnya..berusaha la boikot barang2 yg perlu boikot..skrang ni da tak da alasan x boleh boikot..banyak dah product2 yg blh menggantikan barang2 boikot ini..nak kata kita suka burger..burger bakar pun ada juga..nak kata kita suka cocacola yg belh membersih kan lubang jamban tu pun skrg ni dah ada produklain..tp rasa sama saja..rasa binggung produk mana perlu dboikot dulu???cam ni la..kita pilih cawangan terbesar yg menyalurkan dana kepada israel ni..cthnya,coca cola,mcD, dan nestle..Alhamdulillah:),,bukan jiwa_senang nak membangga2 diri dan perasaan..tp cuma nak bershare..yang mana menunjukkan,kalau Aku blh buat,takkan KMU x blh buat??skrg ni aku x makan lg apa2 keluaran mcD,nestle,dan coca cola..rasa nak makan mcD aku p makan kfc:),,rasa nak minum milo aku minum oligo, rasa nak minum cola aku minum air biasa;)...so apa tunggu lagi???pilihan dtangan anda;D.........…


Wednesday 14 November 2012

1000 hati 1 jiwa..haha

Hari tu ada msg masuk..gembiranya rasa..sbb diterima menjadi fasi utk program 1000 hati 1 jiwa..tp dlm masa yg sama..masuk juga satu msg kat fb,bgtau tarikh tersebut kmi ada program lain...so,,kena la kita berlapang dada..walaupun mcmmn susah:)..

Apa Hijrah Anda??

Kita sering rasa sedih sbb benda yg kita suka, hilang dr kita..sama juga dgn keadaannya ketika kita ingin melakukan perubahan kearah yg lebih baik..kita rasa risau takut n was2 bila nak berubah..sebab asyik teringt dan terfikir pasal apa impak nya..da selalunya org remaja mcm aku ni akan fikir pasal kehilangan kawan2..

SALAH!!,,siapa kata kita akan hilang kwn bila kita berubah kearah kebaikan??..itu pikiran terhasil daripada reaction hasutan c Syaitan,,saja nak melemahkan dgn menakut2kan kita..sebaliknya..jika kita berubah kepada kebaikan, mmg juga kawan2 lama kita akan berkurang..akan TETAPI, sebenarnya Allah nak bagi dan nak ganti kita dengan kawan2 yg lagi baru lg ramai lagi baik hati dan perangai:)..

ingtlah n pegang la kata2 motivasi ini..

'Allah takkan mengambil,sebelum Dia memberi. Dan sesungguhnya, apabila Allah mengambil, Dia akan menggantikan dengan yang lebih baik';)

So,apa tunggu lagi??Jom kita berhijarah:)..

#jgn lupa tau baca doa akhir tahun n awal tahun;)

Saturday 10 November 2012

Betul kah sayang??

Heyya ya..

Baru sebentar tadi buat en3 baru..skarang nak lg..

Smlm aku terima DM drpd kwn sekola yg lama..lain jantina*

KECEWA

Kenapa??kenapa org masih lagi x berubah pandangan ya..adakah semua orang akan memgalami proses perubahan yg sama??so perlu dajukan soalan yang sama?kalau jawapan nya Ya,aku x ok..tolongla doakan aku x,klu benarla proses itu sama..

Spm--cuti--dploma/asasi/matrik/fom6/kawen/kerja--smbung study--ada boyprend--kawen--mengandung--cerai berai--kawen lg--dan sebagainya.........(mati x ingat??)

Kenapa org fikir,bila kita x join ketawa bagai ,enjoy bagai ,sebab kita sombong??bila kita jga pergaulan, sbb kita ada bf?bila kita x nak bg no pon, sbb kita dah ada teman istimewa?bila kita x sms,sebab kita dah berubah ,x mau kawan lg??...hehehehe..ni misti pikiran yg dpengaruh oleh rancangan2 tv sedunia...

Kenapa mereka x fikir..."oh,dia x nak bg no sebab dia nak jg ikhtilat ni..",,"oh, dia x main sms lg la dgn aku,,maka kwn jak pun...oo mongkin dia tahu Allah maha mengetahui..x blh berhubung klu bukan kerana 3 hal..mcm yg ustaz ada bgtau dulu..emm,,dia dah berubah la..betul2 berubah..aku pun nak juga la..":D

Ha napa x fikir mcm tu ya???hehehe....smga terdetik hati nya trfikir begitu ya..

Seriesley..aku sngat sedih..pada tahun 2009..nak hujong2 tahun tu..aku mndapat kabar yang sedih..kawan baik aku jatuh hati kat satu laki ni..aku x marah dia jatuh hati,,sebab itu lumrah seorang wanita n manusia:)..aku pun pornah trjatuh hati juga..itu aku ta nafi..tp yg buatkan aku sedih..dia layan perasaan nya tu bukan cara yg betul..siap post2 bagai..'aku cinta boyfriend aku!' La..hangout with him lar..bergambar sana sini larr...

hey ko dah kenapa nak melarang bagai jiwa_senang??

,,meluah dlm blog apa dpt???

0_o

..oo ok,,bukan aku xda larang n nasihat..tp yalah..org kata CINTA Itu Butakan..kita kata itu ini,ada saja yg dbalasnya..tp walaupun begitu,aku percaya dan aku sntiasa berdoa ada satu masa smga dia akan sedar kembali..

Teringat dialog dzaman muda mudi dolok..

Kawan1: wai,jan kita couple arr..
Kawan2: mesti la..bukan nya dapat apa-apa pun..selalunya org couple ni akhir2 mesti gaduh juga..
Kawan3: yalah..awal2 jak berayat..jiwang..klu dah gaduh tu..mula la,,cakap sana,cakap sini.. yg hairan aku..dah jd mcm tu pun x insaf2 lg..da putus satu..x mau ambil pengajaran..sambung lg satu..nnt putus ..cakap menyesal la ,,x mau lg,,dah serik..last2 bercinta lg..
Kawan4: pastu,ada yang sanggup tipu mak bapa lagi..ish..ish..ish..
Kawan5: ya lah ho..sy pun x tahu la apa yg syok sngt bercouple tu kan..hehe..tp kita x blh benci mereka sangat..mana tau mereka x tahu x blh couple..tu la..kita kena bnyak2 berdoa supaya djauhkan dr perkara tu..sbb kita x tahu,,satu hari nanti mana tahu Allah nak uji kita..jd kita kena saling mengingat kan ok:)...sbb semua tu x mustahil.,syaitan x pernah mengalah n putus asa nak mengoda kita.."

Haha..bnyak tokok tambah..tp mcm tu la kiranya perbualan kami org:)..yg pasti nya de PoINT is kmi x mau bercouple..walaupun perkataan couple itu x terdapat dalam alquran,,tetapi perbuatan zina couple tu banyak saja dalam alQuran..conclusionnya bercouple tu x blh..

Dan aku cukup bosan dgn soalan2 yg membuang masa...cthnya:

'..ada boyfriend??'...'x nak ke ada boyfriend ??blh teman jalan2,p makan'...

Ha,aku bosan dgn soalan itu yg bertalu2..dan aku kesian dgn org yang bertanyakan soalan itu..seolah-olah x da lg soalan2 yang besar yg perlu difikirkan..

Teman p makan?jalan?dah xda benda lain ka??

Yalah..teman p makan,,tp dapat dosa,,apa gunanya??..kenyang kat perut .. tp belakang bertimbun-timbun dosa d angkut kesana kemari..x campur fitnah itu ini lagi..
baik aku p makan dgn family:D,,kenyang perut senang hati,baik aku makan dengan kawan2 aku..siok lg..

YA,mmg aku nak boyfriend!!

TAPI,boyfriend yang HALAL,,kalau sentuh pun tak dosa,keluar sama pun x dosa,kongsi straw pun x dosa!!

Huh!!penat nak explain..

Jiwa_senang..kawal emosi anda^_^..

Aku x emotional ok,,saja ja banyakkan tanda '...!!...' tu..hehe..tp tunjukan aku seriyes la bab2 mcm ni..

Ya,,mmg..tapi,boyfriend yg HALAL!..aku ulang, HA-LAL,,yakni boyfriend yg diikat dgn ikatan yg suci,yg drestui dan dredhai..iaitu c SUAMI,,yg mencintai dan dcintai aku kerana Illahi..yg juga blh dibuat rakan,teman,dan sahabat,..bila aku trsilap ,dia ajar,bila aku salah, dia tegur, bila aku berlebihan dia nasihat..ha,,itu baru namanya org yg istimewa, dia x lafaz kata cinta pun aku tau dia sayang..sbb dia selalu tegur aku..menunjukkan dia x mau aku tersasar jauh..dia x mau biar aku masuk neraka..dia x mau masuk syurga sorang2..sbb dia tahu kehidupan akhirat itu la kehidupan yg abadi..dia juga yg boleh membimbing aku ke jalan yg benar..yg blh membantu aku membawa islam..dan daripada itu blh sama2 berganding bahu mentarbiyah anak-anak menjadi individu muslim..bukan sekadar nak kawen jak,,tp kmi punya cita yg satu,,iaitu membangun kan ummah..melahirkan masyarakat muslim..

Tp,aku tahu..utk dptkan org2 begitu d era ni mmg susah..TAPI ,x MUSTAHIL:D..

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُولَٰئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Ehem.

Yang perempuan tu..Betul ka org tu sayang??kalau betul org tu sayang,dia x kan buat benda yg tak patut..dia x kan biarkan ko dpegang sana sini oleh org sembarangan,dia xkan biarkan ko jadi bahan tayangan,sbb dia x mau ko dkongsi pandangan..,dia x kan biarkan ko lama..sbb takut kau dkebas org..dan paling penting..dia x nak ko dpt azab!
Ingat la wahai wanita..jangan mudah menjual maruah dan harga diri,,hanya kerana janji lelaki yang x pasti..jangan suka sangt merelakan diri nak jadi bahan try test sesuka hati..

Yang lelaki..Kalau dah suka tu,,buat la cara yg sepatutnya..bukan just melepas kan nafsu semata2..pegang sana pegang sini ,anak org dibiarkan beranak sana beranak sini bunuh sana bunuh sini buang sana buang sini..jadi kan org bahan uji kaji la..heyya..kenap?takut perempuan x bisa nak ator makan pakaian tidor kamu??kenapa?takut sangat ka perempuan tu x setia?takut sangat perempuan tu lari??ha yg kamu tu x kawen dia apahal?,,yg kmu x yakin pada dia apa hal..perempuan x kn setia klu lelaki tu x setia..dan kamu la yang perlu mengatur mereka..kamu kan pemimpin..wanita itu kan lemah,itu la perlu di support tp bukan dihina..

Korang ni x percaya ka dgn kata2 Allah??

Lelaki yang baik utk perempuan yang baik dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..

Jelas ta ayat Allah tu??
Sangat jelas bukan??jangan nak ignore..

makna nya..klu kita nak org yg baik,,,KITA dulu kena jadi orang yang BAIK..jaga hubungan dgn ALLAH..bermanfaat pada org lain..

Ni tidak,,mau yg baik2,,tp diri sendiri x nak baik..

Allah itu maha Adil bukan..dia ta kan bagi kita orang-orang sembarang-sembarang yang dlelong dpasar gantong...

Tapi,kenapa ada jak perempuan/lelaki yg baik tp bercerai juga..ha,tu kenapa??

Kalau kes yg itu,,saya x nafikan..mmg ada,,sedangkan rakan saya sendiri parentnya disatukan melalui sistem jemaah..TAPI bukan bermakna semuanya akan jadi begitu..

Kita kena tahu..Walau pun dalam setengah kes tak semua yang mendapat pasangan yang sesuai. Bacalah sejarah Nabi2 untuk jadi iktibar, Aisyah bersuamikan Firaun. Isteri Nabi Noh dan Lut pada akhir riwayat mereka tidak beriman pada Illahi.Yang penting anggaplah pasangan tersebut alat untuk mencapai keredhaan Illahi dan bukan matlamat. Bila mati habis dimamah ulat. Tinggal tulang dan gigi jer. KeEsaan Allah jua yang kekal.

dan satu kita kena yakin,,Allah tentukan sesuatu bukan saja2..mesti ada hikmh dsebaliknya yang suruh kita berfikir..

Itu juga salah satu ujian drpd Allah..

Allah x kan mengambil sebelum memberi,dan apabila Allah mengambil sesungguhnya,Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik:)..

Mungkin,sbelum kita kawen tu..kita berharap dapat org yang cam ni cam ni..then kita dapat la org macam tu..tp,ada pula perkara yg kita x bekenan pada org tu yg kita x terfikir pun sblm ni..begitu juga dgn pasangan kita tu..So,kalau bercerai la kata putus yang terakhir,,mungkn itu adalah yang lebih baik..sbb mungkin Allah nak menggantikan dgn yg lebih baik..So,kita kena sentiasa redha dan sedia..at least org cerai kita ada step2 by step,x tinggal begitu sahaja..probability utk kembali semula pun besar..yalah,mungkin Allah juga nak test kita..mungkin org tu kurang dr segi tu,,tp sbb kita lama dah, dapat terima kekuangan tu..Allah nak ajar kita utk sedia menerima..utk redha..so,baru kita rasa,,rupanya dia lah yg terbaik buat kita..,sbb atas ikatan kita sblm ni,buat kita x bertindak suka hati..

Tapi, kalau org yg bercouple,cuma berharap pada hubungan yg x pasti..kalau nak dtinggal kan pun suka hati..sbb mereka x diikat pada ikatan yg rapi,jd kalau di tinggal kan dlm apa bentuk keadaan sekali pun, org x peduli..sbb ko siapa??(sakitnya hati)..siapa suruh,brcouple lagi..padahal dah tahu apa akan jadi..

Mcm ni saja la...kalau kita x tahu apa ertinya 'sayang'..jgn kata sayang..kalau kita x tahu apa ertinya 'cinta'..jgn kata aku cinta pada mu...jangan mudah sangat melafazkan kata2 itu pada org yg x sepatutnya..

Cuba cakap pada diri..'aku sayang diri aku,aku x nak sbb tindakan aku,diri aku merasa azab,,azab itu bukan sekejap..dan azab itu amat la pedih..dan aku juga sayang pada mereka,aku xnak dsebab kan perbuatan ku,mereka juga kena..'

Sebaliknya..biarlah kita kenal erti kasih dan sayang dan cinta Pencipta kita dahulu..baru kita akan tahu dan faham apa itu CINTA HAKIKI dan ABADI..


Aku sbnrnya alergic klu sebut pasal bab2 cam ni..tp yalah..itu la salah satu masalah kita hari ni..sibuk mengejar cinta tanpa kenal Pencipta sendiri..sibuk meminta dicintai sebelum mencintai diri sendiri..


Berpuitis dalam berkata

Apa yg seronok sangat bila mengeluarkan kata-kata kesat???emm,,aku benar-benar x paham dan x dapat selami jiwa ini:(..tp alhamadulillah..kerana bukan jiwa ini yang aku mahukan....mereka kata 'aku memaki sebab aku marah',,mereka kata 'aku marah tu aku maki dia',,ha??(hairan)...mereka kata mereka maki sbb mereka tgh 'hot'..tapi tahu ka anda..dengan mengeluarkan kata-kata negetive..ia boleh mempengaruhi mood anda..dari marah bertambah marah lg...jd,,memang ta patot la orang yang sedang marah nak memaki..apatah lg org yg dalam kondisi emosinya stabil..tiba2 memaki??pelikkan..hehe

Itu la..di dalam islam semuanya sudah dsusun indah..semuanya dah dterangkan apa perlu buat..dari kita jak nak ambil nak amal nak kaji nak tahu atau pun sebalik-balik nya..bila marah kita disuruh supaya berwyduk,n ada lah langkah-2 seterusnya..klu mmg marah tu tahap gaban..dan begitu juga kalau kita rasa x tenang..

Ya lah,,rasa x tenang ni juga ada kaitannya dgn hati kan..so,,dengan mengingati Allah hati akan tenang..noketah!!jelas bukan?:)..makna nya bila kita ni terlibat dalam apa2. Pun masaalah ka,kegbiraan yg terlampau ka..semua itu kan melibatkan hati dan of cos la perasaan..so bila semua- semua tu terjadi..cara terbaik nak menstabilkan kembali kondisinya ada lah dgn berzikir,,ingat Allah..ha..itu dia br jalan nya...bukan dgn memaki hamun sumpah sampah seranah..

Nak bagitau juga walaupun semua dah tau..bila kita menyumpah seranah kat orang..kata2 kita tu akan kembali kepada kita...ha..rugi ta???penat2 buang air liur menyumpah org..last2 apa yg disumpah semuanya kembali kepada diri..hu..x patot..mmg x patot..jadi untuk x merugi kan diri..sumpah tu,,sumpah la yg bagus2,,maki tu maki la yg bagus2..jgn pilih perkataan terlembut antara perkataan maki. Yg negetif...tp pilihla perkataan yg sememang nya baik..(paham ta??)..

Cam ni...cth nya kita marah kat minah ni..sbb minah ni xpandai..kita jangan la cakap "ko ni palui la.." Sbb kita rasa perkataan 'palui' tu lebih lembut berbanding perkataan 'bodoh'...heyya..jangan..jangan sesekali cakap perkataan negetif..walau pun niat kita nak bagi semangt kat org tu dgn cara kasar..x patot,,sngat x patot..sepatutnya..kita maki la dia dgn perkataan yg lebih berguna dan mendatangkan pahala:)..ctohnya..."ko ni pandai..tp kalau ko belajar lg,,mesti tambah pandai lg.."..ha,,pasti gembira pendengar..lg semangat dia..dan yg kita maki tu,,pastikan juga la,,set dr awal mmg nak maki org tu pandai,supaya dia jd bertambah2 pandai....secara automatiknya..kita juga akan pandai..kan kata itu doa:)..bila kita kata kat orag tu..mean kita juga kata kat diri kita;D..jdkanla setiap kalam kita tu doa yang baik walaupun berada dmana2,,

Hah!!itu kalau kes mcm tu..McMman pula kalau org tu mmg menyakitkan hati kita??...ish..ish..ish...walaupun org itu menyakitkan hati kita..tp kita x perlu la nak susah payah balas kejahatan org tu..xpayah la nak gaduh2..nak makan gado2 blh..:Dcukup la sekadar mendoakan kebaikan utk dia..dan..dan..bersangka baik la..first,,bw bincang dulu..apa yg x puas hatinya kat kita..myb semua tu terjadi sbb salah sangka..second,,kalau dah tahu kita salah,,minta maaf la...perkataan maaf mmg senang dilafaz,,tp kadang sukar dlakukan..ingat,,bila rasa susah sangat nak meminta maaf,,itu adalah bisikkan syitan..saja nak buat kita jd syitan mcm dia..ingat la..kita ni hanya manusia biasa..kesilapan n kesalahan tu perkara biasa..so jgn nak sosah sngat mengaku salah..sedangkan Rasullullah pun melakukan kesalah..apa tah lg kita ni??...msti la x mustahil utk melakukan kesalahan...jd jangan rasa segan bila nak mengaku kesalahan..martabat x jatuh punya..anda x kalah pun pada siapa2..tp anda sudah mencapai satu kejuaraan kerana mengalahkan godaan cSyaitan..;)..ketiga,,org tu yg salah..emm,,tme ni mmg menguji kita...ya la org tu dah sumpah-sumpah kita kan..tp tgk2 dia mmg salah..mesti marah kan;)...tp ingat..myb hari ni dia buat silap..esok-esok,siapa tahu kita juga x mustahil melakukan kesilapan itu..dan ingat,,sedangkan Rasullullah yg kompem2 masok syorga tu pun memaafka umatnya??apatah lg kita ni yg banyak buat dosa..jd klu org tu nak minta maaf,,jgn buang masa nak panjang2 kan cerita..terima la maafnya dgn hati yg terbuka ikhlas n lapang..rakyat dLangit sana,,pasti membanggai mu..then,sblm berpisah tu,,bg la nasihat juga kalau sempat..ada juga manfaat..bgtau org tu,,lain kali jgn bersikap terburu-buru..dan jg ckp kotor,,blablabla....nasihat dgn kadar senderhana tp penuh berhikma n bermakna tanpa niat nak menyakitkan hati n tanpa menyindir n tanpa niat nak membalas dendam..biarla teguran nasihat itu dtg nya dari hati:D..org juga akan senang hati:)....

Waa..banyak sungguh sebenarnya yg aku nak kata ni..tp..cukup dulu la setakat ini..smga apa yg aku rasa ni buat semua yg trsinggah blog ni terasa juga:)..ingat..yg penting jaga hati,,maka trjaga la jasad kita ni:)..

(On the authority of an-Nu’man ibn Basheer (may Allah be pleased with him), who said:
I heard the Messenger of Allah (peace and blessings of Allah be upon him) say, “That which is lawful is clear and that which is unlawful is clear, and between the two of them are doubtful matters about which many people do not know. Thus he who avoids doubtful matters clears himself in regard to his religion and his honour, but he who falls into doubtful matters [eventually] falls into that which is unlawful, like the shepherd who pastures around a sanctuary, all but grazing therein. Truly every king has a sanctuary, and truly Allah’s sanctuary is His prohibitions. Truly in the body there is a morsel of flesh, which, if it be whole, all the body is whole, and which, if it is diseased, all of [the body] is diseased. Truly, it is the heart.”
Related by al-Bukhari and Muslim.);D

opp!!baik diam daripada berkata-kata benda-benda x berfaedah


GumbirA👏

Hehe..Assalammualaikum every1:)..salam satu ummah salam sedunia:))..

Hari ni jiwa_senang sangat senang....


tau tak nape??hehe..

Takde papa la..myb bg korang or org2 lain benda ni biasa jak kot..tp aku x:D..aku suka sangat-sangat..

Tadi p bilik kawan..nak print bahan usrah untuk mlm ni....last minit x baguskan..haha..actually dah lama dah prepare bahan tu,,tp dsbb kan naqibah aku ada MC dan akhirnya berpindah ke daerah lain,,so,buat sementara kmi pun gabung dgn bulatan lain sementara menunggu naqibah yg bakal mengganti..so,bahan tu x trbentang2 selama seminggu lebih..bila tau je usrah dtunda,,so,saya pun ta print la dulu bahan tu..dan sampai lah suatu hari tu laptop sy liplap,liplap dan melalap:(..skrg ni masih dan sedang dirawat dpusat service nyer..hey tu pong x tahu berapa la costnya..apapun cerita sy ni mula ni cam ni..

baru tadi,,msg masuk,,

:Bunyi

Waa:))...gumbiranya:))...aku pun dgn berlari-anak anak..pergi la kerumah sahabat tercinta ni..sungguh aku mmg syg dia:))..tp tah la kenapa bila jumpa ada je nak sakat dia ni..tp bila mau balik bilik..rasa berat nak balik..hehe..tp aku mmg syang dia kerana Allah:)..jd perkara nasihat-menasihati tu mmg biasa buat kmi yg lemah ini^_^,,ya la masing-masing punya kekurangan kan..jd masing-masing la saling melengkapi:p..

Ok smbung..bila dah sampai bilik dia..dah settlekan print bagai..sy pun tanya.."ada lg ta org jual tafsir???..nak yg zip punya"..pastu on de spot.."nah,sy ada satu..nak ni tafsir,, org nya x jd nak beli bg kmu la"...wawawa..sukanya:D...

Bukan sebab free tp ianya sngt berarti..:)..rasa ini la hadiah paling indah:)..walaupun birthday br beberapa jam berlalu..


Haha,,mst korang yg baca ni rasa mnyampah kan.."..la dia ni..tafsir jak pown..nak kecoh2".."la..ingat kan apa la nak gumbira sangat.."hey..(hehe tu la dah kata dr atas dah..myb bagi korang x da maknanya..biasa-biasa jak..tp buat aku..aku sangat gembira:))))))..tafsir al-quran..buka sekadar kitab biasa..teman setia pagi dan petang hingga ke mlm..saat sedih,,saat x da kredit nak kol org..tafsir juga tmpt aku nak meluah..kan rasa2 dhati..dgn membaca tafsir ni juga rasa dkt dgn para nabi rasul n sahabat..dan tafsir ni juga tmbahkan cinta pada Allah:))..

Tu la yg happy sngt dpt tafsir ni..bkn x leh pinjam kwn punya..tp ya la..mereka pun nak guna kan..sbb sblm ni selepas ketiadaan tafsir..aku lost,,tanya kwn2 semua dah habis jual..nak keluar x tebeli pula..dan akhirnya..tanpa di duga n dsangka..tme tu tanya tme tu jua dpt..yeah!!!so mlm ni blh la pakai tafsir br ni:)..jeng,jeng,jeng..esok pun blh taddabur dgn Anak usrah dgn gumbira:)..ok tu jak la:D..

Tadi test..sir kata jawapan aku salah....KECEWA:(..tp x putus ASA:D..itu bermakna..x cukup study la tu..



Kata Cinta Buat mu Hati💖

Sabarla wahai Hati..
Jgn lah engkau asyik berasa sedih..
Kelak nnt ko sentiasa rasa pedih..

Sabarla wahai Hati..
Jgn lah engkau rasa ragu tak menentu..
Kelak nnt semangat ko layu..

Sabarla wahai Hati..
Jgn lah engkau cepat terasa disakiti..
Kelak nnt cepat sangat makan hati..

Sabarla wahai Hati..
Jangan lah engkau cepat berasa lemah..
Kelak nnt Allah marah..

Sabarla wahai Hati..
Engkau mmg kena selalu dawasi..
Kelak takut engkau dpengaruhi..

Ingatla wahai empunya Hati..
Engkau perlu membersihkan hati setiap hari..
Agar kekotoran tidak mencemari..

Ingatla wahai empunya Hati..
Engkau harusla sedar diri..
Agar ko tak tinggi diri..

Ingatla wahai empunya Hati.......
Kau punya akal fikiran dan engkau adalah makhluk terbaik ciptaan Illahi..
Walaupun engkau tahu hati mu cepat berbolak balik..
Jgn la engkau biarkan ia bergolek2 terbalik..
Kelak nnt hidup mu jua kan tunggang tebalik..

Ingatla wahai empunya Hati.......
Jgn la engkau bebani hati mu ini dgn beban yang x patut dibebani......

Ingatla wahai Empunya Hati..
Disaat ko merasa sedih kerana hal duniawi..
Ingatla bukan disini kehidupan kita selepas ini...

Ingatla wahai empunya hati..
Disaat ko merasa lemah..
Ingatla itu semua mainan tipu daya syaitan yg tak mau kita berubah..

Ingatla wahai Empunya hati..
Disaat org menyakiti mu..
Allah sentiasa ada bersama mu..
Jd jgn la engkau sakit hati..
Sebaliknya dekatkan la diri kepada Ilahi..

Ingatla wahai empunya hati..
Jangan sedikit pun biarkan rasa riak da takbur bertapak di hati..
Kerana ia penyakit yg mampu melesapkan amalan dan kesucian hati..

Oleh itu..Hati2..dan empunya. Hati...peliharalah hati mu, kerana hati sangt bererti buat diri..,..,,,,,,,,

Jgn perasaan sedih,mempengaruhi diri..jgn perasaan marah, menguasai diri..jgn perasaan takbur dan riak, menapak dalam diri..

Kerana semua itu, akan melemah kan melambat kan dan menjatuh kan turning point engkau selama ini..

*mode sedih*

Sunday 4 November 2012

Terpaksa atau di paksa??

Assalammualaikum semua:))..ok,kali ni jiwa senang nak bw kepada pembaca2 sebuah alkosah cik cityBandar..

Cik CityBandar merupakan lepasan matrikulasi Labuana,,Blok C,tingkat7..jurusan Teknikal...cik CityBandar ada seorang rommate beragama islam berjurusan kewangan cantik,berkepimpinan,pandai dan rajin ajak memanaskan diri..tp dia sngt tegar jahiliyah,gemar korea,geming,coupling dan jarang membaca alQuran apatah lg mentaddaburnya..tp cik CityBandar x pernah pandang hina dgn nya,,sebab cik cityBandar tahu dan sedar..x semua manusia tahu benda yg dia lakukan itu betul atau tidak..oleh itu,cik city rasa dan tahu,mungkin rommatenya itu ketika itu seorang yg begitu,sbb kemungkinan besar rommatenya itu x tahu dan x faham hakikat sebenar kehidupan..dan siapa tahu,,saat tarbiyah menyelebungi dirinya(rommate)..blh jadi dia lebih baik drpada diri cik CityBandar yg mmg dibesarkan dalam biahsolehah..dan,,kerana sayangnya dan tanggungjawab,cik citybandar pada rommate nya itu,,cik CityBandar pun memberikan tafsir kesukaan nya kepada rommatenya itu,,tafsir itu mmg gila2 la kesukaannya,,apa tak naknya,,itu la tafsir pertma yg dibeli dgn duitnya sendiri..dan tafsir itu juga dibeli ketika dia sendiri menjadi penjual tafsir kat asrama..best sangat saat melihat perhimpunan d awal pagi..semua pelajar pakai tafsir yg sama dr sumber yg sama:) dan kira dah bertahun cok cityBandar mentaddabur dah banyak stiker2 penanda pada setiap helaian..tp,pada saat itu,,rasa mmg dgn rela..rela nak bagi walaupun snagt snyg..tp kerana tringat kata2 seorg sahabat.."sebaik2 pemberian adalah pemberian yg kita sayang,tp kita bagi kat org"..dgn harapan,rommatenya itu akan membaca setiap hari dan gunakan sebaiknya..mmg sebelum itu cik citBandar sudah cuba menyerapkan tarbiyah dlm diri rommatenya itu..dan alhamdulillah:) dengan keizinan Allah,,akhirnya rommate nya itu menyelami islam yg sebenar..malah membawa orang lain juga kearah kebaikan:)..atas ikatan ukhwah kerana Allah sampai sekarang walaupun dtmpatkan d University yg berbeza tp prhubungan itu xda bufferingnya..

Kali kedua,,semasa cuti2 malaysia sedunia(cuti budak matrik nak masuk U)..cik cityBandar trjumpa lalu berkenalan dengan seorang pengawal perempuan dsebuah jabatan tempat datuknya bekerja..ketika itu,cik cityBandar baru sahaja pulang daripada bulatan gembiranya:),,diake jabatan itukerana menunggu datuknya untuk pulang bersama..dsaat dia menunggu itu la mereka berkenalan.2..taaruf2 punya taaruf..cik cityBandar baru tahu..rupanya cik guard itu seorang mualaf sebangsa dgn ibunya..tp lain daerah..kongsi punya shearing..cik guard tu bagitau la ttg mcmmn hidupnya sbagai muslim skarang dan macma2..bukan nak berbangga2 kan cik cityBandar ni,,tp mmg kenyataan kelebihan yg dkurniakan Allah bgnya..cik cityBandar seorang yg menyenangkan..siapa2 pun cukup senang berdamping dengannya,,tu pasal la x heran cik guard tu pun walaupun baru berkenalan,,blh mcm semesra adik berkakak..bertukar2 no..ketika itu cik cityBandara sedang memegang tafsir kedua yg br dia dapat..itu juga merupakan tafsir kesayangannya..sbb tafsir itu pengganti tafsirnya yg pera..keadaannya juga sama mcm tafsir nya yg lalu cuma warnanya berlain..tp still jenis berZip punya:)..tafsir itu bekas tafsir abah nya punya..di sebab kan dunia smakin moden abahnya bertukar pula pada tafsir elektronic yg lebih functionnya,lalu tafsir yg lama diturun kan dan dberi pada Cik CityBandar yg sememangnya memerlukan tafsir pada masa itu..tafsir itu juga disayanginya ssb,tafsir itu sentiasa ada bersama walau kemana..kecuali masuk toilet..tp,ketika itu juga,,rasa sayangnya pada cik guard itu,dia hadiakantafsir kesayangan nya itu kepada cik guard,dgn harapan cik guard dapat memanfaatkannya..cik CityBandar teringat..apabila kita mati nanti..semuanya akan pergi,,kecuali 3 perkara,,amal,sedeqah n doa anak yg soleh:)..jd dgn harapan itu juga dia berharap smga pemberiannya yang kecil itu mnjadi salah satu amalan nya n manfaatnya kepada org lain..

Kali ketiga..yang kali ini..sangat berbeza dengan yg pertama n yg ke dua..jika pemberiannya pada org pd kali pertama da kedua itu tadi mmg dgn jiwa yang bersedia dan merelakan barang kesukaannya itu dberi kepada orang..tapi kali yang ketiga ini..bukan atas kerelaan hati..tafsir nya yang ketiga,yg juga sangat2 dicintainya lebih drpd rafsir yg sebelum nya sbb sngt banyak kenangan,sumbangan peristiwa yg dia lalu bersama2 tafsir itu..ketika turning point nya berubah,,drpd mutarobbi mnjadi murobbi,,tafsir itu la sentiasa disisi..setiap kali daurah usrah dan sebagainya..tafsir itu la yg digunanya..balik ke kampung atau ke town tafsir itu pasti dibawanya..update status dmuka buku pun tafsir itu rujukannya..pokoknya mmg tafsir itu adalah jiwanya..

Tapi benarlah..bila di fikirkan balik..ini lah ujian..Allah nak uji..adakah kita akan sentiasa berlapang dada hanya ketika dwaktu senang sahaja?dwaktu susah??ada kah kita akan menyerah pada syaitan dgn merasa lemah dan tak rela barang kesayangan kita itu pergi meningalkan kita..jika sebelumini,,cik cityBandar mmg dah bersedia utk memberikan barang kesayangannya itu pada org dwaktu lapang dan x menekan..mcmmn pula keadaannya kalau cik cityBandar terpaksa merelakan untuk melepaskan barang kesayangannya kepada org yg juga bukan di jangkanya..jika sebelum ini mmg plannya nak memberi,kali ini bukan plan nak memberi tapi sendiri terlupa...

Macam ni..suatu hari tu,,cik cityBandar pergi bercuti bersama family..cik CityBandar membawa banyak barang,oleh itu dia terpaksa mengurangkan barang-barang dalam beg nya..jd,,salah satunya dia trpaksa menumpangkan tafsir kesayangannya itu ke dalam beg kakak nya..itu pun bila dah fikir dua tiga empat kali baru la dia bersetuju untuk letak kedalam beg kakaknya..lgpun mereka satu kereta..tp sesudah sampai sahaja dpusat peranginan,,kakak nya menginap di bilik tingkat atas daripada bilik cik cityBandar dan adik-adiknya yang lain..almaklumla,kakaknya kan sudah berkahwin..sesampai sahaja dhotel,cik CityBandar mmg berhasrat hendak mengambil kembali tafsirnya sebb takut2 dia terlupa..tp, ni la masalah cik cityBandar ni,,suka tangguh-tangguh..akhirnya dia pun terlupa,,lebih-lebih lagi ketika itu dia mengalami masalah wanita(tanya mak,nenek,kakak atau adik yg cukup umor)..kakaknya tinggal nun jauh dsana,kota metropolitan sana..tapi balik untuk bercuti-cuti raya..bersama suami tercinta..penyakit terlupa cik cityBandar pun merebak-rebak sampai la kakak nya dah balik tmpat mereka,baru la dia tersedar dan teringat lalu terus menghubungi kakaknya itu..bak kata org,nasi sudah menjadi bubur..x smpat pun kakak nyanak kenbali lg,,alamatnya hujung tahun depan ada rezki kali la dtg lg..so,sepanjang itu bersedih hati la cik CityBandar..

Tiba-tiba dia tringat..keadaan itu seperti sudah ada yang mmg merancangnya..bila drefresh2 balik baru la dia trsedar..mungkin ini ujian Allah..setiap berlaku pasti ada hikmanya..lalu dia duduk sejenak dan berfikir..ada kah selama ini dia memberi barangnya pada orang lain dengan ikhlas??tp kenapa kali ini x dpt merelakan..kalau orang lain dia berfikir smga org itu blh manfaatkan tafsirnya itu,,kenapa kali ini dia x terfikir benda yang sma utk kakak nya??..blh saja dia berlapang dada..smga tafsir itu dguna sebaiknya oleh kakaknya,,..kenapa kali ini nak bersangka buruk pula pada Allah??..padahal,,jika bersangka baik dgn Allah..mungkin benda ni jadi agar dirinya x suka bertangguh-tangguh lagi..mungkin kali ni Allah nak rasakan betul2 d hati supaya memberi dgn rela walau mcmmn keadaan sekali pun....kita memberi bukan kerana di paksa atau terpaksa..iaitu inginkan habuan syurga semata-mata..tp kita juga harus ingt dan tanam pada diri..kita memberi tu kerana yakin pada Allah,,dan yakin pada janjinya..daripada itu kita akan menjadi seorang yang sentiasa cuba untuk berlapang dada..



Ok,,itu la dia kisah ringkas pasal cik CityBandar..anda pula bagaimana??mungin dari segi ayatnya mmg ada tuggang tebalik disana..apapun semoga anda dapat fahaminya..