Wednesday 6 October 2021

“Nanti mesti…tet”

Pernah dengar orang meluah kerana risaukan perkara yang dia “agak-agak” akan berlaku atas tindakan dia or sekian-sekian?? 

Pernah kan… ala kita sendiri pun akan ada juga tu kadang🤭

Tapi nak habak, kalau terlampau teragak-agak bahaya oiiii. Tak jalan semua benda nanti.

Agak-agak = Assuming = Prasangka = overthinking

Assumption ni sama la mcm prasangka.   

“Benda yang belum jadi, dan belum tentu jadi.”  

Berpegang dengan assumption 100% tanpa pertimbangan lain, membunuh motivasi. Sebab assumption yang terlebih atau melebih-lebih ni buat org tak berani nak gerak.

Namun, assumption ni PENTING juga..

Jadi, jangan risau dengan assumption yang hadir. 

TAPI, pastikan ia disusuli dengan tindakan : fikirkan apa pelan tindakan untuk menghadapi/mengatasi assumption tu😊 itu kita kena ada yang dipanggil pelan strategik atau buat SWOT ka yang penting ada analisis dan tindakan. 

So, macamana nak elak untuk yang terbiasa overthinking ni? Pertama : pastikn kenapa nak fikir.
Kedua : Nyahkn prasangka2 yang tak pastikn betul atau tak tu. 
ketiga : BUAT JERRR LAA…hihi✌🏻

Selagi kita hidup, penyesalan dan taubat itu masih diterima. Baiki saja bila tersilap. Nyah kan apa orang nak kata. Kenali Pencipta, tahu keperluan diri. Barulah sibuk sibuk fikir pandangan orang lain..ini sibuk nak puaskan hati orang. Pandangan Allah pun tak masukkn dalam list apalagi keperluan diri sendiri, tak terurus.


Ok itu saja takat ni. Bye Assalammualaikum 👋🏻



Saja share, boleh2 taddabur teringt pula tentang ni.

P.s : hihi tajuk tu pandai-pandai la kaitkan🤪