Monday 23 December 2013

Puzzle Kehidupan


Ingatlah..

Andai hari ini kita gembira, esok mungkin kita sedih

Andai hari ini kita ketawa, esok mungkin kita menangis

Andai hari ini kita senang, esok mungkin kita susah

Andai hari ini kita lapang, esok mungkin kita sempit

Andai hari ini kita betul, esok mungkin kita salah

Andai hari ini kita cepat, esok mungkin kita lambat

Andai hari ini kita ingat, esok mungkin kita lupa

Andai hari ini kita aman, esok mungkin kita sengsara

Andai hari ini kita sihat, esok mungkin kita mati...




banyak probability bermain dlm kehidupan kita...

manusia. sifatnya yg cepat lupa, cepat alpha, cepat berbolak balik hatinya, cepat tak sabar..


Mudah tertipu dgn permainan dan janji dunia..mudah tertipu dgn tipu daya persekitaranya..dan mudah 

tertipu dgn nafsunya..




Melainkan..ia beriman..



beriman kepada Tuhannya
                                                              beriman kepada Rasulnya
                                  
                               beriman kepada Kitabnya,
                                                                                         beriman kepada Malaikatnya
beriman kepada Hari Kiamat,
                                                                   beriman kepada Qada dan Qadarnya..




Ia sedar hakikat dia dihidupkan..dia sedar matlamat hidupnya..




JAsadnya dgerakkan oleh hati yang hidup, hati yg hidup kerana selalu mengingati mati..

Tingkah lakunya djaga, kerana hatinya tahu dia sentiasa dperhatikan, setiap amalnya, dunia menjadi seksi..


Seorang muslim itu,,akan memastikan..hari ESOKnya lebih BAIK daripada KELMARIN...




Wednesday 12 June 2013

Pak cik tu buat apa?


Org yg buat kerja, mmg namanya akan dsebut lebih kerap berbanding org yg tak buat kerja..bukan disebut kerana dbangga sahaja tetap juga blh jd disebut kerana ada salahnya dlm melakukan kerja..tetapi itu la lumrah org yg berkerja..x selalunya indah,even buat benda baik, ada juga cacat cela org nak kata..
kerja kita buat mmg xpernah perfact,tp bukan bermakna kita xblh buat yg terbaik..
So,betulkan niat, ingt Allah..kita berkerja kerana apa..bila semua lurus n jelas..lantok la kata2 negatif yg jelas mendownkn kita, ambil positif je kata2 tu, agar kata2 tu lebih membangunkn kita..dn ambil la pengajaran juga..
Urm, so,setakat ni anda golongan apa? Bolehlah jwb sndiri2.



Hang ingat hang punya?

(Azan Zohor)
Si Fulan/Fulanah : "Jom solat"
A : "aih, dah masuk waktu ke?urm..kejaplah..sikit lagi nak dapat jawapan nih! Usaha kan tangga kejayaan..takkan nak buat kerja separuh jalan.."
B : "eh, azan dah ke?..ala awalnya Zohor ari ni..jap agi lah..aku tgh semangat n i..aku baru nak start menulis kott..alang-alang dah pegang pen,,sampai soalan 3, aku solat ar"
C : "Solat?rilek arr..aku tgh belajar benda penting kott..banyak bab belom cover nih..asar, lambat lg apa.."
D : "eh,azan ke? ah biarlah, aku mana solat!"
SI Fulam/Fulanah : #$%^$%# pengsan!

Eheh,

Urm...bese dgr tak dialog2 ilmiah ni?ilmiah ar sangat kan..

Biasankan, yg tak biasa pun kena buat2 biasa k,baru feel..yg sendii pernah buat,hah lg kena rasa biasa..sendiri buat sendiri rasa la kan..hihihi

Ok,x kisah pun dgn rasa korg..tapi kisah dengan dialong dorg..

Saya ambil ibrah ni, dr manusia sekeliling, even sy sendii pernah rasa menjadi org yg mendengar dan yg menjawab..

Sedih kan u_u

Kita, manusia selalu lupa..lupa apa?lupa lah..lupa kepada si Dia..Allah..Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan..Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Agung..Yang Maha Memiliki dan Maha Bijaksana..

Ya, semuanya..semuanya milik Allah..hang jangan nak berangan barang hang pakai barang hang ada skrg ni barang terpelihar milik hang sorg...

Even tangan mata hidung mulut telinga bagai2 tu yang kat badan hang tu..yg hang pakai tu..semua tu Allah punya tahu! Ya,Allah punya! Sedar tak? Ha, tau pun..skrg sedarkan..kita ni peminjam je..takda hapa pun kita punya..
“dan ingatlah, kepandaian,kekuatan,kekuasaan,nafas dan sebagainya(nikmat)..semuanya adalah milik-Nya dan dipinjamkan kepada kita..maka kita sebagai PEMINJAM, patutkah bersikap sombong? Apa jd, kalau nikmat itu ditarik? Nanges..

Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “sesungguhnya jika kmu brsyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada-mu, tetapi jika kmu mengingkari (nikmat-ku), maka pasti azab-ku sangat berat” (14:07)

#Gulp!

Sunday 9 June 2013

Oh,engkau yang mengaku dirimu seorang hamba…

Oh, engkau yang mengaku dirimu seorang hamba,
Mengapa pabila azan bergema,
Engkau tegar buat-buat tak dengar?
Sedangkan dalam azan itu ada suruhan yang menjadi manifestasi tanda cinta
hamba-Nya…

Oh, engkau yang mengaku dirimu seorang hamba,
Mengapa bila diberi amanah,
Engkau sanggup khianatinya?
Sedangkan amanah itu tuntuan-Nya…

Oh, engkau yang mengaku dirimu seorang hamba,
Mengapa bila melihat al-Haq,
Engkau sanggup menutupinya?
Sedangkan menegakkan al-Haq adalah tugas kita dari-Nya…

Oh, engkau yang mengaku dirimu seorang hamba,
Mengapa bila dirimu dinasihat dan diingatkan tentang jahiliyyahmu,
Engkau anggap ia remeh engkau sanggup ambil mudah?
Sedangkan kerana jahiliyyah dakwah kita tertolak…

Oh, mengapa?Mengapa?Mengapa?

Adakah ini manifestasi dirimu,
Sebagai seorang hamba pada Yang Esa?
Adakah ini balasan mu,
Kepada nikmat Tuhan mu?

Tepuk dada, tanya iman,
Semoga Allah menunjukkan dan menetapkan kita di jalan-Nya…


:: Pena Biru ::

Exchange

Bismillah hirahman nirohim..

assalammulaikum peeps..

nak tanya, antunna pernah tak rasa ditukar usrah??

emmm..pahit tau rasanya=(..lebih-lebih lagi jika kita mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan usrah mate kita tu..kadang-kadang kalau antunna tak faham, bisa timbul rasa memberontak dalam jiwa..

Rasa Berat Melepaskan

ketahuilah antunna..jika antum suatu hari nanti mengalami perubahan usrah, ketahuilah bahawa..bukan mudah bagi seorang murobbi nak berpisah dengan anak usrahnya, maka bukan mudah membuat keputusan memindahkan mutarobbi..dan bukan saja-saja perubahan itu di lakukan..percayalah, tiada unsur nak memecah belahkan apatah lagi nak membeza-bezakan antunna..Dan ketahuilah..bukan kerana ana tak sayang antunna, ana memindakan antum ke group yang lain..ketahui lah, keputusan ini bukan keputusan yang mudah. rasa berat untuk melepaskan antunna masih tersisa rasanya..

Tetapi, in sha Allah..ini lah yang terbaik..



setiap benda ada dinamisnya sendiri. Perlukan perubahan. Kalau ana biarkan antum dok lama je dalam 1 usrah, tak akan berkembang.


Sebab tu Nabi berhijrah. Nakkan perubahan. Kalau dalam sekolah/universiti pon kita kena tukar kelas sebab nak dapat ilmu/pelajaran/pengalaman yang berbeza, inikan pula tarbiyah dak..? Universiti tarbiyah katanya.

Thursday 25 April 2013

Teladan sepanjang Zaman 1#

Ok..urm..hari ni jiwa_senang ni nak share..tentang..salah satu akhlak Nabi Muhammad SAW..

emm..Cuba teka akhlah apa...
akhlak ni bermula dengan huruf TA..

ok..masing-masing dengan riak muka berfikir masing..semata-mata mau cari jawapan..

urm...Taat?? X

eemmmm..emmm?? =.=

ha..Takut??Taat?? X

emm..ar..tunggu jak la..

x pasti..dah ngantuk ni..

apa ar...

mau makan apa ya??? ok kuar tajuk..

Tawadhu’?


BINGO=D..betul full mark..

hehe..

(saja jak mau panjang2 kan letak pic banyak2..hehe)

Aiwah..Tawadhu'..apa maksud tawadhu'??

Rendah hati @ Rendah diri

Pengertian merendah diri ni bukanlah satu perasaan merendah diri yang nak jadikan kita hina dan terpinggir dalam masyarakat sekeliling. Tawadhu' ni sebenarnya amik jalan tengah iaitu sederhana di antara dua perkara yang membinasakan. Iaitu antara melebih-lebihkan diri sendiri sehingga wujud satu perasaan riak dalam individu itu dan merasa rendah diri yang membawa kesan ke arah kekurangan atau kehinaan. Tawadhu’ juga boleh didifinasikan meletakkan sesuatu pada tempat yang selayaknya dan memberikan sebarang hak kepada individu lan yang sememangnya berhak menerimanya.

Apabila Fudhail bin ‘Iyadh, seorang ulama’ terkemuka ditanya tentang tawadhu’, maka beliau menjawab:

“Ketundukan kepada kebenaran dan memasrahkan diri kepadanya serta menerimanya dari siapapun yang mengucapkannya.” (Madarijus Salikin 2/329)

Maknanya, ada dua ciri kita boleh lihat berkaitan sifat tawadhu' ini, iaitu ;

  1. Menerima kebenaran daripada sesiapa sahaja tanpa mengira darjat even kebenaran itu daripada musuh sendiri
          contohnya: Seorang pemimpin boleh menerima cadangan rakyatnya, seorang lelaki menerima teguran
          seorang rakannya walaupun rakannya itu adalah saingannya ataupun tidak rapat dengannya, seorang
          boss menerima pandangan anak buahnya, seorang guru menerima teguran anak muridnya jika ternyata
          dia silap                          

     2.  Mampu untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja

          contohnya: Ketua negara boleh bergaul baik dengan sesiapa sahaja termasuk lah orang awam, boleh
          bergaul dengan siapa pun walaupun dirinya lebih mulia lebih berkedudukan daripada orang yang
          digaulinya, beramah mesra walaupun tidak pernah berjumpa atau pun tiada hubungan persaudaraan

Allah berfirman,


“Janganlah kalian memuji diri kalian. Dia lah yang paling tahu tentang orang yang bertaqwa.” (An Najm: 32)


Ayat ini merupakan peringatan dan penegahan Allah kepada kita daripada membuka pintu-pintu or benih-benih kepada lawan sifat tawadhu'.Iaitu,

Takabbur @ SOMBONG

Rasulullah telah mendefinisikan sombong dengan sabdanya:


الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَ غَمْطُ النَّاسِ

alkibru bathoru alhaq wa ghamtho annas

“Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (HR. Muslim no. 91 dari hadits Abdullah bin Mas’ud )

Hati-hati jaga-jaga..kadang-kadang kita tak sedar kita ni telah berlaku sombong..lebih-lebih lagi bila kita ni di beri Allah kedudukan lebih tinggi ataupun mempunyai kelebihan yang lebih daripada orang lain..even murobbi sendiri pun boleh terkena penyakit ini..jadi, adalah sangat perlu kita bermuhasabah setiap masa..

Contohilah Rasulullah..even baginda seorang ketua negara, seorang nabi, seorang yang berasal dari kerabat pembesar Mekah baginda masih bersifat tawadhu' kepada sesiapa..

sebagai contoh, 

Diriwayatkan dari Abu Umamah, bahwasanya Rasulullah SAW keluar kepada kami memakai tongkat, maka kami berdiri (menghormati/menyambut) untuknya. Maka Rasulullah SAW berkata: "Jangan kamu berdiri sebagaimana orang-orang ‘Ajam berdiri, membesarkan (menghormati satu dengan yang lainnya). Sesungguhnya aku adalah seorang hamba yang makan sebagaimana hamba sahaya makan, dan aku duduk sebagaimana hamba sahaya duduk.”

Diriwayatkan dari Aisyah, Imam Hasan dan Abi Sa'id serta lainnya, bahwasanya Rasulullah SAW di rumahnya melaksanakan pekerjaan keluarganya, membersihkan, melipat bajunya, memerah kambingnya, menyapu rumahnya, menjahit sandalnya apabila ada kerusakan, menyiapkan makanan dan minuman untuk hewannya, makan bersama pembantunya, membuat makanan bersamanya dan membawa barang belanjaannya dari pasar.

Selain itu, jika Rasulullah bertemu sahabatnya, baginda akan memberi salam dan bersalam..

Jika di dalam majlis ilmu, baginda akan duduk dan dengar sehingga majlis tersebut selesai

Pernah datang seorang laki-laki kepadanya, gementar setelah melihatnya disebabkan haibah Rasulullah SAW, berkata Rasulullah SAW kepadanya : " Tenanglah wahai saudaraku, sesungguhnya aku bukan malaikat, akan tetapi seorang laki-laki yang dilahirkan dari perempuan Quraisy yang makan makanan ".

Tidak rugi pon kalau kita bersikap tawadhu' malah darjat kita diangkat Allah :D

Di dalam sebuah hadis,

" Allah SWT tiada menambahkan kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafannya melainkan kemuliaan. Dan tidak ada seorangpun yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya" (HR Muslim dari Abu Hurairah) . 

Hadis ini menceritakan bahawa orang yang mempunyai jiwa pemaaf akan dimuliakan oleh Allah dan seseorang yang bersikap tawadhu’ maka Allah akan menganugerahkannya kehormatan dan maruah diri yang luhur.


Antara perilaku orang yang memiliki sifat tawadhu' ialah:
  • Mudah menerima pandangan orang lain biarpun dia juga ada pandangannya sendiri
  • Dia tidak mempunyai apa-apa masalah dalam menerima pandangan orang yang lebih muda daripadanya ataupun orang yang lebih rendah pangkat daripadanya.
  • Sabar dalam perbincangan, tidak mudah marah atau emosional, lebih menjaga suasana harmoni dalam perbincangan tersebut daripada bertegang leher dengan rakan-rakannya.
  • Tidak memilih-milih kawan, boleh bergaul dengan semua orang, tidak kira samada orang bawahan atau orang atasan, kaya atau miskin, sihat atau sakit. Malah, boleh duduk bermesra dalam satu majlis dengan orang yang pernah mengkritiknya.
  • Saling hormat menghormati, sekiranya berjawatan, ia menghormati orang bawahannya. sekiranya kaya, ia sangat memuliakan orang yang fakir dan miskin. 
  • Tidak timbul baginya yang dia miliki kelas tersendiri.
  • Dalam pergaulan, lebih suka menjadi pendengar dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja, tidak sewenang-wenangnya akan memotong percakapan orang sebaliknya memberi peluang orang itu menghabiskan percakapannya.
  • Dalam majlis, jika ada sesuatu kebenaran yang hendak diperkatakan, suka kebenaran itu keluar daripada mulut orang lain. Lebih-lebih lagi, jika ada orang yang lebih berpengalaman atau berilmu daripadanya dalam majlis itu.
  • Kalau diminta memberi pendapat dan pendapatnya diterima orang, tidak mendabik dada sebaliknya bersyukur kepada Tuhan. Jika pendapatnya ditolak, lapang dada dan tidak berkecil hati.
  • Mudah memberi maaf kepada orang yang tersilap dengannya. Dia tidak mudah memarahi atau menghina orang tersebut.
  • Segera meminta maaf jika berlaku kesilapan daripadanya sekalipun kepada orang yang lebih rendah daripadanya dari segi jawatan atau umur.
  • Tidak minta dihormati atau dimuliakan atas kedudukannya. Jauh sekali berkecil hati jika tidak dihormati atau dimuliakan. Namun dia menerima dengan baik orang-orang yang mahu menghormati dan memuliakannya.
  • Tidak meninggi diri dengan menceritakan kelebihan yang ada pada dirinya. Sebaliknya dia lebih suka menceritakan kebaikan orang lain sebagai teladan.
Siapapun kita, seorang guru ka, pelajar ka, majikan ka, anak buah ka, kakak ka adik ka, murobbi ka mutarrobi ka..Sifat tawadhu' ni perlu ada pada setiap kita..Jangan sekali memandang rendah orang lain kerana kisah lalunya maupun kerana kekurangan even kesilapan di lakukannya..kerana semua kita adalah sama yang membezakan hanyalah pakaian taqwa;)..

Urm..banyak benda tak settle lg..huhu..jom muhasabah diri dan berusaha memperbaiki diri..

Bah, JOM=D..tunggu apa lagi..mari kita menanam sifat Tawadhu' ini..semoga kita berada dalam redha Allah..





Wednesday 24 April 2013

Pendirian IKRAM Berkenaan Isu Kalimah Allah

*Tadi buka fb..pastu ada lah sorang kawan ni..tanya pasal tajuk ni..dia nak cari isi untuk assignment..so say pun korek2 la balik khazanah2 pak cik2..hehe..ok..Semoga bermanfaat..

Pendirian IKRAM
Berkenaan Isu Kalimah Allah
15 Januari 2013 bersamaan 3 Rabiul Awal 1434 H

1. IKRAM maklum terdapat kegusaran di kalangan sebahagian umat Islam mengenai
penggunaan kalimah “Allah” oleh penganut bukan Islam di negara kita.

2. IKRAM berpendirian bahawa hukum asalnya adalah harus bagi penganut agama lain
untuk menggunakan kalimah “Allah”. Pandangan ini disandarkan kepada penggunaan
kalimah “Allah” oleh orang bukan Islam seperti yang terkandung dalam banyak ayat-ayat
al-Quran seperti ayat 61 dan 63 surah Al-‘Ankabut, ayat 78 surah An-Nisa’ dan ayat 78
surah Ali Imran. Mereka juga menggunakan kalimah “Allah” dengan makna yang
bertentangan dengan sifat Allah seperti yang terkandung dalam ayat 30 surah At-Tawbah,
ayat 68 surah Yunus serta ayat 17 dan 72 surah Al-Maidah.

3. IKRAM maklum bahawa terdapat kebimbangan di kalangan sebahagian masyarakat Islam
bahawa jika diizinkan penggunaan kalimah “Allah” oleh selain orang Islam, pintu fitnah
akan terbuka untuk memudahkan pengembangan agama Kristian, sekali gus memudahkan
usaha mengajak orang Islam yang lemah akidah kepada agama Kristian. Untuk
menangani masalah ini, IKRAM berpandangan bahawa penyelesaiannya bukan dengan
menghalang penggunaan kalimah “Allah” tetapi dengan melipatgandakan usaha bagi
menangani kelemahan aqidah dan kejahilan umat Islam sendiri.

4. Dalam konteks perkara-perkara 3 dan 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang merujuk
kepada Islam sebagai agama persekutuan dan sekatan terhadap penyebaran agama lain di
kalangan penganut Islam, IKRAM berpandangan apa yang sudah termaktub wajar
dihormati.

5. Pandangan IKRAM ini bukan bermakna IKRAM merelakan sebarang agenda untuk
menyebarkan agama lain dalam kalangan umat Islam. IKRAM menyeru semua agar
menghormati peruntukan perlembagaan di dalam hal ini.

Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Tuesday 23 April 2013

Selamat Tinggal En. J ;D

urm,,Siapa tu En J akak??=O 

En J??..urm...kalau korang nak tahu siapa dia tu,datang la daurah nanti;)..hehe jawab jiwa_senang kepada anak-anak usarahnya..

hehe...

En. J stand for En./Pn. Jahiliyyah..

Antara objektif utama yang difokuskan dalam daurah kali ini adalah untuk mengenali jahiliyyah di sekeliling kita sebagai student dan dalam diri kita dan juga mengetahui kaedah membuang atau menghindari jahiliyyah serta memahami keburukan jahiliyyah.

Kita mendapati, antara masalah besar yang sering dihadapi oleh sang daie adalah bagaimana untuk meninggalkan jahiliyyah ini. Kita tidak mungkin mampu bertahan di atas jalan DnT ini disamping menyimpan jahiliyyah sebagai bekalan. 

"alah, tak kan x boleh..jadi daie, tekanan kot..relek2 kejap boleh la kot..bukan aku selalu tengok cerita ni, kalau dulu iya lah!"

"Ish, kau ni, macam dulu tak pernah buat..layan kejap jak mamat ni, nak tanya kabar, tak kan tak boleh kot, bukannya kmi berhubungan"

"urm..malam tadi usrah lambat habis lah, pagi ni nak qada dulu boleh?" 

Dush!!

"Apabila kita memilih ketaqwaan,maka kita akan meninggalkan jahiliyyah” 

Jika kita yang mengatakan sebaliknya, ternyata kita salah. 

Kerana jahiliyyah akan merosakkan amal dakwah kita.

Macam mana kak?=O

Ha..datang daurah sabtu ni ye dik ;), nanti akak terangkan

Hehe..

Ha, antara objektif utama yang difokuskan dalam daurah kali ini adalah untuk mengenali jahiliyyah di sekeliling kita sebagai seorang student dan dalam diri kita dan juga mengetahui kaedah membuang atau menghindari jahiliyyah serta memahami keburukan jahiliyyah.

Dalam daurah ini akak akan beri talk yang more to two way communication di mana setiap kali masuk point baru akak akan beri peluang kepada para peserta bincang dalam kumpulan untuk membincangkan seterusnya membentang beberapa persoalan dalam point tersebut. Antaranya, para peserta perlu membentangkan beberapa jahiliyyah dalam diri dan bagaimana hendak menghapuskan jahiliyyah tersebut serta jahiliyyah yang ada dalam kampus dan bagaimana mahu hapuskan jahiliyyah yang ada dalam masyarakat kampus.


Islah nafsak wad'u ghairok

"Perbaikilah diri kamu,dan serulah orang lain."-Musthafa Masyhoor-

Mereka sering mempersoal..

"kak, macam mana ya, kita nak bawa orang tapi, kita pun rasa diri kita tak cukup ilmu, tak cukup baik lagi, xda confident la kak.."

"saya nak perbaiki diri lah dulu, nanti dah rasa ok, baru lah saya ajak rommate saya tu p usrah"

"ala..macam extreme sangat ni, baru je aku join bulatan happy ni, tak kan terus2 aku nak buang tabiat lama aku tu, nanti pelik kawan-kawan aku..kang ada yang lari tak mau kawan.."

Dan persoalan-persoalan ini akan akak jawab dalam daurah ini nanti..

Seterusnya..jadilah individu muslim yang bebas dari cengkaman jahiliyyah kerana sekali lagi saya tegaskan jahiliyyah itu akan merosakkan amal dakwah kita. Mari lah kita berharap semoga kita menjadi individu muslim yang terbaik dalam mencapai ustaziatul alam.

Apa benda ustaziatul alam tu kak?

hehe..sekali lagi..datang daurah. Nanti akak bagtahu;)..hehe..(annoyying ah akak ni..)--->memang pun..hehe

"Sesungguhnya akan terungkai ikatan Islam dari manusia seikat demi seikat apabila lahir di kalangan masyarakat Islam orang yang tidak memahami erti jahiliyyah" (Saidina Umar).

SO, nampak tak dik? penting kan kita kena kenal jahiliyyah ni..dalam kita menyangka kekuatan islam kita itu sudah kuat kerana dari bilangannya..tetapi, kerana jahiliyyah ini kita tidak fahami dansedari kewujudannya..runtuh sedikit demi sedikit bangunan yang tadi di sangka kukuh..

SO, Datang lah Daurah semoga mendapat pencerahan yang lebih mengenai ia=)

Jap, apa tu daurah kak?
Dush!!Adoi..maaf dik lupa pula akak bgtau..daurah tu, program ^_^

Semoga Allah redha dan semoga dipermudahkan Allah..


Saturday 20 April 2013

Nak jadi isteri Aktivis=O

Ok,Assalammualaikum semua;)
urm..hari ni nak share benda ni(sambil tunjuk tajuk di atas) ;)..dah lama dalam draf, tp tak terpost2..maaf la ya..hehe..
Tapi, sebelum baca pastikan kamu yang akan baca ni adalah orang yang..(isi sendiri)

Karakteristik Isteri Aktivis Dakwah
Seorang aktivis dakwah memerlukan isteri yang ‘tidak biasa’. rinduKenapa? Karena mereka tidak hanya memerlukan istri yang pandai merawat, pandai memasak, pandai mengurus rumah, pandai mengelola kewangan, cekap dalam hal-hal berkenaan urusan rumahtangga. Maaf, bukan bermaksud mengecilkan, berbagai kepandaian dan kecekapan itu adalah bekalan yang ‘standard’ yang memang harus dimiliki oleh seorang isteri, tanpa menitik beratkan suaminya seorang aktivis atau bukansengihnampakgigi. Atau dengan kata lain, seorang perempuan dikatakan sedia untuk menikah dan menjadi seorang isteri jika dia memiliki berbagai-bagai bekalan yang standard itu. Namun bagaimana jika sudah jadi isteri, tapi tidak punya bekalan itu? Ya, jangan hanya diam, belajarlah. Istilah famesnya ‘learning by doing’.:woooh:

Kembali kepada tajuk perbahasan kita. Menjadi isteri aktivis bererti bersedia untuk mempelajari dan memiliki bekalan ‘di atas standard’. Berikut ini adalah bekalan yang diperlukan oleh isteri aktivis atau yang ingin menikah dengan aktivis dakwah:

1. Bekalan Yang Bersifat Pemahaman (fikrah)

Hal paling penting yang harus difahami oleh isteri seorang aktivis dakwah, bahawa suaminya pastinya tidak sama dengan suami pada umumnya. Seorang aktivis dakwah adalah orang yang mempersembahkan waktunya, gerak amalnya, getar hatinya, dan seluruh hidupnya demi tegaknya dakwah Islam dalam rangka meraih ridha Allah. Mendampingi seorang aktivis adalah mendampingi seorang prajurit Allah. Tak ada yang dicintai seorang aktivis dakwah melebihi cintanya kepada Allah, Rasul, dan berjihad di jalan-Nya. Jadi, siapkan dan ikhlaskan diri kita untuk menjadi cinta ‘kedua’ bagi suami kita, karena cinta pertamanya adalah untuk dakwah dan jihad! Ayuh bangun dari lena kalian… 

2. Bekalan Yang Bersifat Ruhiyah

Berusahalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Jadikan hanya Dia tempat bergantung semua harapan. Yakinlah bahwa ada Kehendak, Qadha, dan Qadar Allah yang berlaku dan pasti terjadi, sehingga tak perlu takut atau khuwatir melepaskan suami pergi berdakwah ke manapun. Yakinlah bahwa Dialah Sang Pemilik dan Pemberi Rezeki, yang berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Bekalan ini akan sangat membantu kita untuk bersikap ikhlas dan qana’ah ketika harus menjalani hidup bersahaja tanpa limpahan harta. Dan tetap berwaspada dalam setiap perkara agar tak menjadi takabur dan lalai ketika Dia melapangkan rezeki-Nya untuk kita.

3. Bekalan Yang bersifat Ma’nawiyah (mentaliti)
garupale

Inilah di antara bekalan berupa sikap mental yang diperlukan untuk menjadi istri seorang aktivis: kuat, tegar, gigih, kukuh, sabar, tidak manja (kecuali dalam batasan tertentu) dan mandiri. Tidak mengharapkan semuanya diselesaikan oleh suami. Namun ada upaya dari diri sendiri untuk terus mencuba dengan pe;bagai alternative.

4. Bekalan Yang bersifat Aqliyah (intelektualiti)


Ternyata, seorang aktivis tidak hanya memerlukan pendengar setia. Ia perlukan isteri yang boleh untuk diajak bersembang, tukar pikiran, musyawarah, atau perbincangan tentang kesibukan dan minatnya. Karena itu, banyaklah membaca, rajin mendatangi majlis-majlis ilmu supaya luas tsaqafah.

5. Bekalan Yang Bersifat Jasadiyah (fizikal)
:inlove:

Minimal sihat, menjaga kebersihan, dan tidak selalu sakit saja. Jika fizikal kita sihat, kita dapat melakukan banyak hal, termasuk mengurus suami yang sibuk berdakwah. Karena itu, penting bagi kita untuk menjaga kesihatan, membiasakan pola hidup sihat, rajin beriadhah dan lain-lain. Selain itu, jangan lupakan masalah merawat wajah dan tubuh badan. Ingatlah, salah satu ciri isteri solehah adalah ‘menyenangkan ketika dipandang’.

Akhirnya, ada bekalan yang lain yang tak kalah penting. Itulah sikap mudah memaafkan. Bagaimanapun soleh dan taqwanya seorang aktivis, tak akan mengubah dia menjadi malaikat yang tak punya kesalahan. Seorang aktivis dakwah tetaplah manusia biasa yang pastinya dan mungkin untuk melakukan kesalahan. Bukankah tak ada yang ma’shum di dunia ini selain Baginda Rasulullah?

:tsk:p/s: para Ikhwannya juga sama dalam persediaan ini.

OK, ni saya kopi n pasta dr---->>http://akhwatsolehah.blogspot.com/2008/04/seorang-aktivis-dakwah-memerlukan.html

bacalah,..bnyak lagi info lain yg insha Allah bermanfaat buat anda ;D

urm..ekceli, Entry kali ni bukan la termasuk hadaf sy nak buat blog ni..urm tp........saja nak kongsi=D..papun semoga kamu2 dapat manfaatnya k..






Thursday 21 March 2013

Aarrgghh!!

Hey..kamu..


aha,kamu la!!! ada orang lain ke sebelah kamu tu??..

Kamu tengah sedih ker??nampak frust je??

kenapa ni..??keciwa??

pehal??result tak ok =0??

huh,,kena tinggal bas??=O  

whatever la...

frust kena marah bos ke, kena marah jiran ke, kena marah mama ke, kena marah amah ke, kena kejar anjing ke, kena marah kawan ke, kereta kena curi ke, duit hilang ke..

yg penting anda masih seorang manusia kan??ke lepas keciwa kesedihan kedukaan ni dah transform jd seekor binatang??=0



apa kaitan ??????????? 


hehe..terkejut berok nampak..buruknya benor rupa..hehe..

mestilah ada kaitan....hehe..sebab nya..

Setiap muslim yang diciptakan oleh Allah SWT di muka bumi ini, kita tidak akan sunyi daripada ditimpa musibah, penyakit mahupun dugaan(kene kejar anjing pun ujian tau).. Besar atau kecil suatu musibah atau dugaan tersebut, bergantung kepada
kekuatan iman 
yang dimiliki oleh seseorang hamba Allah itu. Semakin kuat iman dan takwanya maka semakin berat ujianlah tersebut berlaku keatas dirinya. Ujian ini adalah penilaian Allah SWT untuk meningkatkan darjat seseorang hamba disisi Tuhannya.

So, syukurlah bila kita diuji =D

.......................................................................


Yea la tu...jiwa_senang ni..tulis cakap senang la..nak hadap tu...fuii belom tentu dia mampu ke tak..

*senyum lebar ^______^

tau2 je kamu saya ni kurang sabar ye..hheehee..

faham...^_^

Masa ditimpa musibah, hati kita sentiasa rasa resah gelisah, hidup pun jadi tidak tenang jaa. Rasa nak marah nak nangis nak teriak jak.. Pastu, buat kerja pun kengkadang tidak menjadi. Fikiran risau tidak tentu arah seperti berada di lautan luas yg dalam tanpa pertolongan. Apabila dirasakan terlalu berat, tidak mampu dipikul sehinggakan sampai satu tahap, kita merasakan hidup ini begitu sukar dan fikiran buntu tidak tahu di mana harus di cari penyelesaiannya..

Ini lah kita..yang selalunya..bila diuji..terlalu memikirkan kesusahan dan ketidak seronokan ujian itu..lupa nak fikirkan hikmahnya..

Tau ta sebab pa??Sebab kita, lupa nak bersangka baik kepada Allah SWT!

Ingatlah... sesungguhnya orang mukmin tidak akan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Biar betapa beratnya beban musibah ini untuk dipikul..yakinlah bahawa hanya Dia sahaja yang dapat memberi pertolongan dan setiap kesusahan itu ada kejayaan dan kebahagiaan.

Urm..mungkin hari ni anda tidak la ditimpa musibah sebesar mana..tetapi sebagai langkah persediaan dimasa hadapan..ni nak share sikit tips..hehe

Bila sesuatu masalah atau musibah datang tanpa diundang, x bagi tanda maupun signal..

Ingatlah..

Orang mukmin yang beriman dan bertakwa akan sentiasa reda terhadap ketentuan takdir daripada Allah SWT, walaupun terpaksa menanggung musibah tersebut.

Kita wajib beriman bahawa segala musibah yang berlaku seperti gempa bumi, banjir, wabak penyakit adalah ketetapan daripada Allah SWT telah tertulis di Lauhul Mahfuz. Kita wajib menerima ketentuan Allah SWT ini dengan berlapang dada (reda).

Allah SWT berfirman: "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."
(Surah AL-Hadid ayat 22)

Moga kita menerima takdir Allah ini dengan penuh reda, bukan dengan perasaan geram , marah atau mengeluh kepada Allah SWT .


Bila musibah menimpa,terasa berat hingga dada terasa sempit,

Ingatlah..

Allah SWT berfirman maksudnya : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."(Surah al-Baqarah ayat 286)

Bila masalah terasa bertimbun dan tak tau nak wat apa dah..,

Ingatlah..

Orang mukmin akan terus berikhtiar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghindarkan diri daripada sebarang bahaya yang muncul. Kita tidak disuruh untuk berdiam diri atau pasrah berpangku tangan bertongkat dagu menunggu bantuan datang menyerbu..

Beriman kepada ketentuan Allah SWT bukan bererti kita hanya duduk diam termenung dan meratapi nasib tanpa berusaha untuk mengubah apa yang ada pada diri kita.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
(Surah Ar-Ra’du ayat 11)

Bila sesuatu terjadi, rasa down dan hendak putus asa..

Ingatlah..


Berputus asa atau berprasangka buruk seakan-akan Allah SWT tidak akan memberikan kita kebaikan pada masa hadapan itu adalah su`uzh-zhan billah (berburuk sangka kepada Allah)! Su`uzh-zhan kepada manusia pun tidak dibolehkan, apatah lagi kepada Allah SWT. Na’uzubillahi min zalik.

Allah SWT menegaskan bahawa sikap tersebut adalah sikap yang kufur sebagaimana firmanNya yang bermaksud : "Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)

Dari Ummu Salamah RA mengisahkan: aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa ditimpa musibah, selanjutnya ia berkata: "Ya Allah, berikahlah pahala atas musibahku dan berikanlah ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut. Melainkan Allah memberikan ganti yang lebih baik daripada musibah yang menimpanya."


Bila rasa nak marah,hati gelisah,rasa tak tenteram kerana banyaknya masalah..

Ingatlah..


Kita sentiasa dianjurkan untuk memperbanyakkan doa dan zikir bagi orang yang ditimpa musibah. Orang yang mahu berdoa dan berzikir adalah lebih mulia di sisi Allah daripada orang yang enggan atau malas.

Rasululah SAW mengajarkan doa bagi orang yang ditimpa musibah: "Allahumma jurnii fii musiibatii wa akhluf lii khairan minhaa" (Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya.) (Hadis riwayat Muslim)

Zikir juga dapat mententeramkan hati orang yang sedang gelisah atau yang mengalami tekanan.

Allah SWT berfirman maksudnya : "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram."(Surah Ar-Ra’du ayat 28)

Antara zikir yang dianjurkan adalah dengan beristighfar "Astaghfirullahal 'azhim". Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya daripada kesedihan, memberinya jalan keluar terhadap kesempitannya, dan akan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangkanya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda: Ucapan yang paling disukai Allah itu ada empat, engkau boleh memulainya dengan kalimat mana saja, iaitu Subhanallah (Maha suci Allah), Alhamdulillah (segala puji milik Allah), Laa ilaha illallah (tidak ada Tuhan selain Allah), dan Allahuakbar (Allah Maha besar). (Hadis Riwayat Muslim)


Bila rasa sabar dah hilang dek ujian datang-datang xda hentinya..

Ingatlah..


Orang mukmin sentiasa bersabar apabila ditimpa musibah. Sifat kesabaran yang tinggi akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT tanpa hisab.

Menurut Imam As-Suyuthi dalam tafsir al-Jalalain, sabar adalah menahan diri daripada segala apa yang dibenci (al-habsu li an-nafsi 'alaa maa takrahu). Sikap inilah yang wajib dimiliki ketika kita menghadapi musibah. Selain itu, kita disunnahkan untuk mengucapkan kalimat istirja' (Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun) ketika berlaku musibah.

Allah SWT berfirman: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".”
(Surah Al-Baqarah ayat 155-156)


Bila rasa down menggila kerana merasakan musibah itu tak patut ada..

Ingatlah..


Tiada seorang hamba yang ditimpa musibah melainkan ia adalah akibat daripada dosa-dosa yang dilakukannya. Maka sudah semestinya dia perlu bertaubat nasuha kepada Allah SWT. Orang yang tidak mahu bertaubat setelah ditimpa musibah adalah orang sombong dan takbur.

Allah SWT berfirman: "Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu)." (Surah Asy-Syuura ayat 30)

Sabda Nabi SAW: "Setiap anak Adam mempunyai kesalahan (dosa). Dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang bertaubat." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Wahai sahabat ku..

sememang hidup kita ini tidak akan pernah sunyi daripada setiap dugaan dan ujian. Terimalah Kenyataan,hehe..Tapi, apa yang boleh di saya katakan, sebagai umat Islam, seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita semua


Boleh jadi,kerana kita tidak tahu bahawa Allah SWT amat sayang kepada kita, sebab itu Allah SWT datangkan dengan pelbagai ujian dan musibah, kerana Allah SWT tahu saya dan anda-anda adalah hamba yang mampu mnghadapi ujianNya. Sebaliknya, Allah SWT tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Sebaliknya, kita perlu mengetahui hikmah (rahsia) di sebalik musibah yang kita hadapi..In sha Allah, bila kita mengetahui hakikat musibah ini, kita akan memiliki kekuatan mental yang baik. Berbeza dengan orang yang hanya memahami musibah secara cetek iaitu dengan hanya melihatnya secara zahir yakni luaran sahaja. Mentalnya sangat lemah dan mudah mengeluh atas segala musibah yang menimpa.

Seharusnya kita ingat antara hikmah musibah itu adalah untuk diampunkan dosa-dosa kita yang bertimbun dan maybe lebih besar dosa kita itu daripada musibah kita...

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya : "Tiadalah seorang mukmin yang ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih (teruk) daripada itu melainkan dengannya (musibah tersebut) Allah akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

So,why not kita bersyukur dengan ujian itu??

Ya..memang benar,,setiap kita mempunyai ujian yg tersendiri..tetapi ingatlah..betapa berat macam mana pun ujian kita itu, Allah tidak sia-sia kan usaha kita..Bukankah syurga Allah itu mahal harganya..jadi bersabar lah..kita tahu kan, kehidupan ini hanya sementara;) why not kita berpulun-pulun habis-habisan demi syurga idaman yang kekal selamanya??

Marilah sama-sama kita perbaiki niat kita dalam beramal soleh iaitu mengikhlaskan hati semata-mata kerana Allah SWT. Apa sahaja musibah yang datang perlulah kita tenang, bersabar dan menganggap ianya satu proses pembersihan diri kita daripada dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Jika kita mampu melakukannya kita akan berada di dalam kebaikan dan rahmat Allah SWT. Wallahualam..

"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali’." 
(Surah al-Baqarah ayat 156)

Jadi..apa ujian awak hari ni??=D







Friday 8 February 2013

Kuku anda kuku besi ka:0

Assalammualaikum dan morning everyone=)..(hehe lama pula jiwa_senang menyepi kan)..

btw,hari ni xnak ckp pnjang cuma nak..declare something ..

Bole ta nak declare something?:)..bole kan saje la kan..he2..

actually geli la tgk kuku panjang..tau tak,simpn kuku pnjg x bagui tau..walaupun anda kata-->>'em,sy x makan pakai tangan,saya pakai sudu,so x papa la kan nak simpan kuku pnjang'..em..but then, tahu tak,nanti awak garu2 muka awak yang gatal2 tu semua pakai tngan kan..cuci punggung,korek hidung semua pakai tangan kan..lain la mereka2 yg istimewa kan..so, kita2 yg ada tangan, jgn nak kufur nikmat pula kan..guna la tangan buat kerja..ada ke org yg dkurniakan tangan,tp nak juga korek hidung tu pakai kaki??huh belum pernah ku temui..bagi tahu sy kalau anda pernah jumpa ya..ok,,kita sambung..walau pun kata dah cuci tngan pakai detol lah bagai..tp still ada tertinggal tau..sy x ckp kosong..kakak sy bhgian kaji2 kuman kat HKL sblm ni,dia bgtau bagi tgk..geli ok..dia bgitahu,"hah nah jgn kmu suka sngt mau simpan2 kuku panjang..ni org keluar masuk hospital hari ni keracunan bagai..sbb apa pun..sbb diri sendiri punya hal juga"..dr itu..JOM la:D..kita potong kuku:)..hari ni hari jumaat..sunnah potong kuku;)..

kuku pun lambang kebersihan seseorg tahu..

jangan ambil enteng;)

hadis dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya:

“Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: “berkata Mus‘ab: “Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur.”
(Hadis riwayat Muslim)

*maaf sepa2 yg berkuku or suka menyimpan kuku panjang..bukan berniat nak menyakitkn hati anda kerana geli dgn minat anda ni..tp sbb nak bantu anda,nak sedarkan anda,minat anda ni perlu dtimbang2 semula utk djadikan minat..



hah,jgn tertipu..nampak jak bersih tu..tp cela2 tu ada tu ulat kecil2..eewww


ni kalau terkena kulit org,,mesti terbalar org sekeliling..huhu
eeww..lg berbahaya jika anda ada tebiat mcm ni..bersih, kotoran2 tu anda sapu pakai gigi..


 maka ptong la kuku..;) ada pemotong kuku harga Rm 0.70 sebijik..


nah..


Friday 25 January 2013

Sanah Helwah Ya Rasulullah Tercinta =')

Assalammualaikum semua=)

EMmm,,,agak lama c jiwa_senang x update blog kan..huhu..
Btw alhamdulillah..akhirnya hari ni terupdate juga blog ni ya..

Ok, kita proceed to the main topic k..
Hah,

Anda tahu hari ni hari apa kan??
TAk tahu o_0??

Hari Lahir Rasululluah kita larr....

ish..ish..ish..xkan xtau kot..cuti kot..xkan larr x amik tau sbb apa cuti hari ni..ish..ish..ish..
jika anda2 x tau..malu la anda pd adik2 sy dua buku ni..siap update dlm diary lagi..>,<


hehe..myb dbenak fikiran anda tercetus kata2 ini--->>"ish,teruknya lar c jiwa_senang ni..tahu birthday nabi hari ni sbb dalam kalender Malaysia tu public holiday jak!..ish..ish..ish.."

ok, x habis2 dgn ish..ish..ish..

actually tu gimik k.,,of cos lar tahu..sbb kita kena ambil tahu bufday org2 istimewa kita..if xtau..hurmm,,jan harap larr bufday anda dingt org..kahkahakah..(ok abai kan)

Firstly..nak kata...

hemm...

ya=D

....SANAH HELWA YA RASULULLAH....

..Allahumma solli wasallim wa barik a'la saidina Muhammad..

of cos la first2 nak wish baginda..dont jeles k,,dah terang benderang jelas lagi x perlu suluh..sbb screen tablet n laptop anda semua berlampu kan..tgk tajuk pun dah tahu..mesti la watak utamanya Rasulullah kita tercinta..

hah,,

yang second ni untuk anda=D

Tahu tak, rasulullah xharap pun kita nak wish2 bagai kat baginda..
Nak berarak utk baginda..nak makan2 jamuan utk baginda..and so on la..korg pun tau kan..

(ok kecewa)

Tapi,,,yang lebih baginda harap kan daripada kita adalah..meneruskan perjuangannya..menaikkan syiar islam..meneruskan dakwah dan tarbiyyah..mengikut sunnah nya..mencintai Allah dan mencintai dirinya lebih dari segalanya..

Hah, tu yang baginda ingin2 kan..kerana..

KITA BUKAN SELAMANYA KAT DUNIA.....
kerana BAGINDA SANGAT2 SAYANGKAN KITA.....
SANGAT CARE DENGAN KITA.....

Firman Allah yang bermaksud;

"Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami,(dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyanyang terhadap orang-orang beriman." (At-Taubah : 128)


jap, sblm anda nak protes n marah2 saya.."apahal x blh sambut birthday rasulullah??".."apasal x perlu berarak bagai"..

hehe..sblm anda nak marah..sabar dulu k..saya x kata x blh..tp saya just nak kata..kita ni..selalu lebih mementingkan sesuatu yang kurang penting berbanding benda yang lebih penting!..hah jelas ka ayat tu??ka terbelit2??

ok, sy tak cakap kosong tahu..

sbb ni la hakikatnya org kita skarang..menyambut maulidur rasul, sbb kawan ajak, sbb saudara mara ajak, sbb jiran tetangga..x da langsung nak menghayati makna sebenar mengapa nak menyambut..hemm..mcm kita org sndiri juga la kan..sebab apa nak sambut bufday??mesti la sbb tu hari yg special buat kita kan..hari nak mengenang berapa tua dah umur aku kan..berapa angka dah umur aku kan..berpa banyak amal dah aku laku kan..hah..yang pasti nya..bufday tu benda yg utk kita nak kenang mengenang perkara yang kita dah lakukan sepanjang kita hidup sehingga la hari ulangan tarikh kita dilahirkan..

jadi,,mcm tu juga la..jadi nya klu kita nak smbut maulidur Rasul tu...sebaik2 n seboleh2 dan seperlu2 serta seharus2 nya..bukan setakat kita nak menyambut nya suka2..tapi biar lah kita menyambut nya dengan penuh penghayatan..biarlah kita menyambutnya bagi melahirkan lagi rasa cinta kita yang menyeluruh kepada baginda kepada pengorbanannya kepada perjuangannya..melalui perbuatan kita dan amalan kita..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: 

"Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. " (Surah at-Taubah ayat 33)

Hurmm,, Maulidur Rasul ini mana la ada time zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, sbb time tu mereka menyayangi Rasulullah S.A.W malahan sentiasa mengamalkan sunah baginda S.A.W. But then,zaman kita kini ? Tujuan kita mengadakan sambutan Maulidur Rasul adalah ingin mewujudkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Tapi, zaman kini sebaliknya melihatkan kepada kita ada orang yang mengaku ummat Rasulullah S.A.W akan tetapi x pun mengetahui sirah x pun berusaha mengetahuinya padahal maklumat sekarang dhujung jari, kedai buku on9 pun apatah lg..betabur2 berhamburan sana sini..and then tidak juga mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. Zaman kini juga melihatkan manusia tu semakin ramai manusia melakukan maksiat malahan berbangga dengan kemaksiatan. 

Sabda Baginda SAW bermaksud:

“Ketika dunia berada hampir di penghujungnya, kamu dapati maksiat dilakukan secara terang terangan. Zina dilakukan dengan sewenang-wenangnya persis seperti perilaku haiwan. Yang tinggal hanyalah manusia yang keji dan buruk perangainya. Ketika itulah berlakunya kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim) 

Sayang bukan, pabila sambutan Maulidur Rasul yang disambut secara besar-besaran tetapi langsung x mengetuk pintu hati kecil kita untuk lebih mencintai Rasulullah S.A.W. apatah lagi sunnah Rasulullah S.A.W..semakin dilupai='(.


Tgk jak tym malam atau hari Jumaat, ada dak kita mengamalkan amalan Nabi SAW?? membaca surah al-Kahfi, pagi-pagi yang kita lalui ada dak nak solat sunat Duha??, zikir dan istighfar??hurmm dgr lagu siti wan kembang adalah kan,,dgr lagu amy cari ada lah kan..


hah..ni yang nak mention ni..


Sunnah yang paling besar malah ianya adalah tuntutan Allah S.W.T iaitu meninggikan Kalimah Tauhid serta dan tugas amar makruf nahi mungkar ada dak kita laksanakan????

saya bukan lah siapa2 nak menerjah nak menggugat nak memarah2 kalian..kerana saya juga manusia biasa yang sering lupa n wat salah..cuma yang lain nya saya c jiwa_senang la hehehe..tukar topik jap....Oleh itu, saya berharap semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, kita berazam dan bermuhasabah diri sejauh mana kasihnya kita kepada Rasulullah S.A.W. Sebanyak mana sunah Rasulullah yang telah kita amalkan serta sedalam mana sirah Rasulullah S.A.W yang telah kita kuasai dan dalami.

Rasulullah S.A.W berpesan agar umatnya sentiasa martabatkan Kalimah Tauhid.

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya :

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunahku.” (Hadis Riwayat Abu Daud).


*Oleh itu,,sangat la x patot kita melupakan dan x mencintai baginda..kerana..baginda hadapi banyak mehnah tribulasi cabaran dugaan dan macam2 lagi,,demi ummah..ya demi ummah..iaitu KITA!..kita patut bersyukur..kerana atas usaha dakwah baginda lah islam akhirnya sampai kepada kita..usaha2 baginda dan para sahabat yang terus menerus berjihad menyampaikan risalah, tanpa nak berputus asa..KITA??just duduk senang lenang bawah pokok depan tv cuba nak mendiet kan diri or nak gain weight dan melarikan diri daripada tanggungjawab yang sepatutnya kita pegang dan kita buat..

huhu,,agak rushing ya menyelesai kan entry ini..hehehe..









Sunday 6 January 2013

Kecewa??Kenapa ini takdir ku??

Often what makes us fall into despair is focusing on the wrong things. For example, if we’ve sinned, we focus on the sin, rather than the Most Merciful. If we’re broken, we focus on the break instead of Al Jabbar, the One who mends. If we are in pain, we focus on the pain itself, instead of on the One who removes all pain. If we are wounded, we focus on the wound instead of on the One who heals all wounds.If we’re scared, we focus on the fear, instead of the Protector. And if we’re facing a problem, we see the problem, but not the One who can solve it. We see the lion, but not the lion tamer. We see the imperfections of dunya, but not the perfection of Allah. We see the immediate, but not the Tomorrow, the tree, but not the fruit, the thorn, but not the rose. All our pain, all our despair, all our hopelessness, stems from looking at the creation, instead of the 

Creator.
-Yasmin Mogahed
—————–

Cikgu Azmi namanya.
Tidak terlalu tinggi dan tidak pula rendah. Putih kekuningan. Tali leher merah, kegemaran. Sentiasa bergaya, waktu itu dengan Perodua Kancil merah. BJY 7186, ah nombor daftar itu masih segar dalam ingatan Jai.
Guru Kimianya, guru kesayangannya, satu-satunya guru yang Jai tidak kekok untuk bawa berbincang, walaupun hal-hal peribadi.

——————-

Kelas Kimia dengan Cikgu Azmi bermula. Latihan Matematik tadi pun gagal disiapakan. Pening. Kali ini, biul kepala Jai. Reaction of benzene. Ah banyaknya kena hafal. Catalyst dan condition. Products dan reactants. Ah.
Satu pun tak masuk. Serabut.
Tapi mujur dengan Cikgu Azmi. Petang petang Cikgu Azmi jemput mana-mana pelajar ke rumahnya untuk sesi diskusi. Jai tak lepaskan peluang. Kadang-kadang Jai balik dengan Cikgu Azmi.

“Jai, nanti besar kamu nak jadi apa”

Cikgu Azmi mulakan bicara. Button volume radio diputar ke kiri. Bingit lagu Anuar Zain yang kedengaran dari corong radio mulai suram.

“Entah la cikgu, belum fikir lagi”

sekilas mata Jai memandang Cikgu Azmi. Cikgu Azmi pula sekali sekala membalas pandangan pada Jai sambil fokus di jalan raya.

“Cikgu pula? Kenapa Guru?”

Jai sambung perbualan. Sambil tangannya memeluk erat beg sekolah.

“Cikgu tak pernah bercita-cita nak jadi seorang pendidik pun sebenarnya”

“Habis tu..”

“Entah. Rasanya dulu cikgu nak jadi Pegawai Perubatan”

cikgu Azmi menyambung cerita. Sekali sekala tersenyum. Jai fokus. Kali ini samar-samar kedengaran suara Imran Ajmai pula.

“Macam mana sekarang jadi camni?”

Cikgu Azmi diam sahaja. Jai pun. Dua dua diam.

Berfikir.

Orang kata dalam hidup ini, apa yang berlaku kat kita itu lah yang terbaik. Beriman dengan ketetapan, baik ketetapan yang baik mahupun ketetapan yang buruk. Bila kita buat dosa sekalipun, kadang-kadang dosa itulah yang menyentak kita untuk lebih dekat kepadaNya.

Allah itu sebaik-baik perancang.

Dia mungkin tak bagi apa yang kita minta, sebab dia tahu apa yang kita minta itu bukan yang terbaik untuk diri kita. Disebabkan Dia lebih mengetahui, Dia tunjuk hikmah, perkenankan yang terbaik. Siapa sangka bekas banduan boleh jadi Presiden sebuah Negara. Siapa sangka seorang guru tadika boleh menggegarkan dunia. Siapa sangka ahli halaqah-halaqah kecil mampu tewaskan musuh di medan perang. Siapa sangka…

..Perhaps you love a thing and it’s not good for you and perhaps you hate a thing and it’s good for you. Allah knows while you know not..
(2:216)

“Tadi macam mana?”

cikgu Azmi tukar topic. button penyaman udara ditekan. Off. Tingkap sisi dibuka separuh. Kencang, angin bertiup bertiup. Rambut Cikgu Azmi bertiup sama, berterbangan. Nampak muda.

“Macam mana? Macam mana apa ye cikgu?”

Jai blur. Nak tergelak pun ada tengok rambut Cikgu Azmi ke kiri dan ke kanan.

“Chemistry, benzene, phenol segala bagai. Tadi cikgu tengok Jai macam jauh mengembara”

dua-dua ketawa. Tawa mereka meresap bersama udara petang. Jai diam pula. Buntu. Kecewa pun ada. Jai pusing balik button volume ke kanan. Nyanyian Bob Marley di udara. Sekali sekala dia turut nyanyi bersama. Cikgu Azmi sekadar memerhati. Senyum melihat gelagat anak muridnya itu.

“Suka?”

“Best! Cikgu pun layan Bob Marley”

“Once upon a time”

“Cikgu..”

“Ye..”

“Cikgu pernah rasa menyesal”

“Kenapa?”

“Yela, menyesal jadi cikgu, tak dapat jadi Pegawai Perubatan”

“Cikgu menyesal kalau tak dapat cikgu”

“Eh kenapa macam tu?”

“Sebab… mungkin cikgu tak dapat kenal kamu”


And when My servants ask you, [O Muhammad], concerning Me – indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me [by obedience] and believe in Me that they may be [rightly] guided.”
(2:186)

————————-

“And they should try to respond to me too and believe in Me”. The world “believe in Me” isn’t just there for no reason. The caller has made a call to Allah. He has already believed in Him. Otherwise he wouldn’t make the prayer in the first place.

But what is Allah trying to tell us? If you don’t get what you asked for, don’t shatter your faith. Believe in Me. I have better things for you. Doesn’t mean I don’t respond to you. So chin up. Take that worry of your face. I have better plans for you.Indeed, Allah has the sweetest way to console our hearts and soul. And give us hope to never give up on our lives.

---------–—-•

:: ok,ni of cos buka hasil aku..ni aku copy bulat2 daripada

blog Dakwat.Org..

X edit pun,adjust sikit2 jak..besar kecik besar kecik tulisan..dan aku sangatlah terasa benda ni..so sangat2 bermanfaat buat aku dan of cos orang2 dluar sana..so,dgn rasa bahagia nya aku pun tampal disini..

:: selamat membaca..(org dah habis baca br nak selamat membaca la kan..)