Friday 27 January 2023

Jika kamu bekerja hanya Setakat Kerja, Kera di Hutan juga Bekerja


Orang kata, besar periuk besar juga keraknya



Walaupun kerja kau hari-hari kena buka laptop, hari-hari kena training orang, hari-hari kena ulang ingatkan orang, sampai kau pun tidak faham kenapa mesti kena ulang-ulang walaupun sop sudah ada. Siapa suruh perform sangat. Kan dah jadi orang kuat.


Kau kena tahu, itulah kerja kau. Orang kuat ja buat benda tuðŸĪĢ

Tiada kerja yang tidak penat. Semua kerja pun penat. 

Setiap kerja ada sisi cerahnya. Tapi pasti ada sisi suramnya juga. Sudah namanya kerja. Haruslah bekerja. Yang menjadikannya lain niat dan cara kau bekerja. 

Jadi kalau kau nak cari kerja, cari la kerja yang selain menguntungkan dunia kau, untungkan juga akhirat kau. Bukan takat kerja yang kau enjoy. 

Sbb tipu la ada kerja yg enjoy memanjang. Sebelum enjoy mesti kau lalui susahnya dulu. Mcm langit, tak selalunya cerah. ðŸŒĶ️

Jadi kau penat-penat pun, esok-esok kau mati. Kehidupan abadi kau tidak menyesal.