Sunday, 9 June 2013

Exchange

Bismillah hirahman nirohim..

assalammulaikum peeps..

nak tanya, antunna pernah tak rasa ditukar usrah??

emmm..pahit tau rasanya=(..lebih-lebih lagi jika kita mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan usrah mate kita tu..kadang-kadang kalau antunna tak faham, bisa timbul rasa memberontak dalam jiwa..

Rasa Berat Melepaskan

ketahuilah antunna..jika antum suatu hari nanti mengalami perubahan usrah, ketahuilah bahawa..bukan mudah bagi seorang murobbi nak berpisah dengan anak usrahnya, maka bukan mudah membuat keputusan memindahkan mutarobbi..dan bukan saja-saja perubahan itu di lakukan..percayalah, tiada unsur nak memecah belahkan apatah lagi nak membeza-bezakan antunna..Dan ketahuilah..bukan kerana ana tak sayang antunna, ana memindakan antum ke group yang lain..ketahui lah, keputusan ini bukan keputusan yang mudah. rasa berat untuk melepaskan antunna masih tersisa rasanya..

Tetapi, in sha Allah..ini lah yang terbaik..



setiap benda ada dinamisnya sendiri. Perlukan perubahan. Kalau ana biarkan antum dok lama je dalam 1 usrah, tak akan berkembang.


Sebab tu Nabi berhijrah. Nakkan perubahan. Kalau dalam sekolah/universiti pon kita kena tukar kelas sebab nak dapat ilmu/pelajaran/pengalaman yang berbeza, inikan pula tarbiyah dak..? Universiti tarbiyah katanya.