Tuesday, 23 April 2013

Selamat Tinggal En. J ;D

urm,,Siapa tu En J akak??=O 

En J??..urm...kalau korang nak tahu siapa dia tu,datang la daurah nanti;)..hehe jawab jiwa_senang kepada anak-anak usarahnya..

hehe...

En. J stand for En./Pn. Jahiliyyah..

Antara objektif utama yang difokuskan dalam daurah kali ini adalah untuk mengenali jahiliyyah di sekeliling kita sebagai student dan dalam diri kita dan juga mengetahui kaedah membuang atau menghindari jahiliyyah serta memahami keburukan jahiliyyah.

Kita mendapati, antara masalah besar yang sering dihadapi oleh sang daie adalah bagaimana untuk meninggalkan jahiliyyah ini. Kita tidak mungkin mampu bertahan di atas jalan DnT ini disamping menyimpan jahiliyyah sebagai bekalan. 

"alah, tak kan x boleh..jadi daie, tekanan kot..relek2 kejap boleh la kot..bukan aku selalu tengok cerita ni, kalau dulu iya lah!"

"Ish, kau ni, macam dulu tak pernah buat..layan kejap jak mamat ni, nak tanya kabar, tak kan tak boleh kot, bukannya kmi berhubungan"

"urm..malam tadi usrah lambat habis lah, pagi ni nak qada dulu boleh?" 

Dush!!

"Apabila kita memilih ketaqwaan,maka kita akan meninggalkan jahiliyyah” 

Jika kita yang mengatakan sebaliknya, ternyata kita salah. 

Kerana jahiliyyah akan merosakkan amal dakwah kita.

Macam mana kak?=O

Ha..datang daurah sabtu ni ye dik ;), nanti akak terangkan

Hehe..

Ha, antara objektif utama yang difokuskan dalam daurah kali ini adalah untuk mengenali jahiliyyah di sekeliling kita sebagai seorang student dan dalam diri kita dan juga mengetahui kaedah membuang atau menghindari jahiliyyah serta memahami keburukan jahiliyyah.

Dalam daurah ini akak akan beri talk yang more to two way communication di mana setiap kali masuk point baru akak akan beri peluang kepada para peserta bincang dalam kumpulan untuk membincangkan seterusnya membentang beberapa persoalan dalam point tersebut. Antaranya, para peserta perlu membentangkan beberapa jahiliyyah dalam diri dan bagaimana hendak menghapuskan jahiliyyah tersebut serta jahiliyyah yang ada dalam kampus dan bagaimana mahu hapuskan jahiliyyah yang ada dalam masyarakat kampus.


Islah nafsak wad'u ghairok

"Perbaikilah diri kamu,dan serulah orang lain."-Musthafa Masyhoor-

Mereka sering mempersoal..

"kak, macam mana ya, kita nak bawa orang tapi, kita pun rasa diri kita tak cukup ilmu, tak cukup baik lagi, xda confident la kak.."

"saya nak perbaiki diri lah dulu, nanti dah rasa ok, baru lah saya ajak rommate saya tu p usrah"

"ala..macam extreme sangat ni, baru je aku join bulatan happy ni, tak kan terus2 aku nak buang tabiat lama aku tu, nanti pelik kawan-kawan aku..kang ada yang lari tak mau kawan.."

Dan persoalan-persoalan ini akan akak jawab dalam daurah ini nanti..

Seterusnya..jadilah individu muslim yang bebas dari cengkaman jahiliyyah kerana sekali lagi saya tegaskan jahiliyyah itu akan merosakkan amal dakwah kita. Mari lah kita berharap semoga kita menjadi individu muslim yang terbaik dalam mencapai ustaziatul alam.

Apa benda ustaziatul alam tu kak?

hehe..sekali lagi..datang daurah. Nanti akak bagtahu;)..hehe..(annoyying ah akak ni..)--->memang pun..hehe

"Sesungguhnya akan terungkai ikatan Islam dari manusia seikat demi seikat apabila lahir di kalangan masyarakat Islam orang yang tidak memahami erti jahiliyyah" (Saidina Umar).

SO, nampak tak dik? penting kan kita kena kenal jahiliyyah ni..dalam kita menyangka kekuatan islam kita itu sudah kuat kerana dari bilangannya..tetapi, kerana jahiliyyah ini kita tidak fahami dansedari kewujudannya..runtuh sedikit demi sedikit bangunan yang tadi di sangka kukuh..

SO, Datang lah Daurah semoga mendapat pencerahan yang lebih mengenai ia=)

Jap, apa tu daurah kak?
Dush!!Adoi..maaf dik lupa pula akak bgtau..daurah tu, program ^_^

Semoga Allah redha dan semoga dipermudahkan Allah..