Ok..urm..hari ni jiwa_senang ni nak share..tentang..salah satu akhlak Nabi Muhammad SAW..
Bah, JOM=D..tunggu apa lagi..mari kita menanam sifat Tawadhu' ini..semoga kita berada dalam redha Allah..
emm..Cuba teka akhlah apa...
akhlak ni bermula dengan huruf TA..
akhlak ni bermula dengan huruf TA..
ok..masing-masing dengan riak muka berfikir masing..semata-mata mau cari jawapan..
![]() |
urm...Taat?? X |
![]() |
eemmmm..emmm?? =.= |
![]() |
ha..Takut??Taat?? X |
![]() |
emm..ar..tunggu jak la.. |
![]() |
x pasti..dah ngantuk ni.. |
![]() |
apa ar... |
![]() |
mau makan apa ya??? ok kuar tajuk.. |
![]() |
Tawadhu’? |
BINGO=D..betul full mark..
hehe..
(saja jak mau panjang2 kan letak pic banyak2..hehe)
Aiwah..Tawadhu'..apa maksud tawadhu'??
Rendah hati @ Rendah diri
Pengertian merendah diri ni bukanlah satu perasaan merendah diri yang nak jadikan kita hina dan terpinggir dalam masyarakat sekeliling. Tawadhu' ni sebenarnya amik jalan tengah iaitu sederhana di antara dua perkara yang membinasakan. Iaitu antara melebih-lebihkan diri sendiri sehingga wujud satu perasaan riak dalam individu itu dan merasa rendah diri yang membawa kesan ke arah kekurangan atau kehinaan. Tawadhu’ juga boleh didifinasikan meletakkan sesuatu pada tempat yang selayaknya dan memberikan sebarang hak kepada individu lan yang sememangnya berhak menerimanya.
Apabila Fudhail bin ‘Iyadh, seorang ulama’ terkemuka ditanya tentang tawadhu’, maka beliau menjawab:
“Ketundukan kepada kebenaran dan memasrahkan diri kepadanya serta menerimanya dari siapapun yang mengucapkannya.” (Madarijus Salikin 2/329)
Maknanya, ada dua ciri kita boleh lihat berkaitan sifat tawadhu' ini, iaitu ;
- Menerima kebenaran daripada sesiapa sahaja tanpa mengira darjat even kebenaran itu daripada musuh sendiri
contohnya: Seorang pemimpin boleh menerima cadangan rakyatnya, seorang lelaki menerima teguran
seorang rakannya walaupun rakannya itu adalah saingannya ataupun tidak rapat dengannya, seorang
boss menerima pandangan anak buahnya, seorang guru menerima teguran anak muridnya jika ternyata
dia silap
2. Mampu untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja
contohnya: Ketua negara boleh bergaul baik dengan sesiapa sahaja termasuk lah orang awam, boleh
bergaul dengan siapa pun walaupun dirinya lebih mulia lebih berkedudukan daripada orang yang
digaulinya, beramah mesra walaupun tidak pernah berjumpa atau pun tiada hubungan persaudaraan
Allah berfirman,
“Janganlah kalian memuji diri kalian. Dia lah yang paling tahu tentang orang yang bertaqwa.” (An Najm: 32)
Ayat ini merupakan peringatan dan penegahan Allah kepada kita daripada membuka pintu-pintu or benih-benih kepada lawan sifat tawadhu'.Iaitu,
Takabbur @ SOMBONG
Rasulullah telah mendefinisikan sombong dengan sabdanya:
الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَ غَمْطُ النَّاسِ
alkibru bathoru alhaq wa ghamtho annas
“Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (HR. Muslim no. 91 dari hadits Abdullah bin Mas’ud )
Hati-hati jaga-jaga..kadang-kadang kita tak sedar kita ni telah berlaku sombong..lebih-lebih lagi bila kita ni di beri Allah kedudukan lebih tinggi ataupun mempunyai kelebihan yang lebih daripada orang lain..even murobbi sendiri pun boleh terkena penyakit ini..jadi, adalah sangat perlu kita bermuhasabah setiap masa..
Contohilah Rasulullah..even baginda seorang ketua negara, seorang nabi, seorang yang berasal dari kerabat pembesar Mekah baginda masih bersifat tawadhu' kepada sesiapa..
sebagai contoh,
Diriwayatkan dari Abu Umamah, bahwasanya Rasulullah SAW keluar kepada kami memakai tongkat, maka kami berdiri (menghormati/menyambut) untuknya. Maka Rasulullah SAW berkata: "Jangan kamu berdiri sebagaimana orang-orang ‘Ajam berdiri, membesarkan (menghormati satu dengan yang lainnya). Sesungguhnya aku adalah seorang hamba yang makan sebagaimana hamba sahaya makan, dan aku duduk sebagaimana hamba sahaya duduk.”
Diriwayatkan dari Aisyah, Imam Hasan dan Abi Sa'id serta lainnya, bahwasanya Rasulullah SAW di rumahnya melaksanakan pekerjaan keluarganya, membersihkan, melipat bajunya, memerah kambingnya, menyapu rumahnya, menjahit sandalnya apabila ada kerusakan, menyiapkan makanan dan minuman untuk hewannya, makan bersama pembantunya, membuat makanan bersamanya dan membawa barang belanjaannya dari pasar.
Selain itu, jika Rasulullah bertemu sahabatnya, baginda akan memberi salam dan bersalam..
Jika di dalam majlis ilmu, baginda akan duduk dan dengar sehingga majlis tersebut selesai
Pernah datang seorang laki-laki kepadanya, gementar setelah melihatnya disebabkan haibah Rasulullah SAW, berkata Rasulullah SAW kepadanya : " Tenanglah wahai saudaraku, sesungguhnya aku bukan malaikat, akan tetapi seorang laki-laki yang dilahirkan dari perempuan Quraisy yang makan makanan ".
Tidak rugi pon kalau kita bersikap tawadhu' malah darjat kita diangkat Allah :D
Di dalam sebuah hadis,
" Allah SWT tiada menambahkan kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafannya melainkan kemuliaan. Dan tidak ada seorangpun yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya" (HR Muslim dari Abu Hurairah) .
Hadis ini menceritakan bahawa orang yang mempunyai jiwa pemaaf akan dimuliakan oleh Allah dan seseorang yang bersikap tawadhu’ maka Allah akan menganugerahkannya kehormatan dan maruah diri yang luhur.
Antara perilaku orang yang memiliki sifat tawadhu' ialah:
- Mudah menerima pandangan orang lain biarpun dia juga ada pandangannya sendiri
- Dia tidak mempunyai apa-apa masalah dalam menerima pandangan orang yang lebih muda daripadanya ataupun orang yang lebih rendah pangkat daripadanya.
- Sabar dalam perbincangan, tidak mudah marah atau emosional, lebih menjaga suasana harmoni dalam perbincangan tersebut daripada bertegang leher dengan rakan-rakannya.
- Tidak memilih-milih kawan, boleh bergaul dengan semua orang, tidak kira samada orang bawahan atau orang atasan, kaya atau miskin, sihat atau sakit. Malah, boleh duduk bermesra dalam satu majlis dengan orang yang pernah mengkritiknya.
- Saling hormat menghormati, sekiranya berjawatan, ia menghormati orang bawahannya. sekiranya kaya, ia sangat memuliakan orang yang fakir dan miskin.
- Tidak timbul baginya yang dia miliki kelas tersendiri.
- Dalam pergaulan, lebih suka menjadi pendengar dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja, tidak sewenang-wenangnya akan memotong percakapan orang sebaliknya memberi peluang orang itu menghabiskan percakapannya.
- Dalam majlis, jika ada sesuatu kebenaran yang hendak diperkatakan, suka kebenaran itu keluar daripada mulut orang lain. Lebih-lebih lagi, jika ada orang yang lebih berpengalaman atau berilmu daripadanya dalam majlis itu.
- Kalau diminta memberi pendapat dan pendapatnya diterima orang, tidak mendabik dada sebaliknya bersyukur kepada Tuhan. Jika pendapatnya ditolak, lapang dada dan tidak berkecil hati.
- Mudah memberi maaf kepada orang yang tersilap dengannya. Dia tidak mudah memarahi atau menghina orang tersebut.
- Segera meminta maaf jika berlaku kesilapan daripadanya sekalipun kepada orang yang lebih rendah daripadanya dari segi jawatan atau umur.
- Tidak minta dihormati atau dimuliakan atas kedudukannya. Jauh sekali berkecil hati jika tidak dihormati atau dimuliakan. Namun dia menerima dengan baik orang-orang yang mahu menghormati dan memuliakannya.
- Tidak meninggi diri dengan menceritakan kelebihan yang ada pada dirinya. Sebaliknya dia lebih suka menceritakan kebaikan orang lain sebagai teladan.
Siapapun kita, seorang guru ka, pelajar ka, majikan ka, anak buah ka, kakak ka adik ka, murobbi ka mutarrobi ka..Sifat tawadhu' ni perlu ada pada setiap kita..Jangan sekali memandang rendah orang lain kerana kisah lalunya maupun kerana kekurangan even kesilapan di lakukannya..kerana semua kita adalah sama yang membezakan hanyalah pakaian taqwa;)..
Urm..banyak benda tak settle lg..huhu..jom muhasabah diri dan berusaha memperbaiki diri..
Urm..banyak benda tak settle lg..huhu..jom muhasabah diri dan berusaha memperbaiki diri..
Bah, JOM=D..tunggu apa lagi..mari kita menanam sifat Tawadhu' ini..semoga kita berada dalam redha Allah..