Tuesday, 25 December 2012

Syahadatul Haq yg masih belum ku penuhi..

orang terfikir dan berfikir...

Apa itu Syahadatul Haq^0^?

Kamu pernah dengarkah org sebut2 tentang Syahadatul Haq ni?or nama ringkasnya, SH..

Rasanya ramai jak yg dah dengar tentang kalimah ini kan cuma x tau or x prasan kot..

Kalimah tu ialah :



                                           
 

Maksudnya : "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah."

Dari segi bahasa ;

Syahadah- penyaksian
Al-Haq - kebenaran

So, Syahadatul Haq(SH) = "Penyaksian Terhadap Kebenaran"

SH bermaksud pengakuan sebenar bahawa

            TIADA Tuhan yang layak DISEMBAH selain ALLAH dan MUHAMMAD adalah

UTUSAN Allah. Seruan ini dikemukakan oleh Sayyid Abu al-A’la al-Maududi seorang ‘alim,

malah seorang pemikir Islam kontemporari yang terulung serta pengasas al-Jama’ah al-

Islamiyyah di Benua India. Seruan ini menjelaskan kepada masyarakat tentang dakwah 

islamiyyah. “Syahadah Al-Haq” BUKAN sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya,

kitabNya, rasulNya dan hari akhirat, MALAH tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat

mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah ini HANYA terlaksana apabila orang-

orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal

soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Ringkasnya, kita PERLU melaksankan

tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran dalam masa yang sama kena juga jlnkan rukun2

iman tu..

Walaupun kita telah menunaikan semua kewajipan fardu, kita masih belum dikira sebagai

melaksanakan dan membuat penyaksian terhadap kebenaran syahadah kita, selagi mana kita tidak 

MENYAMPAIKAN penyaksian kebenaran kita kepada umat manusia, yakni menyampaikan risalah

Islam, atau dalam erti kata yang lain, MELAKSANAKAN DAKWAH dan menjadi Da'ie !

Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai tuhan dan Islam sebagai agama kemudian 

kita lafazkan syahadah yang sebenar (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah 


Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab 


yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja kita melafazkan syahadah ini.


Tanggungjawab ini ialah kita melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala hak Syahadah Al-

Haq (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah

Utusan Allah) yang kita imani dan kita akui sebagai agama kita.

Hak syahadah ini perlu dilaksanakan dengan cara kita menyampaikan kalimah hak ini ke seluruh

bangsa manusia, melalui amalan soleh yang kita lakukan, melalui akhlak terpuji yang kita miliki

serta melalui pemerintahan kita yang adil dan betul supaya pada hari di mana segala saksi 

bangkit menyatakan penyaksian mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan 


mereka tidak dapat menafikan bahawa dakwah para nabi dan kalimah hak ini telah sampai ke 


gegendang telinga mereka
. Allah Taala berfirman:

                           وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا‌ۗ

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad)satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang membenarkan kebenaran perbuatan kamu.(Al-Baqarah:143)

Kalimah ummatan wasato atau umat pertengahan MERUJUK kepada tugas kita untuk 

menyampaikan dakwah ke seluruh manusia. Rasul menjadi saksi di atas segala perbuatan kita.

Kita sebagai umat pertengahan PERLU menyambung tugas dakwah Rasulullah dan kita menjadi

saksi di atas segala perbuatan manusia lain.

SO,skrg NAMPAKKAN..

betapa Besarnya tanggungjawab kita?

yang baru tahu,,dun worri,,mai mula dari sekarang ni..jangan tanggu2 lgi..nanti malaikat maut

datang, ha, kan rugi..

dan yang memang dah tahu tu..

Anda dah mula melaksanakannya?^^

Kita TIDAK boleh berpeluk tubuh dan berdiam diri sahaja tanpa memikirkan dan melaksanakan

tanggungjawab yang penting ini.

Sebab...jika kita menolak atau menyembunyikan syahadah ini?

Allah SWT berfirman :

                                                   وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَـٰدَةً عِندَهُ ۥ مِنَ ٱللَّهِ‌ۗ

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? (AlBaqarah (2:140)

Lihatlah kaum Yahudi yang telah dianugerahkan takhta syahadah ini sebelum kita. Malangnya ada

kala mereka menyembunyikan syahadah ini dan ada kalanya mereka mengakui kebenaran syahadah

ini, menurut kemahuan mereka yang berniat jahat. Malahan mereka tenggelam dalam kezaliman.

Akhirnya segala amalan dan syahadah mereka digunakan bagi menegakkan kepalsuan dan

menidakkan kebenaran. Justeru itu mereka layak menerima laknat selama-lamanya. Oleh itu

mereka ditimpa kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka menerima kemurkaan 

Allah sebagaimana dinyatakan sendiri oleh wahyu Allah.

Mereka adalah golongan yang engkar kepada untuk memikul beban dakwah ini 

tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran.


OK,masih x nampak lg??Ok,,cam ni..bg analogy la ya..

Suatu hari, c Paulina menyaksikan satu kemalagan jalan raya di antara seorang perempuan dengan

sebuah kereta. pemandu kereta itu melarikan diri. Di sini c Paulina merupakan saksi di atas kejadian

tersebut. apakah akan berlaku kepada perempuan itu sekiranya c Paulina menyembunyikan

kebenaran?Adakah nasib perempuan itu akan terbela?? of course NOT kan...

Begitu juga dengan kita, sekiranya kita terus menyembunyikan kebenaran ini, manusia lain akan

sentiasa berada di dalam kesesatan dan kerugian..

Maksud syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan

Muhammad Adalah Utusan Allah) yang diletakkan ke bahu kita selepas ketiadaan Nabi Muhammad

s.a.w. ini ialah kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan kita

bimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah

kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kita tunjukkan kepada mereka pendekatan sebenar yang telah

ditunjukkan oleh Allah, kita tunjukkan segala petunjuk dan arah tujunya yang merupakan satu-

satunya pendekatan yang betul dan diredai oleh Allah. Satu-satunya pendekatan yang akan

membawa kebahagiaan kepada seluruh manusia.

SO, siapa2 yang dah berada dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah ni..jangan gusar dan jangan

bimbang..kerja mmg besar..tapi kita tempuh bersama..kerana kita akan bergerak beramai2..dan

akan saling menguatkan=)..n kepada hadeq bulatan gumbira ku, ingtlah kita bukan nak baik

sendiri2..mai la dr skrg kita pasang niat nak meningkat menjadi MUROBBI bukan selebreti ;D..kita

semua mempunyai potensi diri yang tersendiri..

Sumber: Syahadah Al-Haq-Penyaksian Terhadap Kebenaran (Sheikh Abul Al-A'la Al-
Maududi)