Tuesday, 27 November 2012

indahnya..

orang berfikir dan terfikir

apa benteng aku hendak berubah arr??apa masalah aku??kenapa susah sangat nak berubah??kenapa mesti malu??kenapa mesti rendah diri rasa x layak masuk bulatan gembira??kenapa mesti nak tengok kata n pandangan org??sejauh mana aku letakkan pandangan Allah dlm pemilihan ku terhadap sesuatu??aarrgghh!!!!bagus x payah berubah..banyak nak fikir la..

dan akhirnya...aku mati begitu saja..

haks..itu intro jak lah jo..hehe..tp itu la salah satu gejala aku dolu dolu..

tp alhamdulillah..sebelum aku mati..insyaallah,alhamdulillah aku dpertemuakan dgn mereka yang 'gembira lagi bahagia mengejar redha-Nya'...

kisah aku mungkin agak berbeza dgn org2 diluar sana..tp apa salahnya kita kongsi kan sesuatu pengalaman baik bersama..

alhamdulillah sekali lagi..aku dlahirkan dalam kalangan keluarga yang biasa n faham ttg usrah tarbiyah n sebagainya..

aikk,,jan buat assumption lebih2 dulu k...

walaupun aku dilahirkan agak bai'ah solehah jugak..aku bukan la sorg yg benar2 faham tntang islam itu sendiri..selama 18 tahun aku mencari identiti diri..

awalnya..aku dpaksa ok..ikut kem aulad la..selama umur kecil aku selama itu la aku join secara terpaksa..yalah..anak mak cik2 lain baik2 belaka..pandai2 belaka..ahh..rasa down saja dgn mereka ni..tp..ok itu adalah pemikiran x matang kanak2.

aku salah sorg penuntut setia SK Rendah;dr tahun 1-tahun 6...kawan2 aku pun terdiri daripada berjenis2..so bole kata la..drumah myb bai'ah solehah..dsekolah bai'ah??

tp,,aku tetap pelajari sesuatu yg berguna dalam hidupku dan insyaallah utk akhiratku dari pada mereka..

peringkat seterusnya..aku juga penuntut setia SMKAAGama..dari form 1- hingga form 5...alhamdulillah=D..selain kenangan indah banyak sungguh ku pelajari disini,,thanks to Allah give me the chance to study here..T_T..

emosi pula.

dalam tempoh itu juga..parents aku x lekang dari pada masukkan aku kumpulan2 gumbira..yg ada link2 bulatan gumbira mereka..start form 1 aku berusrah..myb murobbi aku tu ada terangkan kot pasal usrah ni..tp aku x focus lg...tp tym tu aku x pakai stand 'murobbi2' ni..x tahu pun pasal panggilan tu..walaupun sekolah agama..tym ni..aku angkut kwn2 bilik aku..yg aku rasa blh bw..tp tym ni..buka angkut sebb nak sama2 dpt kebaikan..tp sbb nak sama2 jalan..x tahu pun bawa org tu satu kebaikan..sepanjang ini juga la aku rasa terpaksa mengikut usrah..tp aku tahu baik nya usrah itu..cuma..ya lah..kejahiliahan menguasai diri..malas..rasa rendah diri x lancar mengaji..dan macam2 lagi rasa2 yg timbul hanya kerana nak lari dari usrah2 ni..

jd, sepanjang pengajian aku disitu,aku ada banyak murobbi...

1.us-tym fom1..x lama..sbb dia busy berpindah
1.us-tym fom3..x lama..sbb sama kes dgn kakak R
2.mdm kimia-tym fom4n5..agak lama..tp jrg usrah..kekangan masa..ni follow up la kiranya..tlg ganti ust tadi..sbb ust tu dah naik pangkat..masa agak limit la..

tapi,aku mulai terfikir..mesti ada sesuatu yg indah dsebalik semua ini..kalau tidak,masakkan parent aku mati2 nak aku masuk usrah bagai ni..ha ni perkembangan selepas alam 2ndry skul aku..

3.kakak R-lepas fom5..kakak ni pun agak lama juga la..tp sbb dr ik bertukar ke is tiba2..terpaksa ditukar lg usrah kmi..
4.kakak R-lepas fom 5..lepas fom 5  ni masa yg agak bahagia juga la..sbb masa penggangguran yang agak lama..kakak ni offically jd murobbi aku n kakak 3rd aku..lepas daurah(daurah -Bahaya lilitan syitan-rasanya tu kot tajuknya,hehe,,x ingt dah) kmi dberitahu oleh sorg mkcik ni..tym ni juga la aku baru tahu apa tu daurah..
-tym kat Pra-U..haha...ni kakak2 P..tym kat Pra-U aku ada berusrah juga..tp tym ni jelas aku pening..sbb kmi more focus dgn gerak kerja.. Usrah pula ala kadar jak..then,tym ni aku suka,kena surauh bw usrah,bersemangat juga..tp,xterarah,matlamat pun xda..aku ni pula bg bahan ikut suka aku
,.tp aku x salahkn mereka krana pasti ada hikmahnya..x sngka juga blh bw usrah,,haha,tym ni aku bw bahan yg murobbi aku bg dulu..hehe,,bila dah lama dah bg bahan tu,,br aku tahu dorg dah suh pakai buku lain juga..x tahu pun..>,< ..(aha,sbb x p meeting=p)
6.kakak E-tym kat Pra-U..actuallay tym kat Pra-U..aku ikut dua usrah..tu la sbb x pahamkan..sblm p Pra-U ,abah ada pesan..ikut jak yg KITA punya tu..then,tym dPra-U tu..aku ingt semua sama la KITA tu..mana aku rasa baik ,aku ikut sajalah..hheehe..then satu hari tu,seorg kwn salam n bgtau, kmu ... kan??ha,bapa kmu suruh cari kmu..kita sama usrah, dgn kakak E..satu dr Sibu,satu dari Bintulu dan ada beberapa org lg..waa..tiba2 aku ada perasaan happy disitu..lalu terus memeluknya..tah la sebab apa..tp aku rasa bahagia..then start situ,,aku ikut kakak ni jak dgn kwn aku tu..start dr sini aku br tahu pasal ISK=D..dan kakak ni juga s'Geng dgn murobbi aku dolu2 tu..satu hari tu kmi p daurah sama2 bermalam kat luar..tym tu la aku baru tahu siapa us.Salam..OSEM=)..tym tu juga aku br tahu ada sorg lacture aku juga sama2 dlm sistem ini..woow..rupanya selama ini mereka dsekeliling kuT_T..selama sem 1 aku buta,kakak A dtg dr jauh brsama konco2 utk wat pengisian..kakak E dtg dr Brunei bw coklat..aku tak dtg dek sibuk dgn meeting2..wow,osem nya mereka,,kerana tarbiya mereka org luar biasa dgn bermotosikal ke seberang Pulau..
7.kak J-tym ni pas abis Pra-U..kakak ni kwn kak A..tym ni pun best..pokoknya xda la bha yg x best..aku rasa sngt rapat dgn kakak ni..sblm,p merantau, ummi tahu2 saja..hehe,,then suh bw kak J makan kat umah mlm tu...huhu..dapat juga jumpa sblm jalan kan..
8.kak AM-tym fisrt2 masuk 'U Ni banyak MaS'..aku dfollowup oleh kakak ni..lepas program tajmik dorg..then bila dia tgk dr pelbagai sudut..aku dpindahkan dgn kakak Ai..
8.kak A-ha..tym ni dah mmg kat 'U Ni banyak MaS' .wow bertamabh osem kiranya bila berusrah dgn kakak ni..aku kini kian jelas apa itu usrah dan tarbiyah..tp dr start aku usrah dgn kak A aku tahu n pakai murobbi2..mutarrobi2..tahu apa sbnarnya usrah n tarbiyah..dn era kakak Ai ini juga aku mula memulakan langkah baru dalam hidup ku..the turning point..awal2 aku kongsi bw usrah..masih kelihatan mujahadah aku x besar tym tu..x kuat..tp lama2 kelamaan ia mula bercambah menunjukkan hasilnya insyaalah..aku mulai faham..selain usrah..melalui daurah2,qiam,jaulah,muqqayam,riadah dan sebagainya..aku kini seorg murobbi..dan dr sini..semakin banyak aku pelajari semakin banyak aku rasa benda yg aku x tahu..
9.kak Wf-lpas kakak A berpindah medan..kmi dfollowup oleh kakak ni...kakak ni pun best juga..makan jak selalu..
10.kakak M-lepas kakak Wf sambung study..kakak ni ganti kejap usrah kami..dr kakak ni aqu faham apa pengikat kepada Cinta=D
11.Kakak SM-ha..kakaka ni medan lain..tp blh jak..kakak ni pun nang osem..kata2 pedas yg bermakna yg trkena dhati para mutarobbi..T_T..

nampakkan..sebenarnya..klu kita nak berubah kearah yg baik tu..kita x perlu tunggu..sebaliknya,kita la yg harus melakukan dulu..berusaha..x kisah berapa lama masa yang kita ambil utk mengenal tarbiyah itu..tp disitu la kemanisan yang kita akan rasai dan itu la process nya sbnrnya..=')..jangan pernah berhenti mencari cinta dan redhaNya..kerana Dia x pernah berhenti menanti kita='(..

apa nak dikisah kata2 manusia..jika manusia itu x pernah pun merasai katanya sendiri..apa nak kisah pandangan manusia..sedangkan yang akan menyoal kita adalah Allah Yang Maha Esa..apa nak malu pada manusia..sednagkan Allah itu maha Mengetahui segala sesuatu..

jika kita hendak tunggu diri ini layak memasuki kebaikan itu..bila agaknya ya??tahu2 nyawa kita dicabut keesokan harinya..GlupT_T..menangis air mata darah pun x da makna nya lagi..

Oleh itu..jangan la kita sesekali lepas kan peluang jika kita dbawa ke arah kebaikan..jgn buat tanggapan awal sebelum melalui dan mencubanya..jgn memberikan komen n alasan utk menjauhinya jika masih baru melaluinya..



Monday, 26 November 2012

FlashMob@unimas

Flashmob Palestin..@unimas..ini kali kedua kiranya flashmob ini dlakukan disini..sebelum ini mereka show benda ni kat kampus timur..tahun ni kat detaR putra unimas..em,bgs jua la pendekatan ni..

Aku sangat sokong benda2 mcm ni..lebih2 lg yg berkaitan pembelaan saudara2 kita nun jauh disana:(..aku rasa semua org tahu kot pasal isu palestin ni.. Tapi..sebab kes ni x pernah selesai..semua mula lali..

X patot jd begitu...sebaliknya kita kena berkerjasama membantu mereka disana..salah satunya,,kita boikot barang israel..isu palestin bukan la isu yg mengikut musim..mcm musim durian n sewaktu dgn nya..tp isu palestin ni ada la isu yg kita mmg kena update selalu..

Kepada mereka2 diluar sana yg sedang menjamah selerah dgn mcD arau barang yg sewaktu dgnnya..sedarla,,sensitif la..jika anda berada dtempat mereka,,apakah perasaan anda pabila saudara2 anda yg mengaku anda saudaranya,,tp pada masa yg sama turut membantu dala menghancurkan andaT_T??

Walaupun anda rasa x kan mengubah apa2 kerana anda rasa anda sahaja yg menyokong kempen memboikot ini...TIDAK,,sesungguhnya TIDAK...walau pun anda sorg,anda tetap menyumbang..at least duit anda tidak tersalur kpd zionist..bayangkan jika anda mula memboikot dan anda membawa 2 org rakan anda turut memboikot..dan mereka juga membawa rakan merka yg lain dan setrus-terusnya..pasti ia membantu..tanpa kita sedari..oleh itu,,biarlah kita mula kan dahulu..ingat la,setiap amal perbuatan kita itu pasti diHISAB..bayangkan jika anda la penyebab rakan2 anda membeli barang boikot in???sama dengan menjadi pengkhianat kepada saudara sendiri..woow..banyak bukan penybang2 dosa2 anda..

Tp anda blh mengubah ya mengubah dari sekarang..iaitu bw rakan anda memboikot barang2 itu..selagi mana rakan2 anda turut mengikuti telunjukbaik anda ini..dan memebawa rakan merka menyertai..insyaallah..kebaikan2 pahala mereka anda juga mndapat sahamnya...

Aku x nak banyak la cete pasal tu,,sbb aku tahu..banyak saja org2 bloger2 yg selalu sentuh pasal itu..jadi terpulang anda nak buat tak tahu or ambil tahu..tp ingat

                           'SILENT IS BETRAYAL!!'

Kalau kat dunia buat2 tak tahu..nanti di akhirat tunggu la..apa jd..ingt..jgn jd org yg RUGI......

Ni sikit nak share hasil2 poster kami org yg tak seberapa..tp insyaallah sentiasa berusaha utk smpaikan msg utamanya...:)


how can israel said plastine are terrorist??actually, israel are the real terrorist..
our mantan ydp is the master mind of this flashmob..proud bcoz can do suming for Gaza..walaupun pd x sehebat mana..smga Allah meredai..


de power of woman=D


de power of men=D



Jom sama2 kita Boikot!!!

kalau nak tgk keadaan tym tu,,nah ni link dia..blh la tgk ya=) selamat menonton n mengambil tindakan yang sepatutnya utk dilakukan dtempat anda..

Friday, 23 November 2012

jgn tertipu dgn tipu daya syaitan


orang berfikir dan terfikir


Tik tok tik tok


Bukan bunyi hujan yang turun merintik-rintik. Juga bukan bunyi alarm jam murahan yang dibeli oleh housemate di pasar malam kebanggaan masyarakat global seksyen 6. Kotak hitam berskrin empat segi tepat di atas meja di sebelah buku calculus yang terdampar lemah kucapai dengan penuh syak wasangka. Terpapar jelas pada skrin bersegi empat tepat itu, one message received. Lalu ku tekan-tekan bebutang yang ada, entah bagaimana inti pati pesanan ringkas tadi terburai.


“Assalamualaikum lama tak tegur awak. Makin laju gerak kerja dakwah. Hari Sabtu leaps saya sempat pergi dengar ceramah awak di Surau Blok F”


Mesej Ukhti Balqis Rexora Safiah tiba-tiba mucnul di ruangan skrin tadi tanpa diduga. Agak berderau darah Melayu suci dan sejati aku apabila insan yang semakin ku pendam perasaan kepadannya menegur aku. Tersenyum seketika disitu bagai kera mendapat chadburry.


“Hehe.. saya biasa saje. Awak pun apa kurangnya. Dengar cite dah jadi Presiden Kelab Bidadari Syurga. Tak silap awak pun dapat anugerah muslimat harapan sempena Bukan Dakwah dan Tarbiyah kan? ”


Dengan laju aku membalas mesej sekaligus menghiraukan assignment yang berlambakan di depan mata. Sungguh bersemangat aku dengan ukhti Balqis Rexora Safiah sehingga tidak sedar larut malam. Semakin dibalas mesej, semakin aku balas ibarat Lee Chong Wei dan Lin Dan yang membalas pukulan shuttle. Heh. Pantang muamalat muslimin muslimat sepatutnya terhad pukul dua belas tengah malam, itupun aku langgar dengan jayanya.


Kerana apa?

Sayang. Betulkah aku sayang dia? Sayang sebagai apa?


“Awak, boleh saya tanya apa hubungan kita ye? Sekadar sahabat ke?” Tanya ukhti Balqis Rexora Safiah kelmarin dengan penuh keterujaan membuatkan tidurku semalam menjadi tidak lena. Aku mula rasa serba salah, mula merasakan sesuatu yang tidak kena.


“Awak, awak..kenapa awak panggil kita Balqis Rexora Safiah je? Bahasakan awak saya? Kenapa tidak enta enti macam yang awak gunakan dengan akhwat yang lain”?


Pertanyaan demi pertanyaan membunuh ego hubungan aku dengan dia. Ego apakah yang aku pertahankan ini ? Ego aku dengan Allah di atas hubungan yang tidak pasti. Adakah aku talam dua muka? Mempunyai dua identiti? Kala iman naik, alim aku mengalahkan ahli sufi yang bertapa di Gunung Santubong. Kala nafsu melonjak, ghairah aku kembali jahil.


Naik gila kau fikir. Aku benar-benar bersalah. Sangat berdosa dengan Tuhan. Ya, aku menghidapi penyakit hati. Hati aku sudah rosak kerana wanita, kecantikan, nama dan candu dunia. Ya, pada asalnya aku dan ukhti Balqis Rexora Safiah berukhuwah kerana Allah, Tapi lama kelamaan bisikan demi bisikan syaitan yang didengari mula merobek dan mencemarkan niat suci ini.


Hubungan yang mula dipertahankan dengan ego atas dasar dakwah. Gerak kerja bersama. Dibaluti dengan sutera Rabithah menjadikan hati teruja dengan keasyikan berukhawah. Akibat terlalu asyik, jiwa menjadi leka. Nama dakwah hanya menjadi lesen berhubung.


“Awak, maaf saya tanya. Awak tahu tak apa itu dosa?” Aku mula berani membuang ego.


“…………….”


Tiada jawapan.


“Awak apa kita buat ni dosa. Kita dah semakin hanyut. Ukhwah kita harus diletakkan semula atas dasar taqwa bukan perasaan suka. Bukan sayang. Apatah lagi cinta. Sayang kita pun hanya sekadar saudara se-islam bertunjangkan rasa takut dan gentar kepada Allah. Kita orang dakwah. Dakwah bukan untuk suka-suka”





“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang PALING BERTAQWA. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti”


(Al-Hujurat: 13)


TAKWA.


Jika kita berukhwah tapi tidak membawa kita kepada Taqwa, maka dengan apakah kita berada di jalan dakwah?


Setakat bertanya khabar. Setakat menegur. Setakat beramah mesra. Setakat bergurau senda. Perlukah semua itu?


Perlukah?

Aku juga mencari jawapan. Terlalu rigidkah aku untuk aku mengatakan TIDAK PERLU?! Terlalu syadidkah aku untuk bertegas TIDAK PERLU?!


Mari kita fikir-fikirkan semula ukhwah kita di mana sebenarnya?

Wujudkah ukhwah muslimin muslimat? Di mana kewujudannya?


Kita bukan orang biasa-biasa. Kita bernafas dengan oksigen dakwah. Kita hidup hanya kerana mencari redha Allah. Tidak semua tempat. Tidak semua masa hubungan ini dibolehkan. Ada batas-batasnya tersendiri kerana Allah nak jaga kita. Kerana Allah sangat sayang kita.


Jagalah hatimu. Dan aku akan jaga hatiku.


*rasa berhabuk dah blog ni..huhu..entry kali ni sy copy paste jak..sorry la blm dpt nak keluarkan lg kata2 sendiri=(..btw..smga bnda ni bermanfaat utk smua.....-sumber-dakwat.org-

Friday, 16 November 2012

PrayforGaza

Sesiapa yg tertipu dgn kenyataan israel mmg perlu dan harus la cek balik mata hati serta wayar2 otak mereka..

"mempertahankan israel drpd serangan pengganas" konon..

Siapa serang siapa hah???siapa yg pengganas sebenarnya???

Huh,,org yg yg x da senjata,hidup melarat..itu yg dikata kan pengganas???tidakkan kita terfikir?? Atau paling senang,cuba bayangkan la..kita dtmpat org2 palestin..yg serba kekurangan dri segi material..adakah kita berdaya nak mengganas org2 yg lebih dri segi materialnya??dan sbb apa material kita kurang..pasti ada kuasa yg merampasnya kan..atau pun yg menguasainya kan..so Logik ka tuduhan membabi buta pihak israel itu????!!

Aku tahu dan yakin..bahawa org2 dluar sana sebenarnya masih sihat walafiat akal pikirannya..tp cuba nak ignore kenyataan ini..hanya sbb mereka sangkakan hal ini hanya urusan org2 sana..

Jangan pentingkan diri kawan2..jangan kita lupa..umat islam itu bersaudara..ini bukan masalah mereka sahaja..tp ini masalah kita semua..dmana sikap perikemanusian kita??bila dah tahu dah sedar dah update ttg palestin..tp masih boleh menjamah makanan yg terang2 an menyalir kan bantuan kepada israel..masih boleh lepaking2 kat starbak sambil menghirup kopi yg warna dan rasa agak sama dgn jenama kopi2 lain..pokoknya masih boleh menyumbangkan dana dgn sewenang-wenangnya kepada pihak yg menyokong israel..

Rasa lemah meneruskan en3 kali ini kerana mengenangkan ummah yang masih sambil lewa terhadap update2 saudara2 dpalestin sana:(..tp tulis perlu dteruskan..kerana bersikap lemah itu Allah tidak SUKA!..oleh itu jgan la kitabersikap lemah dan putus asa apabila mengetahui israel menyerang saudara kita..kerana rasa x mampu berbuat apa2..malah apa yg kita perlu buat adalah..cuba sedaya upaya membantu mereka..tp bukan sy suruh kmu berperang sana..tp ikut la kemampuan anda..iaitu tingkatkan iman kepada Allah..kalau hubungan kita dgn Allah pun kita tak jaga,bgai mana Allah nak memakbulkan doa2 kita???tp bukan bermakna sia2 la doa anda selama ini..tidak..kita x tahu doa mana Allah makbulkan dahulu..tp sebaiknya n sepatutnya..biarlah kita menjadi hambah yg patuh kepadanya..barulah Allah suka n sayang..apa yg dminta kemungkinan dpt pada masanya:)..tgk saja kisah Rasul2 dan para sahabat ..kerana tawaduk mereka,Permintaan mereka dpenuhi pd masanya...sama juga la ideologynya ketika kita berkerja..antara pekerja yg rajin n malas mana satu yg lebih dberi perhatian bosnya???msti la yg rajin bukan....tp itu kalau kita tgk berdasarkan hubungan manusia..tp klu kita tengok Allah ,,walaupun kita ini ingkar,,sbb syg nya Allah pada kita,,Dia tetap memberi..tp nnt rasakanla azab dneraka kelakzz...tp Allah itu masih memberikan kita waktu n ruang untuk kitabertaubat..

Jd,,mari la kita tigkat kan iman..blh jadi,salah satu reason palestin msh djajah kerna dosa2 kita:(..kerna jika Allah murka, Alla turunkan bala dmana2 sahaja..Ambilla pengajaran setiap apa yg berlaku dsekeliling kita..cuba letakkan situasi itu pada diri kita..

Yg sterusnya..berusaha la boikot barang2 yg perlu boikot..skrang ni da tak da alasan x boleh boikot..banyak dah product2 yg blh menggantikan barang2 boikot ini..nak kata kita suka burger..burger bakar pun ada juga..nak kata kita suka cocacola yg belh membersih kan lubang jamban tu pun skrg ni dah ada produklain..tp rasa sama saja..rasa binggung produk mana perlu dboikot dulu???cam ni la..kita pilih cawangan terbesar yg menyalurkan dana kepada israel ni..cthnya,coca cola,mcD, dan nestle..Alhamdulillah:),,bukan jiwa_senang nak membangga2 diri dan perasaan..tp cuma nak bershare..yang mana menunjukkan,kalau Aku blh buat,takkan KMU x blh buat??skrg ni aku x makan lg apa2 keluaran mcD,nestle,dan coca cola..rasa nak makan mcD aku p makan kfc:),,rasa nak minum milo aku minum oligo, rasa nak minum cola aku minum air biasa;)...so apa tunggu lagi???pilihan dtangan anda;D.........…


Wednesday, 14 November 2012

1000 hati 1 jiwa..haha

Hari tu ada msg masuk..gembiranya rasa..sbb diterima menjadi fasi utk program 1000 hati 1 jiwa..tp dlm masa yg sama..masuk juga satu msg kat fb,bgtau tarikh tersebut kmi ada program lain...so,,kena la kita berlapang dada..walaupun mcmmn susah:)..